Alhamdulillah semester 7 telah
melabuh tirainya..
Genap 2 bulan blog ini tidak
diupdatekan,
Semester 7
Perit untuk semester ni, bulan 9
dihabiskan dengan kesibukan menguruskan persatuan untuk bulan erakhir,
mengemaskinikan organisasi kerana wujud ruang yg boleh diperbaiki lagi. Bulan
10 & 11, aku hilang focus, entahlah kelihatan tidak bermaya untuk hidup.
Ada beberapa perkara yang aku decide untuk tidak berfikir tentangnya. Bila aku
start memikirkannya, wow! it really make me stuck. Serabut kepala akan
menyesakkan jiwa, melonggarkan hati untuk berfikir untuk menghasilkan fikiran
yang waras. Waduh! Macam mana kok boleh jadi begini. 2 bulan selepas itu (
January 2013), I make decision not to think in deep in matter that can make me
crazy, juz follow my path. I believe in Allah. Belajar pun jadi serabut, badan
pun terasa letihnya, subjek sume terbengkalai, kalau buat test time ni, memang
perit. Lepas midsem, baru sedar, wow byk yg tertinggal in academic world! Mcm mana
nak mula ni? Ok no choice, start perlahan2.
Subjek paling menarik sem ni,
pastinya Avian disease, dengan lecture superb, the most interesting part is
going to Penang, to visit the broiler farm, do post mortem and the toughest
part is to do lab work, it took long period of time! masa gi penang, makan
free, gi beli jeruk then berhenti kat tasik banding then jalan2 kat seluruh
pulau kat situ. It totally awesome.. tq
Dr Tan for your hospitality & kindness! Belajar dengan Dr Jalila utk pet
bird pun menarik!!
Satu lagi, ruminant service under dr
rahman, aku rasa dlm seminggu ada jgk 3-4 kali pergi kat Bachok untuk ruminant
case. Pergi 5.30 petang , biasanya sampai kat bilik pukul 8.30 @ 9.00 mlm. Especially
kalo lepas tu ada group discussion. It really suck!. Balik2 badan letih. Mandi, bukak fb terus tido. Ruminant service make me
close to village people, understand how they work, what they expect… it is good
training for the junior politician to understand the rural people, so they
understand how they make policy to help them in the future. Yang tersiratnya,
seorang pensyarah yang berusia sanggup berhempas pulas, menggunakan kenderaan
sendiri, membawa pelajar ke lapangan, hampir setiap hari dengan niat utk
memberi pendedahan & hampir setiap hari pulang pada pukul 10.00 malam serta
mempunyai rekod kesihatan yg boleh berulang di masa hadapan. They are really
great teacher! They don’t have political agenda, they work for the future
generation. kerana agama, bangsa & negara!
Final exam
Final exam start 30 disember sampai
10 januari, study week 1 minggu, wow, byk nak cover, yg paling susah pathology.
Stress masa study week. Yg paling giler kentang, etika dengan marketing, 1 hari
sebelum final baru nak bukak dan expect boleh dapat A. haha, subjek yg tak
sangka membantu aku berfikir ialah etika tajuk hubungan agama & etika. 2
jam habiskan masa utk check setiap agama dan pandangan mereka. Aku check
sejarah agama yang wujud kat dunia ni dekat Wikipedia, fahamkan sedikit sejarah
agama2 ini & aku dapati Islam ialah yg terbaik, islam bukan hanya agama
semata-mata ianya, lebih dari itu. Ianya membetulkan beberapa mindset dalm
kepala aku ni yang tak berapa betul. Yup, ada bezanya org yang bermoral dan
beragama, org yang beragama mesti bermoral.. yg bermoral tidak pasti beragama.
Byak lagi yg sempat terlintas di fikiran pasal moral ni. Tapi tak mampu nak
coretkan disini. Alhamdulilah knowledge baru especially yg bahagian agama ni.
Kadang2 org kita selalu keliru, bila tengok perempuan tak pakai tudung sikit?
Suka-suka hati ckp itu penghuni neraka.. kutuk & hina suka-suka hati je.
Manusia-manusia tak pernah nak mendoakan yg
lebih baik, menghina lagi la..
Cuti
Habis cuti terus gerak ke Kuala Lumpur
naik Air Asia (now everyone can fly). gi rumah intan. Buat muka tak malu, makan
sebanyak mungkin, sbb apa? Takut lauk yg dimasak tak habis nak membazir, hehe.
