Saturday, January 25, 2014



Salam 

Alhamdullilah, bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Selawat dan Salam Buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Wow, dah lama tak post kat sini, blogger-blogger lain pun dah tak berminat untuk posting masing-masing, barangkali mereka sibuk dengan urusan termasuklah aku sekali. Huhu.

Final exam

Alhamdulillah, final exam dah berlalu, dan kali ini yang paling sempoi bagi aku, banyak tak sempat study dan perasaan malas yang amat menebal. Semester ni tak ada expect lebih mana pun, ditambah dengan tekanan-tekanan kecil sepanjang semester yang memberi impak tanpa disedari. inshaAllah kalau ada rezeki, dapat result yang lebih baik. Selebihnya diserahkan padaNya. Andai sebaliknya, kepada tuhan kami berserah. 

Jalan-jalan kuching

Lepas abis final exam, stay kat hostel untuk 5 hari, setelkan sedikit sebanyak kerja yang tak pernah habis tu dan hari rabu, 15 January, aku, akmal, ban ngan daus bergerak ke Kuching Sarawak. Kali ke 2, aku ke kuching selepas 2008 yang lalu. Kali ni dengan member2 seangkatan. Travel kali ni ala backpacker dengan budget yang ciput kata orang. Tempat tinggal dah save sebab tumpang dengan junior (goh & manggie), hanya sewa kereta dan pusing-pusing Kuching untuk 4 hari. Senarai tempat yang kita orang pergi :
-         Kuching waterfront
-         Mira Cake Lapis
-         Kampung Budaya
-         Gunung Santubong
-         Pasar Sarikin
-         Kota Samarahan (jalan-jalan umah senior, Sawak)
-         Kubah Ria & Pasar Satok
-         Friendship Park

# paling best naik gunung santubong, gunung ke -2 yang berjaya kudaki. Boleh tahan extreme jugak la. Naik 3 jam, turun 1jam setengah, dengan cuaca yang mendung, hujan dan kabus tebal di kawasan puncak. Dengan bantuanNya, kami sampai di puncak. Aku dah berazam nak naik 10 gunung sebelum umur 30 tahun.. huhu moga-moga tercapai. AMin maybe kene list la senarai gunung yang perlu naik. So setakat ni dah 2, Gunung Tebu (Terengganu) & Gunung Santubong (Sarawak). Aku ingat aku kene topupkan stamina aku sikit.. kena banyak exercise.. dengan perut buncitnya.. oh My.. next maybe Gunung Angsa, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu, Gunung Tahan….

# ke dua yang terbaik pergi Samarahan, rumah Sawak, senior yang ni sebab makan best dan banyak dengan resepi lauk pauk macam sayur midin, terung dayak, ikan. Keluarga diorang sangatlah mesra dan layan kami dengan baik, dengan makanan yang tak putus-putus. Selain sawak yang semanagat bawak pergi jalan-jalan.. tengok Feri. terbaik!!

Semester 10..
Semester depan merupakan semester akhir aku di UMK. inshaAllah. 4 bulan yang padat dan bakal memberikan stress yang melampau andai tidak diuruskan dengan baik. Takut!
i)              Final year project: tajuk aku retrospective study of pulmonary lesion in small ruminants, tajuk yang nampak simple, tapi dikatakan half of master study, bayangkan.. harap-harap lah keinginan nak belajar baca slide histopath tercapai dan dimudahkan yang Esa.. bukan mudah. Aku rasa sebulan baru boleh setel, kalau macam ni.
ii)             External exam – MVC nak datang UMK, nak menilai budak vet UMK kompeten ke tidak. Ini satu hal, kene ready dan prepare molek2. Boleh terjejas satu batch dengan lecturer yang expect tinggi.
iii)            Rotation – yang ni aku tak nak  cakap lebih. Boleh trauma dibuatnya.. lagi-lagi semester akhir. Ada kene libas ngan marah cukup-cukup dengan clinician.. (mentally traumatized)
iv)           Clinical conference- this one kena ready awal, jangan last-last minute baru nak buat
v)            Comprehensive exam – yang ni kemuncak untuk 5 tahun.. bukan senang bro.. ni menentukan segala-galanya, layak atau tidak untuk menjadi doctor veterinary.. moga-moga dipermudahkan. Kena banyak buat group study nampaknya..

Tarikh akhir @ last day dijangka 5 June 2014… lepas tu habis lah degree aku kat UMK ni.. mudah-mudahan, lepas tu banyak kena plan
i)              Career pathway
ii)             Family matter
iii)            Life – kahwin, asset
iv)           Macam-macam lagi.

#jap sebelum masuk kerja, aku nak plan travel puas-puas keliling Asia ni. Hehehe.. kalau tuhan izinkan lah.. Semangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!
#thanks to my parents for continous pray for me
#thanks to ban cop, akmal ezat, daus for the Kuching trip.
#ok last, aku kene plan last TRIP untuk membe2 lepas abis comprehensive exam nanti, maybe area utara.. PENANG, KEDAH & PERLIS…
#salam sayang dari aku, Farhan Hanif, 4.08 pm, 23rd January 2014.

No comments:

Post a Comment