Saturday, November 9, 2013



Salam

Pantas sungguh masa berlalu sekarang dah bulan November, nak update blog PRAKTIKAL di India pun tak sempat, bukan sebab busy, tapi MALAS. Sem ni semester 9, tinggal lagi 6 minggu sebelum habis, lepas tu study week dgn final exam. Aku perasan yang aku agak LEMAH & MALAS ketika ini, selesa dengan apa yang ada dan banyak habiskan masa untuk perkara yg kurang berfaedah untuk seketika ini.

Bulan Januari 2014 akan datang ni, akan ada pre- comprehensive exam sebelum yang REAL bulan Jun tahun hadapan, perlu persediaan rapi ni, jangan ambil mudah macam yang ko selalu buat sebelum ni, masa sekarang pun dah suntuk, banyak yang aku belum lagi bersedia.

Sekarang baru je habis utk surgery rota minggu depan small animal rota pulak.. surgery rota lanyak aku kena dengan surgeon kat sini, hehe, ye la aku ni agak lembap sikit utk surgery ni. Praktikal & knowledge utk subjek surgery ni agak terkebelakang berbanding orang lain, sebab apa, ambil mudah sebelum ni.  Berjaya untuk buat SPAY dari awal sampai habis, harapnya kucing tu sihat sampai bila-bila Amin. Untuk small animal rota ni, banyak kena belajar. Terasa lemah disitu.. harap2 aku rajin untuk buat sesuatu. Ya Allah, ko bantulah aku.. 

Semester ni, aku study pun banyak cincai & kepala aku agak perlahan juga 1-2 bulan ni, agak lambat untuk pick –up.. masa dah suntuk, tinggal berapa bulan je ni.. kalau aku tak DO SOMETHING tak tahulah apa nasib nanti lagi-lagi masalah akredisasi yang dikatakan akan menjadi parah (dengar cerita), harap-harap dipermudahkan oleh Allah untuk langkah seterusnya.

Beberapa persoalan untuk difikirkan, kemana aku selepas ni? Kompetenkah aku untuk jadi SOMEONE di sini? Layakkah aku? Semuanya dalam kepala, dan peluang datang 2-3 minggu ini dan sehingga ke hari ini, masih lagi tiada jawapan.. terasa sekarang ni, macam-macam masalah/ujian/cabaran yang bermain di kepala. Runsing seketika, betul la kata orang tahun akhir ni memang mencabar.. tak lama lagi nak start final year project (FYP) yang belum difikirkan lagi.. aduyai.. 

Ni sajalah update aku untuk bulan ni. Sapa yang sudi baca blog ini, sudi-sudilah mendoakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat. Akhir kata SALAM SAYANG dari aku..

# sekarang aku dah beli TAB, nampaknya focus aku dah kurang sekarang ini
# aku kena improvekan ENGLISH communication aku ini. URGENT!!
# aku terlalu rindukan backpacking.. seriously. Aku nak plan pergi INDOCHINA, Indonesia, Singapore tahun depan.. kalau tuhan izinkan , cuti bulan 1 ni aku akan pergi ke BUMI KENYALANG huhu.. (7.51 pm, 8th November 2013)

Friday, September 6, 2013



Salam semua, apa khabar semua? Harap sihat dalam rahmatNya.  Alhamdulillah, aku & kawan- kawan yang lain selamat sampai di bumi Malaysia pada 24 Ogos 2013, meninggalkan India dengan seribu kenangan.  Jadi nak cerita serba sedikit apa yang terjadi dari Jun sampai la saat ini ini. maybe catatan ini akan jadi catatan yang panjang lagi lebar. 

Praktikal Thai

Dengan Nama Allah, kisah bermula..

22 Jun 2013

Perjalanan bermula setelah berehat 2-3 hari dirumah, selepas kepenatan mencari sumbangan dan rehat seketika selepas habis final exam. Gerak ke Sg Golok, 22 Jun, ada masalah di imigresen, TERSANGKUT, nyaris-nyaris ditahan & dipenjara (menurut kata pegawai tu lah), disebabkan masalah ini, TERLEPAS train yg sepatutnya bergerak pukul 2.20 pm (waktu Thai), so beli tiket train baru dengan bawak backpack yg besar serta 2 kotak yg besar lagi berat (ada sardine, tin susu & byk lagi). Yup.. tarik nafas, nasib baik ada Man, kawan kiteowg di stesen keteapi Sg Golok tolong hantar pergi ke Motel di Sg Golok, malam tu dihabiskan dengan mengeluh & mengenang nasib, makan dan ronda-ronda malam di Sg Golok. Ditegur oleh tentera thai & disuruh balik ke hotel. Balik hotel sambung dengan bedtime story sampai 2 pagi, lepas tu sambung tidor. Masa time ni aku 2 orang je dengan Ban, hezry & akmal gerak lambat sebab akmal kena tahan wad. Keputusan dah dibuat utk ak ngan Ban gerak dulu utk selesaikan BANYAK perkara yg bakal memeningkan di THAI. Gud luck!

