Thursday, February 25, 2010

SOMETHING

Salam...

post ke -2 aku hari jumaat ni.....

nak cerita pasal SOMETHING??????????????
Final Exam Sem 2....
aghhhhh.. 2 minggu lagi...
tp 2 minggu ni memng mencbar....
aku rasa nilah exam yng mencbar sekali...
knape?????

2 minggu ni... byk mende kene setel... study,drama, practical test physio, asgment...
kwan2 laen termsuk aku... haha dah macam cacing kepnasan... ada yang dah start demam... dah start risau... yg start study kat library... start g man2 bwk buku... yang tension sampai fever... yang risau sgat smpai muka dah jd laen mcm... yg rilek pun ada??????

aku....
baru ak sedar 1 hari 2 aku asyik pkir sal exam je...
dan jadi tension sket?????
tiba2 ada kwan aku kata paan xyah tension sgt... mcm2 bese je.. dy pun rilek je... btul ckp dy...

tiba2 ada 1 mende aku lupa..... perasaan menyesal akan dtg.... then aku akan pjuk dri aku... dgan kata2 MACAM ni.... "next sem ak akn lbih rjin".... pastu????? tahu kan apa jwpan dy?????

Hahaha.... mcm2 lah aku ni......
Eh Paan, cpat lah wat revision physio ni... ptg ni ad discussion.......
Eh cpat............

Sori yerk... nak kena study.... len kali jumpe lagi... sbarlah yerk..... nanti aku post lgi.... ( knape aku nie???)....

Mari kita kenang.....................

Salam Maulidur Rasul...

Maulidur Rasul?
Sambutan Maulidur rasul bertujuan untuk memperingati IDOLA/TOKOH MANUSIA , mengingati sejarah hidupnya, menginsafi perjuangan baginda....

Siapa baginda??????
Nabi Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah bt abdul Wahab, bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib.... dilahirkan di Mekah al-mukaramah...

Jom kita kenang......

Hidup nabi Muhamad senang ke????
Baginda dan keluarga juga antara orang miskin di Madinah

Baginda tak ada masalah ke???
Ada, maslah baginda lagi teruk dari kita.... baginda dibuang/dihalau oleh kaum sendiri pada peringkat awal islam...dakwah baginda dihalang, pengikutnya diseksa...

Baginda xdiejek ke???
Baginda sama jgak macm kita, baginda kena ejek dituduh penipu dan macam-macam lagi... ingat x kisah seorang yahudi yang miskin menghina/mengutuk baginda walhal baginda lah yang menyuap makanan ke mulut yahudi itu pada setiap hari...

Baginda xdihina????
Kena jgk... Ingat x baginda jgk pernah dibaling dgn njis... byangkan kwan kita baling najis kat kita... apa perasaan anda??????????? x meletup ke dunia masa tu....

Tapi kenapa manusia yang mulia, kekasih Allah ni jugk menerima ujian dan cabran hidup sama seperti kita?????

Sebab Allah mahu hambanya mencontohi dan mengambil pengajaran dari kehidupan Rasullah... sebab pada diri baginda xade pen bende yang kita xboleh beljar.... sumanya Allah dah tunjukkan pada kekasihNya... baginda pun sma diejek dihina dan macam2 lagi... kalau kita rasa tension kenapa maslah 2 asyik je dtg kat kita bila2 masa bukan pada org lain ... kita kena ingat mslah sentiasa bersama manusia walaupun kpada seorang manusia yang maksum, Nabi...

Apa beza Nabi dengn kita??????
Kita bila ada mslah kdang2 lupa ingat pada Allah... lupa utk mohon pertolongannya padaNya... lupaa berdoa padaNya... lihatlah solat baginda... sepnjang malam..sampai bengkak kaki... aku?????????????? kita????????????????????... dlam 1 riwayat baginda pun istigfar pada Allah 70x sehari.... aku?????? Kita??????????