Tq byak2 pada intan & fmily, they are so kind. They teach me values.. I
will remember it fr long time.. first, gi jalan dekat Wangsa Walk. Jalan2
tengok ape2 yg best, malam sabtu tu gi tengok move life of pi. Wow, it awesome
& fantastic movie. Ceritanya simple mudah nak fham, teach about value.
survivality!
Hari ahad kitaorg (aku, akmal &
intan), bejalan sakan, dari pagi sampai malam. Naik LRT. First tempat kita org
gi:
·
Muzium
Negara.
Masyarakat kita belum lagi bersedia menerima budaya mencintai sejarah
negara seperti negara maju. jadi, kitaorg memecahkan tradisi utk melihat dari
sudut pandangan yg berbeza. First time aku sampai, secara keseluruhannya ok.
Aku nak berikan sedikit kritikan sosial kat sini. Ada 4 bahagain iatu, zaman
purba, zaman kesultanan melayu, zaman penjajahan dan zaman Malaysia kini. Yang bahagian pertama je menarik pasal zaman purba
di Malaysia. yg bahagian lain kurang isi, persoalannya?.. bagaimana muzium
negara saiznya kecik?.. kurang artifak?.. Mana kebanggan yg kita nak tunjukkan
kepada org luar yg pasti akan melawat sejarah negara ni?. Sbb muzium negara
tempat wajib lawat di Malaysia dalam kalangan pelancong asing. Sorila byk
isinya kosong. Tak mewujudkan kebanggaan langsung terutama kat bahagian kesultanan melayu lama, kerana
hakikatnya banyak yg boleh ditonjolkan utk membangkitkan kebanggan utk generasi
muda. Because Muzium Negara is referred museum> then people expect more?.
Kitaorang dah daftar jadi sahabat muzium hehe.
·
Planetarium
Negara: kali ke dua aku dtg, tempat yg bgus utk adik2 aku, memahami sains.
Keseluruhannya ok. Menara peninjau sgt best! Jap satu lagi ada pameran pasal
angkasawan negara. Byk gambar pasal
kajian diorang kat sana. Yg ni aku suka baca! I remember last time, I bought book about the
Malaysian Astronaut, but still not finished yet, now I need to read it again! Good
job Agensi Angkasa Negara. Tq to Prof. Dr Mazlan Othman.
· Muzium
Polis; bila pergi muzium, aku bukan rajin sgt nak baca semua yg diorg tulis, setakat
tengok gambar atau tengok video, tapi kat muzium ni banyak giler la artifak, banyak
gila gambar, bgus2, anak2 polis wajib gi tempat ni. Sekejap je kat sini, masuk
pun free, pastu kitaorg blah la. Polis dah. Lepas ni muzium tentera darat
pulak.. kat Port Dickson, dengar cerita best.
·
Muzium
Kesenian Islam; aku terdetik nak pergi muzium ni bila ak belik2 biografi Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebab muzim ni bwah Yayasan Al-Bukhary,, muzim
mempamerkan artifak kesenian islam dari seluruh dunia, cantik sangat, besar, banyak
giler artifak, ramai org. tiket pun murah 6 ringgit je. Tak larat nak baca
semua + kaki dah mula lenguh. Dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir 1997 ( kalo tak
silap). Muzium ni terkenal dalam dunia islam, because of ‘world standard’.
Hebat!. Digalakkan untuk pergi, belakang dia bangunan Yayasan Al-Bukhary, wow!
besar nya, bangunan pun cantik. Senang je nak cari muzium ni dekat Masjid
Negara.
·
Masjid
Negara: sampai2 terus gi kat makam
pahlawan. Sedekahkan alfatihah semoga Allah mengampuni jasa2 pemimpin negara.
First time sampai, ada 4 makam utama iaitu untuk Allahyarham Tun Razak, Tun
Gaffar Baba, Tun Dr Ismail & Tun Hussien Onn. Kat luar ada makam untuk Tun
Syed Nasir, Tan Sri Ghazali Hamzah dan lain-lain. Then, solat jamak di Masjid
Negara. Allahuakbar.
