Monday, November 5, 2012

terkini



Salam kepada semua pembaca blog yang bersarang ni.. ( ada ke yang baca? Haha.. satu persoalan, yang tahu jawapannya, tak ada ), aku nak coretkan sikit pengalaman 2-3 bulan ni. 

Praktikal penang

Lepas raya terus gerak pergi Penang untuk praktikal, kat area Ayer Hitam, stay kat Bayan Lepas, rumah keluarga Hezry # tq hezry & family, setiap pagi gerak pukul 7 pagi balik malam biasanya sampai pukul 8.30 – 9.00 malam sebab jalan jem. Praktikal yang paling best, banyak membuka minda sebab Doctor yg in-charge kitaorang (aku, daus, ban) banyak ceramah kami aka bebelan yang sangat panjang * at least 2 hours setiap hari. (kadang-kadang bosan & meletihkan, haha). Banyak pengajaran kehidupan yang boleh dipelajari, byak ruang lingkup selain dari vet yg sempat belajar. Really!! It fantastic. Dia       (Dr Goh) sempat bawak kami pergi jalan kampong dia kat Bandar Kuale kangsor.. pusing2 bandar diraja aka jadi tour guide tunjuk istana iskandariah, mckk, masjid ubaidiah, pokok getah pertama di Tanah Melayu..  yang paling best makan laksa kuala kangsar dan cendol yang sgt sedap kat tepi sungai sayong. Byak la sejarah diraja perak yg sempat teman belajor aritu.

Sebelum balik umk, gerak gi Alor Star umah atok Ban. Tepi bendang. Cantik! Setiap kali tengok sawah padi, mesti aku teringat novel yg aku baca masa sekolah rendah dulu. Sawah padi, anak desa, membesar dengan susah payah dan berjaya dalam kareer dan kehidupan. Dulu nenek aku pun buat sawah padi, pastu ikut gi kilang mesin padi. Tengok mcm mana beras dihasilkan. Kalau ada rezeki ak, nak beli tanah kawasan sawah padi, pastu buat rumah, cantik kan!! Sweet sgt.. ( kesan tengok movie Ombak rindu ngan Cun). Nnti aku kena cari novel yg aku baca masa darjah 5 @ 6 dulu. Sgat2 nostalgik gitu. Kalau kat Jepun, even raja diorang pun bercucuk tanam padi kat belakang istana dan hasilkan beras raja untuk vvip yang lawat maharaja jepun. Actually, ni fist time aku datang Kedah. ni la pertama kali cheq maqhi Kedah ni. Even penang pun kali ke-2, dan aku sangat excited sebenarnya, aku suka berjalan, sebab jauh berjalan, luas pemandangan dan semakin banyak hikmah dan pengajaran! Pasti! Terima kasih Tuhan atas nikmat kehidupan dan persahabatan!

 # tq sgt kat family hezry dan ban yg byak penuhkan perutku sepanjang praktikal ni dan bawak pergi jalan-jalan. Memori ni akan dibawa sampai bila-bila.
# praktikal ni, aku berjaya habiskan buku Memoir Doctor in the House. Hasil nukilan Dr M. sangat2 berguna untuk aku di masa depan, seorang negarawan yang jujur untuk melihat bangsa, agama dan negara nya , maju di masa hadapan. Beliau berhempas pulas untuk memajukan dan mempopularkan Malaysia, demi memartabatkan agama dan bangsa.  Jasa Tun kepada negara sangat besar. Kepada Allah ku mohon , agar Tun dipanjangkan umur dan dipermudahkan kehidupan di akhirat sana. Amin.dan sebagai seorang manusia biasa, beliau tidak lari dari kesilapan dan kelemahan.   

Semester 7

Semester 7 bermula dengan rasminya 9 september dan tahun ke -4 menjelma. First week presentation utk latihan industri dan minggu selepas itu, start dengan kuliah. Dan semestinya bulan 9 penting bagi aku, sebab last month sebagai presiden vetsa. Sangat membebanku bagi aku. Tapi aku bersyukur sangat sepanjang setahun aku banyak sangat belajar untuk manage organisasi dan semestinya manage diri sendiri dengan bantuan kawan-kawan yang lain. Aku harap yg aku dah buat yang terbaik mengikut kemampuan yang ada batasnya ini. Sibuk-sibuk dengan nak hiaskan bilik vetsa dengan atiqah, akmal dan budak sdv 4 yang lain. Dan hari last aku sebagai presiden vetsa, aku berjaya siapkan Laporan Tahunan vetsa 2012. Malam tu AGM Vetsa dan aku berjaya siapkan kerja aku 100%. Yang jelas mesti banyak kelemahan sepanjang aku uruskan. Kepada Allah ku mohon keampunan dan iradatNya. Amin

Dan tahun ni, kami sdv4 diberi tanggungjawab untuk uruskan minggu orintasi untuk pelajar sdv 1 dan aku kena uruskan LDK. Aku suka je menda2 mcm ni, dulu ak pernah jadi ketua minggu suai kenal pelajar matrikulasi bahagian ldk. So dah biasa , cuma masuk UMK, dah lupa kerja-kerja mcm ni.