23 Jun 2013

Pagi tu dimulakan dengan solat subuh (agak lewat) dan kemudian terus dengan breakfast dekat kedai yg menjadi kesukaan aku dekat Sg Golok ni, serius sedap akak ni masak. Train memulakan geraknya pukul 11.30 am. Tiba2 pegawai ni cakap Train kena shuttle pergi Yala dulu. Naik train kelas 3, kerusi kayu 90 degree/darjah, nasib baik 4 jam je. Sampai kat Yala, turun train bawak 2 kotak besar dan TERSADAI utk 2 jam lagi. Dalam hati aku, ujian apalah yg menimpa. Nasib baik ada sorang brader ni, budak Sg Golok yg tolong aku ngan Ban, angkt brang, die OTW nak gi Phuket (dia cakap kalau nak pergi Phuket contact dia). Berpeluh-peluh aku time ni. kat Yala, aku melilau nak tnye bile train tu sampai. Yala ni hotspot/kawasan panas utk selatan Thai, banyak kes tembak antara tentera Thai dengan pejuang pemisah & kawasan stesen Yala ni memang pernah ada kes letupan dulu.  Alhamdulillah, lepas tu train sampai.. dan train sepatutnya pergi ke Bangkok ni, dah terlewat 3-4 jam. Perjalanan diteruskan. Sepanjang perjalanan, banyak yg aku fikirkan, dengan masalah yg perlu diselesaikan bila sampai Thai ini, apa yang dah terjadi utk 3-4 hari ini, kawan sakit dan aku teringat banyak kisah GELAP yg jadi sem lepas. Kenapa jadi macam ni?. Dalam hati ini, tuhan sahaja yg tahu. Allahuakbar. (nasib baik ada buku Shamrock, karya Ustaz Hasrizal, sumber motivasi utk aku sepanjang 2-3 bulan ni). Aku bukanlah hebat, sangat bermotivasi, kuat semangat sebagaimana yg disangka orang.. banyak titik kelemahanku yg mungkin diketahui orang yg rapat dengan aku..


24 Jun 2013



Kami  selamat sampai di Hua Hin pukul 1.30 petang, sepatutnya sampai pukul 7 pagi, Nampak dah 6 -7  jam delay, tu belum masuk duk kat Yala 2jam. Aku pun tak tahu kat mana keberanian datang utk pergi Thai 2 orang je, nasib baik pernah gi masa cuti midsem hari tu. Tunggu dalam sejam lepas tu, 2 orang Dr sampai Dr Pong & Dr Off sampai. Gerak ke Hua Hin Hospital, dalam 15 minit dari stesen keretapi, hati sedikit berbunga sebab dah sampai. Diorang sibuk sangat hari tu, jadi kami duduk je dengan perut kosong dari pukul 2 sampai pukul 7 petang dekat bilik mesyuarat, tak makan apa-apa dari pagi. lapar yang ni pasti. Nak hilang lapar, kami gi depan main gate, ambil gambar kat situ. Pukul 7, siap solat asar, baru la pergi bandar, first day dah makan KFC dan beli adapter.
Balik hostel, Dr Off tunjuk bilik.. WOW!!! diorang kasi satu makmal kosong.. makmal tu bersih, Cuma tak ada kerusi jer.. seriously, terkejut aku. Director pesan suruh bawak sleeping bed, masalahnya sleeping aku hilang dekat Sg Golok.. wargh!!.. Ban pulak tak bawakk..  malam pertama sangat menyakitkan badan.. hanya beralaskan satu selimut nipis.. aku tak pernah tidur atas lantai, ayah aku marah.. jadi tak biasa.. kalau ada toto, lain la ceritakan.. huhu, tandas diasingkan/dikongsi dengan bilik pantry, bukan orang sini nak BULI kami, tapi memang sebab diorang sendiri ada masalah bilik, even staff pun tumpang bilik yang direnovate, tapi kat sini ada WIFI Free, pasthu makmal yg kitorag stay tu ada aircondd.. jadi ok la.. then Dr2 kat sini, siap kasi bantal diorang dengan toto nipis. Lega la sikit. Boleh la nak himpit2 haha.

25 Jun 2013

Kami mula start praktikal.. dengan hati aku yg getar/risau pasal kawan, pasal yuran, pasal projek nak pergi INDIA, seriously I cannot stop thinking. Tapi hidup perlu diteruskan. Masa ke semasa, kitaorang teruskan dengan apa yang ada, belajar utk adapt dengan persekitaran, dengan bantuan Dr Khongsak, Dr Neng, Dr Teng, Dr Poo, Dr Thorr, Dr Off, Dr Pom, Dr Om, Dr Best, Dr Shark.. semuanya kembali smooth..

26 Jun 2013– 19 Julai 2013

Sehari sebelum akmal & hezry sampai, ada berita gembira yg kami dapat. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Allah & esoknya akmal & hezry sampai dengan selamatnya. Perjalanan diorang lebih lancar dari kami. Menyambut Ramadan di Thailand, dengan susahnya nak jumpa dengan komuniti islam kat sini, sangat mencabar. Maaf cakap, tak terasa Ramadan kat sini. Kami meneruskan bulan puasa seperti biasa, bangun sahur, pastu buka puasa mcm biasa. Tapi feel tu tak ada. Jauh beza dengan Malaysia. rindunya puasa kat Malaysia.

