Salam semua, apa khabar semua?
Harap sihat dalam rahmatNya.
Alhamdulillah, aku & kawan- kawan yang lain selamat sampai di bumi
Malaysia pada 24 Ogos 2013, meninggalkan India dengan seribu kenangan. Jadi nak cerita serba sedikit apa yang
terjadi dari Jun sampai la saat ini ini. maybe catatan ini akan jadi catatan
yang panjang lagi lebar.
Praktikal Thai
Dengan Nama Allah, kisah
bermula..
22 Jun 2013
Perjalanan bermula setelah
berehat 2-3 hari dirumah, selepas kepenatan mencari sumbangan dan rehat
seketika selepas habis final exam. Gerak ke Sg Golok, 22 Jun, ada masalah di
imigresen, TERSANGKUT, nyaris-nyaris ditahan & dipenjara (menurut kata
pegawai tu lah), disebabkan masalah ini, TERLEPAS train yg sepatutnya bergerak
pukul 2.20 pm (waktu Thai), so beli tiket train baru dengan bawak backpack yg
besar serta 2 kotak yg besar lagi berat (ada sardine, tin susu & byk lagi).
Yup.. tarik nafas, nasib baik ada Man, kawan kiteowg di stesen keteapi Sg Golok
tolong hantar pergi ke Motel di Sg Golok, malam tu dihabiskan dengan mengeluh
& mengenang nasib, makan dan ronda-ronda malam di Sg Golok. Ditegur oleh
tentera thai & disuruh balik ke hotel. Balik hotel sambung dengan bedtime
story sampai 2 pagi, lepas tu sambung tidor. Masa time ni aku 2 orang je dengan
Ban, hezry & akmal gerak lambat sebab akmal kena tahan wad. Keputusan dah
dibuat utk ak ngan Ban gerak dulu utk selesaikan BANYAK perkara yg bakal
memeningkan di THAI. Gud luck!
23 Jun 2013
Pagi tu dimulakan dengan solat
subuh (agak lewat) dan kemudian terus dengan breakfast dekat kedai yg menjadi
kesukaan aku dekat Sg Golok ni, serius sedap akak ni masak. Train memulakan
geraknya pukul 11.30 am. Tiba2 pegawai ni cakap Train kena shuttle pergi Yala dulu.
Naik train kelas 3, kerusi kayu 90 degree/darjah, nasib baik 4 jam je. Sampai
kat Yala, turun train bawak 2 kotak besar dan TERSADAI utk 2 jam lagi. Dalam
hati aku, ujian apalah yg menimpa. Nasib baik ada sorang brader ni, budak Sg
Golok yg tolong aku ngan Ban, angkt brang, die OTW nak gi Phuket (dia cakap
kalau nak pergi Phuket contact dia). Berpeluh-peluh aku time ni. kat Yala, aku
melilau nak tnye bile train tu sampai. Yala ni hotspot/kawasan panas utk
selatan Thai, banyak kes tembak antara tentera Thai dengan pejuang pemisah
& kawasan stesen Yala ni memang pernah ada kes letupan dulu. Alhamdulillah, lepas tu train sampai.. dan
train sepatutnya pergi ke Bangkok ni, dah terlewat 3-4 jam. Perjalanan
diteruskan. Sepanjang perjalanan, banyak yg aku fikirkan, dengan masalah yg
perlu diselesaikan bila sampai Thai ini, apa yang dah terjadi utk 3-4 hari ini,
kawan sakit dan aku teringat banyak kisah GELAP yg jadi sem lepas. Kenapa jadi
macam ni?. Dalam hati ini, tuhan sahaja yg tahu. Allahuakbar. (nasib baik ada
buku Shamrock, karya Ustaz Hasrizal, sumber motivasi utk aku sepanjang 2-3
bulan ni). Aku bukanlah hebat, sangat bermotivasi, kuat semangat sebagaimana yg
disangka orang.. banyak titik kelemahanku yg mungkin diketahui orang yg rapat
dengan aku..