·
Menuju
kat kompleks Keretapi Tanah Melayu (KTM), bangunan kolonial memang cantik, masa
ni rasa mcm dah nak tercabut lutut ni, letih sangat!. Pastu gi KL Sentral,
kemudian pergi ke Pasar Seni, kemudian pergi Petaling Street. Sempat beli beg
sandang yg kecik, senang sikit bila nk gi jalan jauh.. semua dlam beg kecik
je.. pastu gi jalan2 kat Central market. Semua tempat ni first time aku gi tau.
Ak kan orang kampung.. hehe. Then, we decide to go back after 12 hours berjalan
& tak makan apa2 kecuali breakfast je pagi td.
· Sampai
umah, makan dinner & celebrate anniversary parents intan, makan besar
kemudian tidor, esok nak bergerak pulag ke tempat asal-usul masing2.. naik bas
11.30 pagi, sampai kat rumah jengka 19 pukul 2.00 petang… tak sangka 2 jam 30
minit je KL dari tempat ak ni.. dekat wooo….. haha. Lawatan kali ni bersejarah
sikit, kalau tak dulu pergi shopping je, sbb skrg tak duit, so kena tukar la
modus operandi lah jawabnya..
Bercuti di rumah..
Alhamdulillah sampai kat rumah isnin,
pukul 2.30 ptg. Seronok sgt bila balik rumah, rumah lah tempat yg paling secure
kat dunia. Kenyang perut duk umah, balik umk. Lapar je, xade apa nak makan, nak
masak malas, nak gi kedai, duit tak ada ( bunyi mcm mengeluh) haha. Dok umah,
tak wat apa pun, makan durian, rambutan, tgok tv, bermesra, borak2… byk masa
spent tgok movie yg tak pernah sempat abis kat UMK. Selain tu, baca buku selain
dari bidang vet ni kat rumah.. alhamdulillah, sekarang ni boleh habiskan 3 buku
dalam sehari ( below than 250 pages for every 6 hour).
Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary
Buku ni dalam 260 pages sahaja, biar
aku ringkaskan disini, beliau dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kedah &
Johor, berketurunan Arab – Pakistan, tidak mempunyai kelulusan akademik yg
tinggi, setakat habis di sekolah menegah, berkahwin pada usia 42 tahun. Top 10
billionair di Malaysia, Melayu yang paling kaya & mcm2 lagi, hebat!!
Alhamdulillah, byk strategi & kata-kata hikmah yg boleh belajar dari Syed
Mokhtar. Alhamdullilah. Until now (17/1), dah habis baca buku top Malay leader
(Dr M) and Malay Billionaire (Syed M). They have many positive attitude,
harap-harapnya nilai positif diorang ni, mengalir dalam generasi muda sekarang
terutama anak bangsa ku sekalian. Apa sumbangan kita untuk negara & masyarakat?..
sama2 boleh fikirkan. Siapa-siapa yg nak pinjam, marilah jumpa dengan aku.
Tahun Baru..
Selamat tahun baru 2013, umur pun dah
masuk 23 tahun. Semakin kealam dewasa yg penuh dengan ranjau. Alhamdulillah ada
sedikit kematangan pada diri ini & orang- orang disekeliling. Semuanya mula berfikir tentang
masa depan. Azam tahun ni untuk lebih bahagia, mempraktiskan agama dengan lebih
baik & belajar dengan lebih fokus!! Semoga setahun setengah ini
dipermudahkan walaupun ak tau cabarannya tak semudah itu!! Good luck utk semua.
Budaya berfikir
Yup, aku dapati budaya berfikir kurang
dalam masyarakat termasuk aku ni, terima segala maklumat bulat2, tanpa merujuk
kepada sumber yg berauthoriti, google ke & sebagainya. Golongan pelajar
tidak berlatih utk berfikir, hanya digalakkan untuk menghafal, jadilah common
sense pun byk yg tak tahu. Berfikir & bertanya budaya yang baik. Digalakkan.
Sensitive?
Paan sensitive? Haha, ada ckp aku
sensitif, yela nak merajuk jugak kadang- kadang, mana tau ada yg nak pujuk.
K la setakat ni sahaja ye. Moga
berjumpa lagi. Tak tau bila nak update lagi. Semoga dalam rahmatNya.. Salam Maulidurrasul..
Allahuakbar!!
#Pilihanraya tak lama lagi dah..
nanti demam pilihanraya pulak!!
No comments:
Post a Comment