Kat Thai, kitaorang masak sendiri, sebab susah nak cari kedai makan muslim, ada tapi jauh, susah nak pergi sebab tak ada kenderaan, malas nak susahkan Dr2 kat sini, jadi baik masak, diorang siap belikan electric pan sebab kitaorang tak boleh campur dengan bekas khinzir.. tapi bab makan memang superb kat sini!! Sebab separuh dari stock utk sebulan dah bwk dari mlysia, pastu kita orang byk beli kat supermarket cari produk yg ada logo halal, telur, beras & sardin… stock sayur & buah kitorang beli byk giler. Makan kat Thai memang puas, sempat beli ayam halal & beli daging 2 kg dekat orang muslim kat sini.. tapi kne order, ambik masa nak dapat.. haha, hari-hari makan sardin, telur dadar, sayur… sekali sekala kari ayam, green curry… sob2,, masak kari ayam tak jadi.. pengalaman masak kat Thai akan jadi panduan utk hidup bujang lepas ni.. hehe gud luck!!

Utk praktikal, ada 4 section & setiap minggu aktiviti yang berbeza.. large animal, ward, OPD dan surgery.. hospital ni SUPERB, technology memang advanced & VO pun mantap!! Utk large animal, kami pergi ikut ambulatory.. pagi gerak kul 10, sampai petang pukul 5/6.. kadang 7.. jarak perjalanan\sekitar 200-300 km sehari & seorang je Dr yg incharge Dr Thorr.. hebat Looo. Wa ckp lu… bwk kete lagu giler, 2-3 kali nyaris eksiden. Takut aku, seram pun ada. Untuk large animal, cover both ruminant & horse. Dr Thorr, asal Songkhla. Area selatan Thai.. Dr ni yang paling rapat dengan kami.. setiap kali lunch, dia akan cari kedai makan  muslim & cuba cari masjid utk solat zuhur/asar.. utk solat dekat THAI ni pun banyak cabarannya..tak mampu disetelkan disini. Utk rekod Dr Thor, ada kereta kancil kat rumah dia di Songkhla.. utk rekod lagi, dalam Songkhla ada Hat Yai. Utk small animal, tak ada banyak bezanya dengan MALAYSIA, Cuma diorang lebih maju, ada MRI , CT scan.. canggih2 la.. tapi semua dlm bahasa Thai.. kadang2 bahasa menjadi masalah dlm komunikasi kami kat sini.. diorang paham ke aku ckap? Kena ulang 2-3 kali ke? Heheh.. tapi overall nya OK sahaja. Tapi cara diorang keje memang enjoy, dlam surgery room siap pasang radio, gelak-gelak lagi.. Oh dear, I miss that moment!!

Utk rekod Hua Hin ni consider pinggir Bangkok, jarak dari Bangkok lebih kurang 3 jam sahaja by van dan 5 jam dengan keretapi, hampir setiap minggu kiteorang pergi Bangkok, first week, ambik train untuk 5 jam perjalanan, HUA LAMPHONG.. I miss you!! Time ni aku bawak BAN pergi Chak tu Chak Market, pastu naik Tuk-tuk pergi Khao San Road, ambik bilik 350 bath.. jalan2 tengok Mat Salleh yg khayal dengan dunia, disebabkan seharian berjalan kiteorg pergi Thai Massage.. 30 minit, 120 bath (utk rekod 10 bath = RM 1). Hilang rasa letih, rehat dan tidor, bangun dan pergi ke Grand Palace, masuk FREE utk kali ke-dua (kali ni ikut jalan belakang). Kemudian naik bas, pergi ke Hua lamphong, lepas tu naik MRT kt Cha tu Chak Market utk kali ke 2.. enjoy!! Haha.

Minggu 2 pergi lagi ke Bangkok, tapi kali ikut TRIP Dr2 lawat private hospital, canggih hospital diorang. Dapat makan SUSHI free. Pergi Bangkok free, siapa tak sukakan.
Minggu 3 pergi lagi ke Bangkok, kali ni naik train lagi pukul 2.20 petang, masa ni bulan puasa. Sampai2 kat Hua LamPhong masa tu dah masuk waktu berbuka. Pe lagi makan KFC THAI laaa.. huhu (utk rekod KFC Thai, dikatakan HALAL).  Sedap kot KFC dekat THAi. Lepas tue pergi Night market dekat dengan memorial bridge, tak beli sangat pun, banyak duit habis dah. Huhu. Then, jalan kaki pergi masjid, kena cross Chong Phraya River. Sesat, jumpa masjid tapi dah tutup tak boleh masuk, kena kejar dengan anjing. Lepas tu ambil naik bas pergi ke Cha Tu Chak Market, then nasib baik jumpa hostel yang selesa dalam 10 minit dari cha tu chak market.. Pagi esoknya. Kami gerak ke Bang Khen Hospital, canggih ma!! 10 tingkat wa cakap lu.. canggih, sebijik mcm hospital manusia, ada blood bank, ada swimming pool utk anjing & mcm2 lagi.. jumpa Miss Pammy KU yg cantik & sanggup terima kami kalau nk prktikal kat situ. Seriously. Sekali lagi petang tu pergi Cha Tu Chak Market.. kali ni pergi bulan puasa, ya Allah dahaganya.. dah la byk air/aiskrim jual kat situ.. sabar jela.. nyaris kena tumbuk.. then kami ambik van dari victory monument, then balik ke Hua Hin