Kami selamat sampai di Hua Hin pukul 1.30 petang,
sepatutnya sampai pukul 7 pagi, Nampak dah 6 -7
jam delay, tu belum masuk duk kat Yala 2jam. Aku pun tak tahu kat mana
keberanian datang utk pergi Thai 2 orang je, nasib baik pernah gi masa cuti
midsem hari tu. Tunggu dalam sejam lepas tu, 2 orang Dr sampai Dr Pong & Dr
Off sampai. Gerak ke Hua Hin Hospital, dalam 15 minit dari stesen keretapi,
hati sedikit berbunga sebab dah sampai. Diorang sibuk sangat hari tu, jadi kami
duduk je dengan perut kosong dari pukul 2 sampai pukul 7 petang dekat bilik
mesyuarat, tak makan apa-apa dari pagi. lapar yang ni pasti. Nak hilang lapar,
kami gi depan main gate, ambil gambar kat situ. Pukul 7, siap solat asar, baru
la pergi bandar, first day dah makan KFC dan beli adapter.
Balik hostel, Dr Off tunjuk
bilik.. WOW!!! diorang kasi satu makmal kosong.. makmal tu bersih, Cuma tak ada
kerusi jer.. seriously, terkejut aku. Director pesan suruh bawak sleeping bed,
masalahnya sleeping aku hilang dekat Sg Golok.. wargh!!.. Ban pulak tak
bawakk.. malam pertama sangat
menyakitkan badan.. hanya beralaskan satu selimut nipis.. aku tak pernah tidur
atas lantai, ayah aku marah.. jadi tak biasa.. kalau ada toto, lain la
ceritakan.. huhu, tandas diasingkan/dikongsi dengan bilik pantry, bukan orang
sini nak BULI kami, tapi memang sebab diorang sendiri ada masalah bilik, even
staff pun tumpang bilik yang direnovate, tapi kat sini ada WIFI Free, pasthu
makmal yg kitorag stay tu ada aircondd.. jadi ok la.. then Dr2 kat sini, siap kasi
bantal diorang dengan toto nipis. Lega la sikit. Boleh la nak himpit2 haha.
25 Jun 2013
Kami mula start praktikal..
dengan hati aku yg getar/risau pasal kawan, pasal yuran, pasal projek nak pergi
INDIA, seriously I cannot stop thinking. Tapi hidup perlu diteruskan. Masa ke
semasa, kitaorang teruskan dengan apa yang ada, belajar utk adapt dengan
persekitaran, dengan bantuan Dr Khongsak, Dr Neng, Dr Teng, Dr Poo, Dr Thorr,
Dr Off, Dr Pom, Dr Om, Dr Best, Dr Shark.. semuanya kembali smooth..
26 Jun 2013– 19 Julai 2013
Sehari sebelum akmal & hezry
sampai, ada berita gembira yg kami dapat. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat
pada Allah & esoknya akmal & hezry sampai dengan selamatnya. Perjalanan
diorang lebih lancar dari kami. Menyambut Ramadan di Thailand, dengan susahnya
nak jumpa dengan komuniti islam kat sini, sangat mencabar. Maaf cakap, tak
terasa Ramadan kat sini. Kami meneruskan bulan puasa seperti biasa, bangun
sahur, pastu buka puasa mcm biasa. Tapi feel tu tak ada. Jauh beza dengan
Malaysia. rindunya puasa kat Malaysia.
Kat Thai, kitaorang masak
sendiri, sebab susah nak cari kedai makan muslim, ada tapi jauh, susah nak
pergi sebab tak ada kenderaan, malas nak susahkan Dr2 kat sini, jadi baik
masak, diorang siap belikan electric pan sebab kitaorang tak boleh campur
dengan bekas khinzir.. tapi bab makan memang superb kat sini!! Sebab separuh
dari stock utk sebulan dah bwk dari mlysia, pastu kita orang byk beli kat
supermarket cari produk yg ada logo halal, telur, beras & sardin… stock
sayur & buah kitorang beli byk giler. Makan kat Thai memang puas, sempat
beli ayam halal & beli daging 2 kg dekat orang muslim kat sini.. tapi kne
order, ambik masa nak dapat.. haha, hari-hari makan sardin, telur dadar, sayur…
sekali sekala kari ayam, green curry… sob2,, masak kari ayam tak jadi..
pengalaman masak kat Thai akan jadi panduan utk hidup bujang lepas ni.. hehe
gud luck!!
Utk praktikal, ada 4 section
& setiap minggu aktiviti yang berbeza.. large animal, ward, OPD dan
surgery.. hospital ni SUPERB, technology memang advanced & VO pun mantap!!