Mcam mana nak ingt baginda??????
Hari ini @ next day... cari file/folder dlm laptop yang ada tulis selawat... then dgar dan cuba ikt perlahan2... kalau kwan2 nampak pelik knapa kita tbe2 je len mcm... abaikan.... Ingat Allah, malaikat, pokok,haiwan, bacteria, viruses pun selawat kat nabi.... ini pulak kita????????? Kalau xade folder selwat... ha g la mtk kat kwan2 yg len..msti ada punya... org yg byak berselawat pada baginda akan menerima syafaat pada hari kiamat.... ni lah cara yg paling senang....

Nama MUHAMMAD ???
kdang2 bila Prof Imad panggil aku... dy msti pnggil MUHAMMAD... yelah kbyakan budak laki kat pangkal nama msti ada MUHAMMAD walaupun dieja MOhd mcm nama aku.... eh xsedar kah kita
ada MUHAMMAd pada nama kita.... MUHAMMAD... yg terpuji.... Ha??????
tulah setiap kali Prof Imad panggil aku MUHAMMAD... teringt aku.. panggilan 2 ada pada manusia yang mulia.... aku???????????????????????

Mencintai baginda lbih dari segala2nya??????????
aku xmahir menghurainya... rujuklah dgn mereka yg arif lagi bijaksana.....

Benar..... hidup pada abad 20 ni bukan semudah yg disangka... cbran hidup... cbran iman... mcm2 lagilah.... mampukan aku bertahan????????

aHHH.... FARHAN HANIF.... kau bolehlah!!!!!!!!!!!!!!!!!

ALLAH HUMMA SALLI ALA SAIDINA MUHAMMAD.....
YA ALLAH, KURNIAKANLAH KESEJAHTERAAN PADA PENGHULU KAMI, NABI MUHAMMAD SAW...

Thursday, February 18, 2010

Study Group, Final Exam & Blog


Salam Jumaat...

Semlm, aku, asma, intan n akmal telah mulakn study group 4 physio... 1 permulaan yg baik huhu... walaupun 2 org yang dikasihi n disayngi xdpat hadir... haha actually aku bimbg giler pasal 3 subjek physio,anat n histo.. coz nie sume sbjek basic 4 medical... xscore subjek nie jgn hrap bleh jd doktor...
smlm kiteorg smpt study sal CNS... wlaupu xsempt abis byk... tp bg aku.. ok apa... at least dpt jgk sket2... aku actually suke giler ngan study group ni.. sebab memg xsempt masa nk pham kalo baca sendiri... kdang2 study group sesuai sgt 4 org yg jrg jumpe lecturer... sbb kalo silap konsep kwan2 boleh btulkan part yg silap 2... n then study group ni promotes us to communicate n speak... tp smlm kitorg study 1/2 jalan je..coz ramai yang lapar thap dewa!!! hehe... sempt la dinner kt sbrang jlan sampai pkul 12... mcm2 cerita sempt dbhaskan... ksimpulannya... THINK POSITIVE... mcm yg diuar-uarkan oleh AsmaMunshi... n kta mesti bljar 4 memhmi org... sebab apa?????? sebab dunia ni xdiciptakn bukan kita sorang je.... jd kita kena berkongsi hidup dgn semua org... susah senang kita hdapi bersama huhu( bek punye ayat!!!) jd 4 kwan2 apa2 mslah kita hdpi bersama...

Final Exam?????
3 minggu lg dah final exam... menakutkanlah???? sebab apa... sebab xprepare lg... byk lagi yg ak xpham konsep, xingat, xbaca... bace n then lupa... apa yg penting concentrate jela kat study 2... jgn byk men n wat kerje xberfaedah... aku kena hdapi penyakit mlas aku nie... selalu mlas dr rjin.... insaflah paan!!! Ya Allah, berilah kekuatan 4 aku hdapi ini.... permudahkanlah aku menghadapi peperiksaan, dpemudahkan untuk menuntut ilmu...