Sepanjang kat Hua Hin tu banyak tempat yang aku pergi.. Hua Mongkol Temple, Swiss Sheep Farm (masuk free), Floating market, cha Am Beach, Hua Hin Beach… & byk lagi.. tak larat dah nak taip!! Kebanyakan pergi time large animal round, time tak ada kes, Dr Thorr byk bawak pergi jalan2. Sebab tu semua gambar pakai scrub suite. Huhu

17, 18 Julai 2013

Hari-hari terakhir di Thailand , malam ke dua last, Dr Thorr & Dr Nik bawak kami makan/bukak puasa kat sea food restaurant.. dahla kitorang makan banyak, duduk kat THAI ni kalau tak makan tomyam dia memang rugilah.. SOM Tam pun sedap. Makan Thai bagi aku pedas tapi SEDAP.. lepas tu jalan-jalan kat night market Hua Hin, then pergi SUPPER dekat night club? Hahahaha.. tak la.. restaurant biasa jer. Malam last, Dr Thorr & Dr Nik organize utk kami BBQ.. dah la kiteowg makan paling banyak. Utk rekod BBQ Thai agak lain sedikit.. nak tahu saya boleh beritahu.. haha.

19 Julai 2013

Hari terakhir kami kat sini, hari yang paling busy. Kelam kabut siapkan slide, jumpe Dr bincang kes, sebab petang nak present. Aku dah la paling last present, paling byk kena tanya soalan, adoyaii. Nasib baik sempat jawab sikit.. lega kot. Lepas tu sesi penyampaian cenderamata. ak tolong sampaikan pada Dr Teng (paling cantik kat hospital sini) haha. Sesi bergambar sangat meriah/happening. Sangat sedih nak tinggalkan Hua Hin. Kelam kabut kemaskan bilik, petang tu tiket train kami pukul 6 petang. Dr Thorr ikut balik gak tapi turun kat Hat Yai, so dia hantar & ikut kami sekali..tup tap. Train delay, 2 jam.. haha.. nasib badan lah.. lepas tu, pergi KFC utk beli stock bukak puasa petang nanti.. hari terakhir dan kami bukak puasa dekat stesen keretapi Hua Hin, utk rekod merupakan stesen keretapi yang paling cantik dekat THAI..

Lepas tu train Dr Thorr sampai, sempat lambaikan tangan dekat dia, dlm sejam lepas tu, train kami sampai, kali ni aku ambik seat tidur, memang berbaloi. Tidur lena dengan stock makanan utk sahur. Tapi tak bangun sahur pun, bangun solat subuh jer. Alhamdulillah, pukul 1 (waktu Thai, utk rekod Thailand lambat sejam dari Malaysia) kami sampai di Rantau Panjang, jumpa pegawai imigresen kat sempadan, SENYUM!!.. kemudian, naik teksi balik ke UMK, kena charge RM 50.. barang banyak giler. 19 Julai, hari pertama berbuka puasa di Malaysia, nasib baik Hezry dan akmal sempat beli lauk. Dan kami pun bukak puasa sama-sama. (lauk ayam golek, air bandung, air tembikai, ayam masak kurma)

# syukur atas nikmatnya, secara jujurnya, pengalaman utk praktikal Hua Hin ni penuh dengan onak dan duri start dari Malaysia lagi sampai la bawak ke Thai. Kalau dikenang boleh mengalir airmata mengingatkan part yang sedih lagi pedih tu. Serabut fikiran memikirkan perkara yang telah dan bakal terjadi, kesempitan wang, pengorbanan, persahabatan, rasa bersalah dan terkenangkan peristiwa lalu amat mendebarkan. Pengalaman backpacker di Thai, Mac 2013 (1 week) dan latihan praktikal, sebulan kat Thailand memberi warna-warni kehidupan untuk bulan-bulan terakhir aku di UMK. Terima kasih kepada ibubapa kami yang tidak putus asa mendoakan anak mereka. Terima kasih utk sahabat sekalian (Ban, akmal, hezry) yang berjuang merealisasikan impian utk praktikal di Thailand walaupun kesempitan dan kesukaran datang dari pelbagai sudut yg tak mampu diluahkan.
 1/9/2013 (12.01 am)

                                                                                                                                Bersambung…………………………………..


Thursday, June 20, 2013

semester 8 yg akan ditangisi

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur tak terhingga kepada Allah SWT atas nikmat yg diberikan, masih lagi bernafas hingga saat & ketika ini. Dah lama benar tak update blog, kawan- kawan yang lain pun sama jugak, mybe skrg musim orang tak suka dah nak ber “blogging” ni.. semua nak ber FB & ber tweet sahaja. OK back to the story.  

Sem 8.

Sem 8 sudah berakhir pada 6 jun 2013, tahun ni tak ada semester pendek dah, terus pergi praktikal. Syukur sangat-sangat dah berakhir semester 8 ni, fuhhh, sem ni cabaran datang dari pelbagai sudut.

