Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, bersyukur tak
terhingga kepada Allah SWT atas nikmat yg diberikan, masih lagi bernafas hingga
saat & ketika ini. Dah lama benar tak update blog, kawan- kawan yang lain
pun sama jugak, mybe skrg musim orang tak suka dah nak ber “blogging” ni..
semua nak ber FB & ber tweet sahaja. OK back to the story.
Sem 8.
Sem 8 sudah berakhir pada 6 jun
2013, tahun ni tak ada semester pendek dah, terus pergi praktikal. Syukur
sangat-sangat dah berakhir semester 8 ni, fuhhh, sem ni cabaran datang dari
pelbagai sudut.
Final exam pun dah berlalu,
moga-moga ada kejayaan & kegembiraan. Setelah usaha diberi, walaupun usaha
sederhana sahaja, disebabkan keletihan utk uruskan clinical case, program
mobiliti.. kurang focus nak study utk setiap subjek. (#belajar member alasan)
Awal sem paling meriah, sebab
masa tu dapat pergi jadi vet assistant untuk Endurance competition dekat
Melaka. Wow, meriah sangat.pengalaman indah bersama dengan senior2 vet dan
kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Duk hotel pun 5 star, makan mewah, dapat
elaun, jalan2 Melaka dan semestinya pendedahan utk jadi equine vet di masa
hadapan. InshaAllah. Disebabkan pergi
endurance so, grup kami tak dapat join untuk family vet.
Sem ni agak busy dengan program
mobilti pelajar, planning dah mula seawal September, macam2 plan nak pergi tapi
tak jadi, mula-mula nak gi Australia, last2 dapat gi INDIA, Alhamdulillah, nak
contact dan confirm kan punya la susah, tapi nak wat macam mana, ni lah
pengalaman. Moga2 dapat jadi panduan di masa hadapan. Asalnya nak pergi INDIA 4 orang je, last2 9
orang, wow ramai tu, moga- moga dipermudahkan. Disebabkan apply utk mobility
pelajar ni agak terlewat, jadi banyak yang kelam kabut.. rushing sana sini.
Ditambah dengan kekalutan yg disebabkan masa, pengurusan fakulti &
sebagainya.
Alhamdulillah, peluang ke dua pun
datang. Dr Mokthar offer utk pegi praktikal di Thailand. Pada mulanya diterima
dengan terbuka hati. Disebabkan peluang yg jarang datang, isu pokoknya ialah
duit. Mana nak cari duit nak pergi INDIA & Thailand. Sampai la ke saat ni,
masalah duit menjadi penghalang. Siang malam fkir. Kadang –kadang fikir “ jadi
ke ni?”.. kalau orang tanya kenapa nak
pergi luar negara?. Banyak jawapannya.. semestinya utk luaskan pengetahuan
& pengalaman di zaman universiti.. dan peluang bukannya datang bergolek.
Moga keberanian nak tinggal di tempat orang walaupun sebulan & semestinya utk
belajar diberi ganjaran pahala yg besar oleh Allah SWT. Bermusafir untuk
mencari pengalaman & pengetahuan. Ni niat utama. Niat yang lain. Mcm nak
pergi jalan2, ala melancong datang kemudian.
Masalah mula datang, disebabkan
keletihan, kurang cekap dan malas nak memperbesarkan sesuatu yang tak pasti
jadi, salah faham & salah sangka mula timbul & bibit –bibit perpecahan
mula tersingkap. Dugaan mula datang dari pelbagai sudut. Amat merimaskan bagi
insan yang lemah sepertiku. Siang malam dibuai persoalan & pertanyaan.. di
mana silapnya. Kegelapan yg menyelebungi datang untuk sebulan lamanya.
perbincangan dijalankan. Kami berjumpa utk melepaskan kemarahan masing2.
Alhamdulillah, isu mula selesai.. perlahan-lahan sinar datang. Pengajaran mula
datang, bagi mereka yang ingin berfikir?
Utk rotation avian, kami ke
penang lagi, semuanya berjalan baik pada mulanya. Menjadi gelap utk hari
berikutnya disebabkan masalah sikap dan sebagainya. Pengajaran yang besar buat
masa hadapan, tak mampu dinukilkan di sini, kedua-dua masalah diatas,
merunsingkan kepala & meletihkan badan dan sebagainya. Ni la kali pertama
menghadapi masalah sebegini.
Tuhan berfirman , maksudnya.“
adakah manusia mengatakan mereka beriman, selagi mana mereka tidak diuji?
Setiap ujian yang mendatang harus di atasi, setiap manusia diuji mengikut
kemampuan mereka.. setiap masalah yang berlaku, kembali lah semula kepada
tuhanmu.
Alhamdulillah, hingga saat ni,
keadaan kembali normal.
