Salam, tajuk hari ni politik semasa,,
Adakah ak teror politik ? oh sama sekali tidak, pakcik-pakcik yg duduk kat kedai kopi lagi teror dan power pasal politik ni melebihi ahli sains politik di universiti, # aku perhati ramai kawan-kawan yg merasakan aku suka atau pandai bab2 politik ni,, oh tidak benar sekali..
walaupun aku update blog politik semasa 2/3 kali sehari, walaupun aku baca paper utusan/berita harian/ sinar harian / harakah daily setiap masa, apa yang aku dapat katakan yang aku muak/bosan pasal politik ni, ak bosan dah dengan politik fitnah/caci/maki/kutuk yang diamalkan di Malaysia. aku letih/ kepala aku sakit
selepas bergelumang dengan dunia politik melalui pembacaan dan lain-lain, entah aku rasa ak menolak politik kepartian yang melampau, aku tak suka budaya condem yang melampau, aku tak suka budaya politik malaysia yang diamalkan secara sampah dan dsb. politik Malaysia bukan politik yang membina yang ni aku mampu katakan selepas bergelumang 5-6 tahun dalam dunia pembacaan politik. terlampau kuat politik, fikiran akan jadi sempit, kerana politik itu terhad, ruang lingkupnya tertutup. # politik islam itu luas, bukan seperti yang diamalkan saat ni.
setakat ni aku tidak bercadang nak sertai mana-mana parti politik sebagai ahli dan sebagainya. aku menyokong perjuangan Islam dan Melayu di Malaysia ni 100%. aku berasa sedih bila org kata perjuangan melayu tak penting,islam lagi penting. bangsa tak boleh bawa ke kubur, islam boleh. bagi aku tak berapa tepat. kedua-duanya penting. bangsa itu batang tubuh, isinya islam.. jiwa melayu mesti jiwa islam, lupakah kita yang kita bangsa terakhir memeluk agama islam dengan kerelaan hati, bukan melalui mata pedang. rujuk la sejarah bangsa min di akhir zaman, anda akan ketemu jawapannya. martabatkan Islam di Bumi Malaysia, Islam itu bukan Arab.
bacalah sejarah semula,
bukalah sejarah bangsa,
sejarah bangsa bukan setakat sejarah melaka,
baca semula sejarah srivijaya,
tatap semula sejarah langkasuka,
kenang semula sejarah acheh/pasai,
jawapan akan ada terbentang
bagi sapa yang ingin melihat dengan mata hati..
Allahuakbar.
farhan hanif reduan
#bukan senang, nak tulis mcm ni utk insan kerdil seperti ku..
#bila kebenaran dtg, yang bathil akan lenyap.
# yang baik hanyalah dari Allah.
# semoga dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa
No comments:
Post a Comment