Final exam pun dah berlalu, moga-moga ada kejayaan & kegembiraan. Setelah usaha diberi, walaupun usaha sederhana sahaja, disebabkan keletihan utk uruskan clinical case, program mobiliti.. kurang focus nak study utk setiap subjek. (#belajar member alasan)

Awal sem paling meriah, sebab masa tu dapat pergi jadi vet assistant untuk Endurance competition dekat Melaka. Wow, meriah sangat.pengalaman indah bersama dengan senior2 vet dan kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Duk hotel pun 5 star, makan mewah, dapat elaun, jalan2 Melaka dan semestinya pendedahan utk jadi equine vet di masa hadapan. InshaAllah.  Disebabkan pergi endurance so, grup kami tak dapat join untuk family vet.

Sem ni agak busy dengan program mobilti pelajar, planning dah mula seawal September, macam2 plan nak pergi tapi tak jadi, mula-mula nak gi Australia, last2 dapat gi INDIA, Alhamdulillah, nak contact dan confirm kan punya la susah, tapi nak wat macam mana, ni lah pengalaman. Moga2 dapat jadi panduan di masa hadapan.  Asalnya nak pergi INDIA 4 orang je, last2 9 orang, wow ramai tu, moga- moga dipermudahkan. Disebabkan apply utk mobility pelajar ni agak terlewat, jadi banyak yang kelam kabut.. rushing sana sini. Ditambah dengan kekalutan yg disebabkan masa, pengurusan fakulti & sebagainya.

Alhamdulillah, peluang ke dua pun datang. Dr Mokthar offer utk pegi praktikal di Thailand. Pada mulanya diterima dengan terbuka hati. Disebabkan peluang yg jarang datang, isu pokoknya ialah duit. Mana nak cari duit nak pergi INDIA & Thailand. Sampai la ke saat ni, masalah duit menjadi penghalang. Siang malam fkir. Kadang –kadang fikir “ jadi ke ni?”..  kalau orang tanya kenapa nak pergi luar negara?. Banyak jawapannya.. semestinya utk luaskan pengetahuan & pengalaman di zaman universiti.. dan peluang bukannya datang bergolek. Moga keberanian nak tinggal di tempat orang walaupun sebulan & semestinya utk belajar diberi ganjaran pahala yg besar oleh Allah SWT. Bermusafir untuk mencari pengalaman & pengetahuan. Ni niat utama. Niat yang lain. Mcm nak pergi jalan2, ala melancong datang kemudian.

Masalah mula datang, disebabkan keletihan, kurang cekap dan malas nak memperbesarkan sesuatu yang tak pasti jadi, salah faham & salah sangka mula timbul & bibit –bibit perpecahan mula tersingkap. Dugaan mula datang dari pelbagai sudut. Amat merimaskan bagi insan yang lemah sepertiku. Siang malam dibuai persoalan & pertanyaan.. di mana silapnya. Kegelapan yg menyelebungi datang untuk sebulan lamanya. perbincangan dijalankan. Kami berjumpa utk melepaskan kemarahan masing2. Alhamdulillah, isu mula selesai.. perlahan-lahan sinar datang. Pengajaran mula datang, bagi mereka yang ingin berfikir?

Utk rotation avian, kami ke penang lagi, semuanya berjalan baik pada mulanya. Menjadi gelap utk hari berikutnya disebabkan masalah sikap dan sebagainya. Pengajaran yang besar buat masa hadapan, tak mampu dinukilkan di sini, kedua-dua masalah diatas, merunsingkan kepala & meletihkan badan dan sebagainya. Ni la kali pertama menghadapi masalah sebegini.
Tuhan berfirman , maksudnya.“ adakah manusia mengatakan mereka beriman, selagi mana mereka tidak diuji? Setiap ujian yang mendatang harus di atasi, setiap manusia diuji mengikut kemampuan mereka.. setiap masalah yang berlaku, kembali lah semula kepada tuhanmu.

Alhamdulillah, hingga saat ni, keadaan kembali normal.

Lepas abis exam.. seminggu stay kat UMK, nak setelkan banyak mende utk praktikal hua hin & india, ari jumaat kami pergi BBQ kat air tejun belantan besut, sabtu keletihan, ahad mula cari sponsor, pergi kubang kerian, KB, turun naik fakulti, dimarahi & dicaci, call orang tu – call orang ni.. small meeting hampir tiap2 hari.. bilik ak dah jadi mcm WAR ROOM.. strategi disusun, tindakan dirancang (ayat gempak). Sempat jugak pergi majlis tilawah quran antarabangsa & pergi makan2 & ambik vaksin influenza, thyphoid & tetanus.

Alhamdulillah nampak kerjasama disitu. Semuanya memerlukan kesabaran, kesabaran itu dtg dari tuhan. serta sokongan & kerjasama rakan-rakan. Alhamdulillah, mendapat rakan-rakan yang memahami & bersatu dlam perjuangan merupakan nikmat dari Tuhan. Bekerjasama untuk mencapai satu niat yang baik, dan berusaha sedapa upaya itu perjuangan.. Moga pahala dikirim oleh Allah untuk usaha ini, walaupun penat lelah itu tidak pernah habis. Allahuakbar
inshaAllah dengan izin Allah, kami pergi praktikal kat Thailand 24 jun ni sampai 19 Julai, moga2 semuanya dipermudahkan oleh Allah.. dpat pengalaman di sana, kalau ada rezeki berpuasa 10 hari disana. Cabarannya belum lagi bermula, inshaAllah kalau diizinkan Allah, akan diceritakan disini selepas pulang nanti. Lepas balik Thailand, perlu datang ke UMK untuk uruskan bajet & setelkan apa yang tak setel lagi. Lepas tu balik Pahang 3 hari (puasa), dan bergerak ke LCCT untuk ke INDIA. Padat sangat jadual. Alhamdulillah pengalaman di Thailand masa cuti midsem baru ni akan digunakan.