Blogg???
tq 4 kwan2 yg ajar sal blog nie... da lama nak wat blog... skrg dah sampai serunya... mcm2 boleh kita suarakan... aku suka sgt baca blog orang... bukan ape nak paham karakter org lain... aku xprnah pkir ngtif sal org lain... sebab aku diajar 4 bersangka baik oleh Ustaz aku masa skol dulu... smpailah skrg nie mmg terpahat dlam hati( bukan puji diri)... kdang2 bila baca byk kngan owg.. aku rasa org laen bertuah sgt sebb tuhan bagi ujian, kngn dan pglaman untuk watkan manusia itu lbih hebat mghdapi hidup... kita org2 muda zman skrang bila mslah sket dah lemah n xbermaya... cuba kite tgok atuk nenek moyang kita... zaman diorang lagi lah apa yg ada sgat... makan xcukup, duduk dlam hutan... tv xade... BLOG pun xade... FB lagilah... YM pun gune asap je... tp still bersmgat 4 hidup sampailah umur 90 tahun... teringat aku kat Wan ak yang berumur 90 thun 2... huhu... tp kita???? ada mslah sket trus nak ngis(setengah orang)... nak bersedih... xnak ckap ngan orang.... bukan ckap orang aku pun sama... kadng2 mende 2 bukan mslah pun tp ianya 1 kperluan dalam khidupan iaitu tiada yang mudah dlm hidup nie huhu... kita rasa mende 2 maslah sebab mende 2 susah kan????

Oklah.... celoteh aku di pg jumaat nie.... ckuplah sampai disini... ari ni jumaat, penguhulu ari... byakkan berdoa... Salam


Mengenali Aku


Mohd Farhan Hanif b. Reduan
org biasa pnggil paan n mcm2 lg lah
Asal Jengka, Temerloh Pahang
Berasal dari FELDA Jengka 19
Umur tahun nie 20....
belajar di Universiti Malaysia Kelantan(UMK)
Seronoklah duk kat Kelantan nie..
Amik kos Veterinar
Proud to be the 1st batch 4 the vet course in UMK
Bercita2 nak jadi pensyarah & Bos besar
Muka kelhtan matang dari umur yg sebenar.... huhu
memilih vet sbgai 1 jalan untuk kehadapan...
Mempunyai character yg nampak serius...
kadang2 byk jugk cakap terutama bila org len start ckp byk...
bercita2 nak jd org terkenal di mase hdpn dlm ape jua bidng
minat politik sket2.... skdar melihat perwtkan manusia yg pelbgai...
susah utk menyesal ..... huhu
kdang2 mudah kutuk org len... so mtk maaf...
kdang2 mudah marah tp cpat sejuk...
mmpunyai kwan2 yang bek2 sumenye...
xpnh berkwan dgn gangster, kaki buli, kaki pukul...
minat jgk psikologi.... coz suke nasihat org supaya jd lbih bek..
kdang2 mudah lalai n leka...
kdang2 kurang berfikiran jauh...
kdang2 nak tergelak bila lihat karakter org yang plbagai...
boleh menerima semua karakter org...
1 harapan yg nak2 sgt... ada owg tgur bila ak wat slap, ble lupa, ble mlas belajar,ble lalai
ada 1 rahsia yg aku xakan aku gtau org len sampai bila2 huhu...

Berdoa smoga diampuni dosa oleh Allah, dimurahkan rezeki olehNya, disyangi olehNya
Semoga aku terus mnyangi diriku, ibubapa,keluaga, guru2, sahabt, rkan2,
Semoga aku dpat menyumbng utk agama,bangsa & negara...

MELIHAT KHIDUPAN SEBAGAI 1 PELUANG UNTUK MELAKONKAN WATAK SEBAGAI MANUSIA.... bukan semua mkhluk peluang jd manusia.... hebat kita sume kan...

Wednesday, February 17, 2010

Untuk orang yang kita sayang.....



Sebagai pengubat hati...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.

kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa
pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang
benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari
untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup utk
melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah
seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika
di
dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang
ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah
apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang
ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah
ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.


** Sumber luar bkan karya sendiri!!!!! Menarik untuk diinsafi, direnungi dan dimasukkan dlm hati....

Tuesday, February 16, 2010

Akhirnya.......

Akhirnya....

aku berjaya jgk wat blog aku nie....

nantilah aku pikir konsep ape yang aku nak wat...

kalau aku rajinlah...

exam final dah nak dekat.... huhu