Salam
Pantas sungguh masa berlalu
sekarang dah bulan November, nak update blog PRAKTIKAL di India pun tak sempat,
bukan sebab busy, tapi MALAS. Sem ni semester 9, tinggal lagi 6 minggu sebelum
habis, lepas tu study week dgn final exam. Aku perasan yang aku agak LEMAH
& MALAS ketika ini, selesa dengan apa yang ada dan banyak habiskan masa
untuk perkara yg kurang berfaedah untuk seketika ini.
Bulan Januari 2014 akan datang
ni, akan ada pre- comprehensive exam sebelum yang REAL bulan Jun tahun hadapan,
perlu persediaan rapi ni, jangan ambil mudah macam yang ko selalu buat sebelum
ni, masa sekarang pun dah suntuk, banyak yang aku belum lagi bersedia.
Sekarang baru je habis utk
surgery rota minggu depan small animal rota pulak.. surgery rota lanyak aku
kena dengan surgeon kat sini, hehe, ye la aku ni agak lembap sikit utk surgery
ni. Praktikal & knowledge utk subjek surgery ni agak terkebelakang
berbanding orang lain, sebab apa, ambil mudah sebelum ni. Berjaya untuk buat SPAY dari awal sampai
habis, harapnya kucing tu sihat sampai bila-bila Amin. Untuk small animal rota
ni, banyak kena belajar. Terasa lemah disitu.. harap2 aku rajin untuk buat
sesuatu. Ya Allah, ko bantulah aku..
Semester ni, aku study pun banyak
cincai & kepala aku agak perlahan juga 1-2 bulan ni, agak lambat untuk pick
–up.. masa dah suntuk, tinggal berapa bulan je ni.. kalau aku tak DO SOMETHING
tak tahulah apa nasib nanti lagi-lagi masalah akredisasi yang dikatakan akan
menjadi parah (dengar cerita), harap-harap dipermudahkan oleh Allah untuk
langkah seterusnya.
Beberapa persoalan untuk
difikirkan, kemana aku selepas ni? Kompetenkah aku untuk jadi SOMEONE di sini?
Layakkah aku? Semuanya dalam kepala, dan peluang datang 2-3 minggu ini dan
sehingga ke hari ini, masih lagi tiada jawapan.. terasa sekarang ni,
macam-macam masalah/ujian/cabaran yang bermain di kepala. Runsing seketika,
betul la kata orang tahun akhir ni memang mencabar.. tak lama lagi nak start
final year project (FYP) yang belum difikirkan lagi.. aduyai..
Ni sajalah update aku untuk bulan
ni. Sapa yang sudi baca blog ini, sudi-sudilah mendoakan kesejahteraan aku
dunia dan akhirat. Akhir kata SALAM SAYANG dari aku..
# sekarang aku dah beli TAB,
nampaknya focus aku dah kurang sekarang ini
# aku kena improvekan ENGLISH
communication aku ini. URGENT!!
# aku terlalu rindukan
backpacking.. seriously. Aku nak plan pergi INDOCHINA, Indonesia, Singapore
tahun depan.. kalau tuhan izinkan , cuti bulan 1 ni aku akan pergi ke BUMI
KENYALANG huhu.. (7.51 pm, 8th November 2013)
Paan, nanti dah qualified vet, bleh la tlg neuter kucing2 saya eh? heheh. ada special price x? hehe
ReplyDelete