inshaAllah berada di INDIA dari 27 Julai hingga 26 Ogos.. berpuasa & beraya di sana.. semoga dipermudahkan kerana kat INDIA rasanya lagi mencabar, budaya, makanan dan masalah komunikasi yang berbeza. Dengan 9 orang yg dikatakan ramai, semoga urusan kami disana di permudahkan Allah. Moga2 pengalaman ini menjadi kekuatan utk kejayaan di masa hdapan.
Balik dari INDIA, ada tinggal 2 minggu je. Satu nak siapkan segala report untuk latihan industri & seterusnya bersedia nak ulangkaji utk comprehensive exam. Exam ni sebagai penilaian sebelum dapat masuk 5th year. Boleh menilai kemampuan kita. Semoga dipermudahkan oleh Allah dengan bantuanNYA.. Amin

# hingga saat ni nak pergi THAI & INDIA ada lagi yg tak setel, terutama VISA, pening2 rasanya. Semoga Allah permudahkan.. Ya Allah bantulah kami. AMin

# mungkin banyak keserabutan disebabkan oleh Aku, aku membawa kawan2 ke jalan yg sukar & payah utk membuat sesuatu yg bukan mudah, menguruskan program yang amat serabut dan selain daripada memeningkan. Maaf ye kawan-kawan, TQ pada kawan –kawan yang memberi sokongan serta  tidak pernah putus asa dengan aku.

# tinggal lagi setahun, kami berada di UMK, kali ni praktikal kali terakhir. Moga kali ni yg paling byk kenangan.. buat praktikal & latihan industri di luar negara satu impian, moga ia tercapai. Terima kasih byak2 pada Dr Rahman atas dorongan utk kami bermusafir, melihat tempat orang, mencari ilmu pengetahuan, berkongsi cerita dan pengalaman. Semoga semua ini, pengetahun, kemahiran & pengalaman dpat kami satukan, untuk menjadi PEMUDA yang kuat semangat, tahan jiwanya, buat bekalan untuk masa depan,  untuk AGAMA, BANGSA & NEGARA kami. Sesuatu harus dilakukan, dengan niat yg ikhlas, ats dorongan & semangat , pada DOA dari ibubapa & guru.  terima kasih pada yg byk membantu..

# terima kasih abah & emak yg mendoakan kebaikan untuk anaknya. Susah payah menyediakan duit. Bergelumang panas mencari rezeki demi masa depan anaknya.. terima kasih atas segalanya..

# semoga Allah mempemudahkan urusan kami

                                                                                                Farhan, 2013-06-20, 11.56 am

Thursday, January 24, 2013

Semester 7 yg akan diingati.




Alhamdulillah semester 7 telah melabuh tirainya..
Genap 2 bulan blog ini tidak diupdatekan,

Semester 7

Perit untuk semester ni, bulan 9 dihabiskan dengan kesibukan menguruskan persatuan untuk bulan erakhir, mengemaskinikan organisasi kerana wujud ruang yg boleh diperbaiki lagi. Bulan 10 & 11, aku hilang focus, entahlah kelihatan tidak bermaya untuk hidup. Ada beberapa perkara yang aku decide untuk tidak berfikir tentangnya. Bila aku start memikirkannya, wow! it really make me stuck. Serabut kepala akan menyesakkan jiwa, melonggarkan hati untuk berfikir untuk menghasilkan fikiran yang waras. Waduh! Macam mana kok boleh jadi begini. 2 bulan selepas itu ( January 2013), I make decision not to think in deep in matter that can make me crazy, juz follow my path. I believe in Allah. Belajar pun jadi serabut, badan pun terasa letihnya, subjek sume terbengkalai, kalau buat test time ni, memang perit. Lepas midsem, baru sedar, wow byk yg tertinggal in academic world! Mcm mana nak mula ni? Ok no choice, start perlahan2.

Subjek paling menarik sem ni, pastinya Avian disease, dengan lecture superb, the most interesting part is going to Penang, to visit the broiler farm, do post mortem and the toughest part is to do lab work, it took long period of time! masa gi penang, makan free, gi beli jeruk then berhenti kat tasik banding then jalan2 kat seluruh pulau kat situ. It totally awesome..  tq Dr Tan for your hospitality & kindness! Belajar dengan Dr Jalila utk pet bird pun menarik!!
Satu lagi, ruminant service under dr rahman, aku rasa dlm seminggu ada jgk 3-4 kali pergi kat Bachok untuk ruminant case. Pergi 5.30 petang , biasanya sampai kat bilik pukul 8.30 @ 9.00 mlm. Especially kalo lepas tu ada group discussion. It really suck!. Balik2 badan letih.  Mandi,  bukak fb terus tido. Ruminant service make me close to village people, understand how they work, what they expect… it is good training for the junior politician to understand the rural people, so they understand how they make policy to help them in the future. Yang tersiratnya, seorang pensyarah yang berusia sanggup berhempas pulas, menggunakan kenderaan sendiri, membawa pelajar ke lapangan, hampir setiap hari dengan niat utk memberi pendedahan & hampir setiap hari pulang pada pukul 10.00 malam serta mempunyai rekod kesihatan yg boleh berulang di masa hadapan. They are really great teacher! They don’t have political agenda, they work for the future generation. kerana agama, bangsa & negara!