Utk large animal, kami pergi ikut ambulatory.. pagi gerak kul 10, sampai petang
pukul 5/6.. kadang 7.. jarak perjalanan\sekitar 200-300 km sehari & seorang
je Dr yg incharge Dr Thorr.. hebat Looo. Wa ckp lu… bwk kete lagu giler, 2-3
kali nyaris eksiden. Takut aku, seram pun ada. Untuk large animal, cover both
ruminant & horse. Dr Thorr, asal Songkhla. Area selatan Thai.. Dr ni yang
paling rapat dengan kami.. setiap kali lunch, dia akan cari kedai makan muslim & cuba cari masjid utk solat
zuhur/asar.. utk solat dekat THAI ni pun banyak cabarannya..tak mampu
disetelkan disini. Utk rekod Dr Thor, ada kereta kancil kat rumah dia di
Songkhla.. utk rekod lagi, dalam Songkhla ada Hat Yai. Utk small animal, tak
ada banyak bezanya dengan MALAYSIA, Cuma diorang lebih maju, ada MRI , CT
scan.. canggih2 la.. tapi semua dlm bahasa Thai.. kadang2 bahasa menjadi
masalah dlm komunikasi kami kat sini.. diorang paham ke aku ckap? Kena ulang
2-3 kali ke? Heheh.. tapi overall nya OK sahaja. Tapi cara diorang keje memang
enjoy, dlam surgery room siap pasang radio, gelak-gelak lagi.. Oh dear, I miss
that moment!!
Utk rekod Hua Hin ni consider
pinggir Bangkok, jarak dari Bangkok lebih kurang 3 jam sahaja by van dan 5 jam
dengan keretapi, hampir setiap minggu kiteorang pergi Bangkok, first week,
ambik train untuk 5 jam perjalanan, HUA LAMPHONG.. I miss you!! Time ni aku
bawak BAN pergi Chak tu Chak Market, pastu naik Tuk-tuk pergi Khao San Road,
ambik bilik 350 bath.. jalan2 tengok Mat Salleh yg khayal dengan dunia,
disebabkan seharian berjalan kiteorg pergi Thai Massage.. 30 minit, 120 bath
(utk rekod 10 bath = RM 1). Hilang rasa letih, rehat dan tidor, bangun dan
pergi ke Grand Palace, masuk FREE utk kali ke-dua (kali ni ikut jalan
belakang). Kemudian naik bas, pergi ke Hua lamphong, lepas tu naik MRT kt Cha
tu Chak Market utk kali ke 2.. enjoy!! Haha.
Minggu 2 pergi lagi ke Bangkok,
tapi kali ikut TRIP Dr2 lawat private hospital, canggih hospital diorang. Dapat
makan SUSHI free. Pergi Bangkok free, siapa tak sukakan.
Minggu 3 pergi lagi ke Bangkok,
kali ni naik train lagi pukul 2.20 petang, masa ni bulan puasa. Sampai2 kat Hua
LamPhong masa tu dah masuk waktu berbuka. Pe lagi makan KFC THAI laaa.. huhu
(utk rekod KFC Thai, dikatakan HALAL).
Sedap kot KFC dekat THAi. Lepas tue pergi Night market dekat dengan
memorial bridge, tak beli sangat pun, banyak duit habis dah. Huhu. Then, jalan
kaki pergi masjid, kena cross Chong Phraya River. Sesat, jumpa masjid tapi dah
tutup tak boleh masuk, kena kejar dengan anjing. Lepas tu ambil naik bas pergi
ke Cha Tu Chak Market, then nasib baik jumpa hostel yang selesa dalam 10 minit
dari cha tu chak market.. Pagi esoknya. Kami gerak ke Bang Khen Hospital,
canggih ma!! 10 tingkat wa cakap lu.. canggih, sebijik mcm hospital manusia,
ada blood bank, ada swimming pool utk anjing & mcm2 lagi.. jumpa Miss Pammy
KU yg cantik & sanggup terima kami kalau nk prktikal kat situ. Seriously.