Sekarang ni dah masuk minggu ke 7 semster 1 2012/2013. Aku masih lagi slow mcm ni, banyak main, nota tak baca, baca uruskan mende yang ngarut-ngarut ditambah dengan kemalasan tahap tertinggi. Ada beberapa perkara yang kena rancang hati-hati supaya semuanya okey. Sekarang ni aku sibuk mengejar perkara lain, sampai focus untuk akademik pun lari. Biasalah, kalau nak capai sesuatu, byak mende nak dikorbankan. Tapi yang penting tetap penting. Belajrlah beri keutamaan * pesan untuk diri sendiri.

Kadang-kadang aku rasa kesunyian dan aku pun mula berfikir, dan tiada jawapan untuk kesunyian ini. Hakikatnya aku dah jauh berubah, dah jauh menyimpang dari kehidupan yang aku inginkan, banyak asas-asas kehidupan yang dibina bertahun-tahun dah diruntuh oleh tangan sendiri. Alasan mengejar kemodenan dan kedunian, mengisi setiap sel darah dengan diri ni. Sibuk merancang untuk dunia, hakikatnya lupa untuk merancang kehidupan yang jauh lebih panjang dan abadi. Belajar lah menerima takdir dan rezeki yang ditentukan oleh Tuhan. Realitinya Tuhan sudah tentukan yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Teringat aku masa kelas etika, Dr NorHisham ada sebut pasal berkat. Masuk berkat ialah sumber yg sedikit tapi besar nikmatnya. Kepada tuhan aku mohon keampunan dan keberkatan untuk kehidupan. Tunjukkanlah aku kejalan yang engkau redai dan kasihanilah aku kerana aku hamba yang lemah iman dan jiwa. Amin.

Midsem.

Lepas raya aidiladha ni, balik umk untuk sambung kelas untuk 2 minggu lepas tu midsem. Ada sahabat yang nak mendirikan rumah tangga 10/11 November ni. Kepada Allah, ku doakan agar dipermudahkan perjalanan perkahwinan ini demi sahabatku menjadi hambaNya yg soleh dan solehah dan pengikut terbaik kepada junjungan besar Nabi Muhammad.
Semestinya, lepas seorang yg mula nikah, pasti ramai yang menyusul kerana hakikatnya pernikahan jua ialah sebahagian dari kehidupan. Tinggalah aku jelah yang single (hehe), menunggu kalau ada yg sudi melamar. Aku ni pemalu besar orangnya. Rupa tiada, harta lagilah, tak romantic dan lain-lain.. haha. Dan aku percaya rezeki, jodoh dan ketentuan semuanya datang dariNya. Dan aku percaya dengan jelas, kita kena berusaha mencari rezeki, jodoh dan kehidupan yang baik. Kerana berusaha itu tanggungjawab hakiki seorang manusia.

Cat walk 2012

Aku sempat join cat walk * citizen action for tigers kat Taman Negara Merapoh Pahang selama 2 hari dengan 12 orang member2 yang lain. Kira best jugak lah aktiviti. Yg best byk idea baru untuk aktiviti aku dimasa depan dengan izinNya. Fasilitator yg jaga kitaorg pun best2 semua, kak halene, cik arif dengan mr ash. Mereka ini banyak terlibat dengan aktiviti lasak. Harapnya byk lagi peluang untuk aku join aktiviti- aktiviti lasak lepas ni, ada jugak kenangan dalam hidup ni. Tak nak lah skema and static sangat. Ingat beri keutamaan! Huhu.

23 tahun.

Tahun depan 2013, usia pun menginjak ke 23 tahun. Besar tu. Usia melambangkan kematangan. Mungkin usia aku nampak matang ( ramai org kata,sebab aku nmpk tua) haha.. tapi pemikiran aku tak sampai tahap tu lagi. insyaAllah aku akan berusaha kearah itu. Ya Allah permudahkan.

Aidiladha 2012

Dan 2 hari sebelum balik jengka, aku teringat dah 3 tahun aku tak balik umah raya aji.. sebab excited sgt semua org ak cerita haha, aku sambut raya korban kat Kemboja (2009), aku join program korban vetsa (2010) dan aku raya kat UMK (2011). So tahun ni, aku balik sebab nak sambut dengan family dan nak jumpa dengan anak sedara aku.. Fayyad .

Sempena Aidiladha ni, aku nk ucapkan selamat menyambut hari raya korban. Semoga sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail kekal dalam ingatan, disamping mengamalkan pengajaran daripada kisah ini. Semua orang kena berkorban dalam kehidupan ini, untuk mencapai sesuatu. Mohon maaf kalau ada kesilapan sepanjang perkenalan dan persahabatan ini.

Setakat ini  sahajalah untuk posting kali ini.
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Salam sayang dari Farhan Hanif, 9.05 pm 25 / 10/ 2012

No comments:

Post a Comment