Final exam

Final exam start 30 disember sampai 10 januari, study week 1 minggu, wow, byk nak cover, yg paling susah pathology. Stress masa study week. Yg paling giler kentang, etika dengan marketing, 1 hari sebelum final baru nak bukak dan expect boleh dapat A. haha, subjek yg tak sangka membantu aku berfikir ialah etika tajuk hubungan agama & etika. 2 jam habiskan masa utk check setiap agama dan pandangan mereka. Aku check sejarah agama yang wujud kat dunia ni dekat Wikipedia, fahamkan sedikit sejarah agama2 ini & aku dapati Islam ialah yg terbaik, islam bukan hanya agama semata-mata ianya, lebih dari itu. Ianya membetulkan beberapa mindset dalm kepala aku ni yang tak berapa betul. Yup, ada bezanya org yang bermoral dan beragama, org yang beragama mesti bermoral.. yg bermoral tidak pasti beragama. Byak lagi yg sempat terlintas di fikiran pasal moral ni. Tapi tak mampu nak coretkan disini. Alhamdulilah knowledge baru especially yg bahagian agama ni. Kadang2 org kita selalu keliru, bila tengok perempuan tak pakai tudung sikit? Suka-suka hati ckp itu penghuni neraka.. kutuk & hina suka-suka hati je. Manusia-manusia tak pernah nak mendoakan yg 
lebih baik, menghina lagi la..

Cuti

Habis cuti terus gerak ke Kuala Lumpur naik Air Asia (now everyone can fly). gi rumah intan. Buat muka tak malu, makan sebanyak mungkin, sbb apa? Takut lauk yg dimasak tak habis nak membazir, hehe. Tq byak2 pada intan & fmily, they are so kind. They teach me values.. I will remember it fr long time.. first, gi jalan dekat Wangsa Walk. Jalan2 tengok ape2 yg best, malam sabtu tu gi tengok move life of pi. Wow, it awesome & fantastic movie. Ceritanya simple mudah nak fham, teach about value. survivality!

Hari ahad kitaorg (aku, akmal & intan), bejalan sakan, dari pagi sampai malam. Naik LRT. First tempat kita org gi:
·     
Muzium Negara.
      Masyarakat kita belum lagi bersedia menerima budaya mencintai sejarah negara seperti negara maju. jadi, kitaorg memecahkan tradisi utk melihat dari sudut pandangan yg berbeza. First time aku sampai, secara keseluruhannya ok. Aku nak berikan sedikit kritikan sosial kat sini. Ada 4 bahagain iatu, zaman purba, zaman kesultanan melayu, zaman penjajahan dan zaman Malaysia kini. Yang bahagian pertama je menarik pasal zaman purba di Malaysia. yg bahagian lain kurang isi, persoalannya?.. bagaimana muzium negara saiznya kecik?.. kurang artifak?.. Mana kebanggan yg kita nak tunjukkan kepada org luar yg pasti akan melawat sejarah negara ni?. Sbb muzium negara tempat wajib lawat di Malaysia dalam kalangan pelancong asing. Sorila byk isinya kosong. Tak mewujudkan kebanggaan langsung terutama  kat bahagian kesultanan melayu lama, kerana hakikatnya banyak yg boleh ditonjolkan utk membangkitkan kebanggan utk generasi muda. Because Muzium Negara is referred museum> then people expect more?. Kitaorang dah daftar jadi sahabat muzium hehe.
·   
 Planetarium Negara: kali ke dua aku dtg, tempat yg bgus utk adik2 aku, memahami sains. Keseluruhannya ok. Menara peninjau sgt best! Jap satu lagi ada pameran pasal angkasawan negara.  Byk gambar pasal kajian diorang kat sana. Yg ni aku suka baca!  I remember last time, I bought book about the Malaysian Astronaut, but still not finished yet, now I need to read it again! Good job Agensi Angkasa Negara. Tq to Prof. Dr Mazlan Othman.
·      Muzium Polis; bila pergi muzium, aku bukan rajin sgt nak baca semua yg diorg tulis, setakat tengok gambar atau tengok video, tapi kat muzium ni banyak giler la artifak, banyak gila gambar, bgus2, anak2 polis wajib gi tempat ni. Sekejap je kat sini, masuk pun free, pastu kitaorg blah la. Polis dah. Lepas ni muzium tentera darat pulak.. kat Port Dickson, dengar cerita best.  
·  
 Muzium Kesenian Islam; aku terdetik nak pergi muzium ni bila ak belik2 biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebab muzim ni bwah Yayasan Al-Bukhary,, muzim mempamerkan artifak kesenian islam dari seluruh dunia, cantik sangat, besar, banyak giler artifak, ramai org. tiket pun murah 6 ringgit je. Tak larat nak baca semua + kaki dah mula lenguh. Dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir 1997 ( kalo tak silap). Muzium ni terkenal dalam dunia islam, because of ‘world standard’. Hebat!. Digalakkan untuk pergi, belakang dia bangunan Yayasan Al-Bukhary, wow! besar nya, bangunan pun cantik. Senang je nak cari muzium ni dekat Masjid Negara.
· 
 Masjid Negara:  sampai2 terus gi kat makam pahlawan. Sedekahkan alfatihah semoga Allah mengampuni jasa2 pemimpin negara. First time sampai, ada 4 makam utama iaitu untuk Allahyarham Tun Razak, Tun Gaffar Baba, Tun Dr Ismail & Tun Hussien Onn. Kat luar ada makam untuk Tun Syed Nasir, Tan Sri Ghazali Hamzah dan lain-lain. Then, solat jamak di Masjid Negara. Allahuakbar.
·     Menuju kat kompleks Keretapi Tanah Melayu (KTM), bangunan kolonial memang cantik, masa ni rasa mcm dah nak tercabut lutut ni, letih sangat!. Pastu gi KL Sentral, kemudian pergi ke Pasar Seni, kemudian pergi Petaling Street. Sempat beli beg sandang yg kecik, senang sikit bila nk gi jalan jauh.. semua dlam beg kecik je.. pastu gi jalan2 kat Central market. Semua tempat ni first time aku gi tau. Ak kan orang kampung.. hehe. Then, we decide to go back after 12 hours berjalan & tak makan apa2 kecuali breakfast je pagi td.
·       Sampai umah, makan dinner & celebrate anniversary parents intan, makan besar kemudian tidor, esok nak bergerak pulag ke tempat asal-usul masing2.. naik bas 11.30 pagi, sampai kat rumah jengka 19 pukul 2.00 petang… tak sangka 2 jam 30 minit je KL dari tempat ak ni.. dekat wooo….. haha. Lawatan kali ni bersejarah sikit, kalau tak dulu pergi shopping je, sbb skrg tak duit, so kena tukar la modus operandi lah jawabnya..