Sekali lagi petang tu pergi Cha Tu Chak Market.. kali ni pergi bulan puasa, ya Allah
dahaganya.. dah la byk air/aiskrim jual kat situ.. sabar jela.. nyaris kena
tumbuk.. then kami ambik van dari victory monument, then balik ke Hua Hin
Sepanjang kat Hua Hin tu banyak
tempat yang aku pergi.. Hua Mongkol Temple, Swiss Sheep Farm (masuk free), Floating
market, cha Am Beach, Hua Hin Beach… & byk lagi.. tak larat dah nak taip!! Kebanyakan
pergi time large animal round, time tak ada kes, Dr Thorr byk bawak pergi
jalan2. Sebab tu semua gambar pakai scrub suite. Huhu
17, 18 Julai 2013
Hari-hari terakhir di Thailand ,
malam ke dua last, Dr Thorr & Dr Nik bawak kami makan/bukak puasa kat sea
food restaurant.. dahla kitorang makan banyak, duduk kat THAI ni kalau tak
makan tomyam dia memang rugilah.. SOM Tam pun sedap. Makan Thai bagi aku pedas
tapi SEDAP.. lepas tu jalan-jalan kat night market Hua Hin, then pergi SUPPER
dekat night club? Hahahaha.. tak la.. restaurant biasa jer. Malam last, Dr
Thorr & Dr Nik organize utk kami BBQ.. dah la kiteowg makan paling banyak.
Utk rekod BBQ Thai agak lain sedikit.. nak tahu saya boleh beritahu.. haha.
19 Julai 2013
Hari terakhir kami kat sini, hari
yang paling busy. Kelam kabut siapkan slide, jumpe Dr bincang kes, sebab petang
nak present. Aku dah la paling last present, paling byk kena tanya soalan,
adoyaii. Nasib baik sempat jawab sikit.. lega kot. Lepas tu sesi penyampaian
cenderamata. ak tolong sampaikan pada Dr Teng (paling cantik kat hospital sini)
haha. Sesi bergambar sangat meriah/happening. Sangat sedih nak tinggalkan Hua
Hin. Kelam kabut kemaskan bilik, petang tu tiket train kami pukul 6 petang. Dr
Thorr ikut balik gak tapi turun kat Hat Yai, so dia hantar & ikut kami
sekali..tup tap. Train delay, 2 jam.. haha.. nasib badan lah.. lepas tu, pergi
KFC utk beli stock bukak puasa petang nanti.. hari terakhir dan kami bukak
puasa dekat stesen keretapi Hua Hin, utk rekod merupakan stesen keretapi yang
paling cantik dekat THAI..
Lepas tu train Dr Thorr sampai,
sempat lambaikan tangan dekat dia, dlm sejam lepas tu, train kami sampai, kali
ni aku ambik seat tidur, memang berbaloi. Tidur lena dengan stock makanan utk
sahur. Tapi tak bangun sahur pun, bangun solat subuh jer. Alhamdulillah, pukul
1 (waktu Thai, utk rekod Thailand lambat sejam dari Malaysia) kami sampai di
Rantau Panjang, jumpa pegawai imigresen kat sempadan, SENYUM!!.. kemudian, naik
teksi balik ke UMK, kena charge RM 50.. barang banyak giler. 19 Julai, hari
pertama berbuka puasa di Malaysia, nasib baik Hezry dan akmal sempat beli lauk.
Dan kami pun bukak puasa sama-sama. (lauk ayam golek, air bandung, air
tembikai, ayam masak kurma)
# syukur atas nikmatnya, secara
jujurnya, pengalaman utk praktikal Hua Hin ni penuh dengan onak dan duri start
dari Malaysia lagi sampai la bawak ke Thai. Kalau dikenang boleh mengalir
airmata mengingatkan part yang sedih lagi pedih tu. Serabut fikiran memikirkan
perkara yang telah dan bakal terjadi, kesempitan wang, pengorbanan,
persahabatan, rasa bersalah dan terkenangkan peristiwa lalu amat mendebarkan. Pengalaman
backpacker di Thai, Mac 2013 (1 week) dan latihan praktikal, sebulan kat
Thailand memberi warna-warni kehidupan untuk bulan-bulan terakhir aku di UMK. Terima
kasih kepada ibubapa kami yang tidak putus asa mendoakan anak mereka. Terima
kasih utk sahabat sekalian (Ban, akmal, hezry) yang berjuang merealisasikan
impian utk praktikal di Thailand walaupun kesempitan dan kesukaran datang dari
pelbagai sudut yg tak mampu diluahkan.
1/9/2013 (12.01 am)
Bersambung…………………………………..
No comments:
Post a Comment