Lepas abis exam.. seminggu stay
kat UMK, nak setelkan banyak mende utk praktikal hua hin & india, ari
jumaat kami pergi BBQ kat air tejun belantan besut, sabtu keletihan, ahad mula
cari sponsor, pergi kubang kerian, KB, turun naik fakulti, dimarahi &
dicaci, call orang tu – call orang ni.. small meeting hampir tiap2 hari.. bilik
ak dah jadi mcm WAR ROOM.. strategi disusun, tindakan dirancang (ayat gempak). Sempat
jugak pergi majlis tilawah quran antarabangsa & pergi makan2 & ambik
vaksin influenza, thyphoid & tetanus.
Alhamdulillah nampak kerjasama
disitu. Semuanya memerlukan kesabaran, kesabaran itu dtg dari tuhan. serta
sokongan & kerjasama rakan-rakan. Alhamdulillah, mendapat rakan-rakan yang
memahami & bersatu dlam perjuangan merupakan nikmat dari Tuhan. Bekerjasama
untuk mencapai satu niat yang baik, dan berusaha sedapa upaya itu perjuangan..
Moga pahala dikirim oleh Allah untuk usaha ini, walaupun penat lelah itu tidak
pernah habis. Allahuakbar
inshaAllah dengan izin Allah,
kami pergi praktikal kat Thailand 24 jun ni sampai 19 Julai, moga2 semuanya
dipermudahkan oleh Allah.. dpat pengalaman di sana, kalau ada rezeki berpuasa
10 hari disana. Cabarannya belum lagi bermula, inshaAllah kalau diizinkan Allah,
akan diceritakan disini selepas pulang nanti. Lepas balik Thailand, perlu
datang ke UMK untuk uruskan bajet & setelkan apa yang tak setel lagi. Lepas
tu balik Pahang 3 hari (puasa), dan bergerak ke LCCT untuk ke INDIA. Padat
sangat jadual. Alhamdulillah pengalaman di Thailand masa cuti midsem baru ni
akan digunakan.
inshaAllah berada di INDIA dari
27 Julai hingga 26 Ogos.. berpuasa & beraya di sana.. semoga dipermudahkan
kerana kat INDIA rasanya lagi mencabar, budaya, makanan dan masalah komunikasi
yang berbeza. Dengan 9 orang yg dikatakan ramai, semoga urusan kami disana di
permudahkan Allah. Moga2 pengalaman ini menjadi kekuatan utk kejayaan di masa
hdapan.
Balik dari INDIA, ada tinggal 2
minggu je. Satu nak siapkan segala report untuk latihan industri &
seterusnya bersedia nak ulangkaji utk comprehensive exam. Exam ni sebagai
penilaian sebelum dapat masuk 5th year. Boleh menilai kemampuan
kita. Semoga dipermudahkan oleh Allah dengan bantuanNYA.. Amin
# hingga saat ni nak pergi THAI
& INDIA ada lagi yg tak setel, terutama VISA, pening2 rasanya. Semoga Allah
permudahkan.. Ya Allah bantulah kami. AMin
# mungkin banyak keserabutan
disebabkan oleh Aku, aku membawa kawan2 ke jalan yg sukar & payah utk
membuat sesuatu yg bukan mudah, menguruskan program yang amat serabut dan
selain daripada memeningkan. Maaf ye kawan-kawan, TQ pada kawan –kawan yang
memberi sokongan serta tidak pernah putus
asa dengan aku.
# tinggal lagi setahun, kami
berada di UMK, kali ni praktikal kali terakhir. Moga kali ni yg paling byk
kenangan.. buat praktikal & latihan industri di luar negara satu impian,
moga ia tercapai. Terima kasih byak2 pada Dr Rahman atas dorongan utk kami
bermusafir, melihat tempat orang, mencari ilmu pengetahuan, berkongsi cerita
dan pengalaman. Semoga semua ini, pengetahun, kemahiran & pengalaman dpat
kami satukan, untuk menjadi PEMUDA yang kuat semangat, tahan jiwanya, buat
bekalan untuk masa depan, untuk AGAMA,
BANGSA & NEGARA kami. Sesuatu harus dilakukan, dengan niat yg ikhlas, ats
dorongan & semangat , pada DOA dari ibubapa & guru. terima kasih pada yg byk membantu..
# terima kasih abah & emak yg
mendoakan kebaikan untuk anaknya. Susah payah menyediakan duit. Bergelumang
panas mencari rezeki demi masa depan anaknya.. terima kasih atas segalanya..
# semoga Allah mempemudahkan
urusan kami
Farhan,
2013-06-20, 11.56 am
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya terbaca blog abang ni time browsing2 pengalaman di UMK. sy ada dpt tawaran kat UMK, tapi saya tak mohon pun kos tu.. boleh share tak tips2 untuk freshie yg bakal dtg UMK. kos sy keusahawanan kesihatan. ok ke?