Bercuti di rumah..

Alhamdulillah sampai kat rumah isnin, pukul 2.30 ptg. Seronok sgt bila balik rumah, rumah lah tempat yg paling secure kat dunia. Kenyang perut duk umah, balik umk. Lapar je, xade apa nak makan, nak masak malas, nak gi kedai, duit tak ada ( bunyi mcm mengeluh) haha. Dok umah, tak wat apa pun, makan durian, rambutan, tgok tv, bermesra, borak2… byk masa spent tgok movie yg tak pernah sempat abis kat UMK. Selain tu, baca buku selain dari bidang vet ni kat rumah.. alhamdulillah, sekarang ni boleh habiskan 3 buku dalam sehari ( below than 250 pages for every 6 hour).

 Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary

Buku ni dalam 260 pages sahaja, biar aku ringkaskan disini, beliau dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kedah & Johor, berketurunan Arab – Pakistan, tidak mempunyai kelulusan akademik yg tinggi, setakat habis di sekolah menegah, berkahwin pada usia 42 tahun. Top 10 billionair di Malaysia, Melayu yang paling kaya & mcm2 lagi, hebat!! Alhamdulillah, byk strategi & kata-kata hikmah yg boleh belajar dari Syed Mokhtar. Alhamdullilah. Until now (17/1), dah habis baca buku top Malay leader (Dr M) and Malay Billionaire (Syed M). They have many positive attitude, harap-harapnya nilai positif diorang ni, mengalir dalam generasi muda sekarang terutama anak bangsa ku sekalian. Apa sumbangan kita untuk negara & masyarakat?.. sama2 boleh fikirkan. Siapa-siapa yg nak pinjam, marilah  jumpa dengan aku.

Tahun Baru..
 
Selamat tahun baru 2013, umur pun dah masuk 23 tahun. Semakin kealam dewasa yg penuh dengan ranjau. Alhamdulillah ada sedikit kematangan pada diri ini & orang- orang  disekeliling. Semuanya mula berfikir tentang masa depan. Azam tahun ni untuk lebih bahagia, mempraktiskan agama dengan lebih baik & belajar dengan lebih fokus!! Semoga setahun setengah ini dipermudahkan walaupun ak tau cabarannya tak semudah itu!! Good luck utk semua.

Budaya berfikir
Yup, aku dapati budaya berfikir kurang dalam masyarakat termasuk aku ni, terima segala maklumat bulat2, tanpa merujuk kepada sumber yg berauthoriti, google ke & sebagainya. Golongan pelajar tidak berlatih utk berfikir, hanya digalakkan untuk menghafal, jadilah common sense pun byk yg tak tahu. Berfikir & bertanya budaya yang baik. Digalakkan.

Sensitive?
Paan sensitive? Haha, ada ckp aku sensitif, yela nak merajuk jugak kadang- kadang, mana tau ada yg nak pujuk.
K la setakat ni sahaja ye. Moga berjumpa lagi. Tak tau bila nak update lagi. Semoga dalam rahmatNya.. Salam Maulidurrasul.. Allahuakbar!!
#Pilihanraya tak lama lagi dah.. nanti demam pilihanraya pulak!!