Friday, July 20, 2012

puisi kembara ku

[Puisi Kembaraku]

Aku ini manusia,

penuh cacat dan cela,
jika manusia ingin mencari itu,
mereka pasti menjumpainya.

Adakala dirundung sedih,

maka aku berjalan dengan silap,
...
kadang dikelabui amarah,
maka aku berakhlak dengan salah.


Pernah satu waktu,

kala aku menimbang dosa-dosa,

hati berkata:

"Mari kita tidak lagi mengembara."

Berhenti sahaja,

dan tidak berbuat apa-apa.


Namun jiwa dan akal membantah,

"Pendosa macam kita yang patutnya lebih banyak bekerja!"

menebus dosa-dosa,

dengan amal dan kerja.


Maka kembara kuteruskan,

berjalan dan berjalan,

bukan tidak lagi melakukan kesilapan,

tetapi semakin hari semakin meneguk kematangan.


Aku manusia,

penuh cacat dan celanya,

jika manusia ingin mencari,

mereka pasti bertemu dengannya.


Tetapi itu tidak akan menghentikan aku,

aku silap aku minta maaf,

tetapi itu tidak akan sesekali mendiamkan aku.


Aku akan terus bergerak maju,

ke depan dan terus,

sambil memperbaiki diri dan kalbu,

biar nanti punya cerita untuk dikisahkan di hadapan Tuhanku

# puisi ni bukan aku tulis, ambil dari Hilal Asyraf official page.
# salam ramadhan kareem. 
# alhamdulillah syukur atas nikmat Allah, walaupun aku terus melakukan noda.. ada kemudahan yg tuhan berikan utk menyuluh kehidupan!!.. 
# tinggal 2 je lagi projek akhir vetsa.. majlis buka puasa & orientasi vetsa bulan 9 nanti.. lepas tu tamat sudah tanggungjawab yg diamanahkan.. bebannya terasa, tq Allah atas segala kemudahan & bantuan..

Monday, July 9, 2012

politik semasa

Salam, tajuk hari ni politik semasa,,

Adakah ak teror politik ? oh sama sekali tidak, pakcik-pakcik yg duduk kat kedai kopi lagi teror dan power pasal politik ni melebihi ahli sains politik di universiti, # aku perhati ramai kawan-kawan yg  merasakan aku suka atau pandai bab2 politik ni,, oh tidak benar sekali.. 

walaupun aku update blog politik semasa 2/3 kali sehari, walaupun aku baca paper utusan/berita harian/ sinar harian / harakah daily setiap masa, apa yang aku dapat katakan yang aku muak/bosan pasal politik ni, ak bosan dah dengan politik fitnah/caci/maki/kutuk yang diamalkan di Malaysia. aku letih/ kepala aku sakit

selepas bergelumang dengan dunia politik melalui pembacaan dan lain-lain, entah aku rasa ak menolak politik kepartian yang melampau, aku tak suka budaya condem yang melampau, aku tak suka budaya politik malaysia yang diamalkan secara sampah dan dsb. politik Malaysia bukan politik yang membina yang ni aku mampu katakan selepas bergelumang 5-6 tahun dalam dunia pembacaan politik. terlampau kuat politik, fikiran akan jadi sempit, kerana politik itu terhad, ruang lingkupnya tertutup. # politik islam itu luas, bukan seperti yang diamalkan saat ni.

setakat ni aku tidak bercadang nak sertai mana-mana parti politik sebagai ahli dan sebagainya. aku menyokong perjuangan Islam dan Melayu di Malaysia ni 100%. aku berasa sedih bila org kata perjuangan melayu tak penting,islam lagi penting. bangsa tak boleh bawa ke kubur, islam boleh. bagi aku tak berapa tepat. kedua-duanya penting. bangsa itu batang tubuh, isinya islam.. jiwa melayu mesti jiwa islam, lupakah kita yang kita bangsa terakhir memeluk agama islam dengan kerelaan hati, bukan melalui mata pedang. rujuk la sejarah bangsa min di akhir zaman, anda akan ketemu jawapannya. martabatkan Islam di Bumi Malaysia, Islam itu bukan Arab.

bacalah sejarah semula, 
bukalah sejarah bangsa,
sejarah bangsa bukan setakat sejarah melaka,
baca semula sejarah srivijaya,
tatap semula sejarah langkasuka,
kenang semula sejarah acheh/pasai,
jawapan akan ada terbentang 
bagi sapa yang ingin melihat dengan mata hati..
Allahuakbar.

 farhan hanif reduan
#bukan senang, nak tulis mcm ni utk insan kerdil seperti ku..
#bila kebenaran dtg, yang bathil akan lenyap.
# yang baik hanyalah dari Allah.
# semoga dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa

Friday, July 6, 2012

citer baru,

# Salam, alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan izinNya.
# Short sem dah bermula, Busy.. busy.. busy... wat2 busy la katekan.. wow, sekarang ni memang musim meeting la, bnyak program nak kena monitor/pantau/pastikan berjalan lancar,, asgmnet pun byak tak wat... pakat luper jerk.. hehe, planning utk academic revision pun tak start lagi.. wadoi.. busy benor..
# kami tgh berusaha utk program xpdc gunung tebu kat besut terengganu, harapnya dipermudahkan olehNya dan pergi & pulang dgn selamatnya.. Amin.
# Ramadan nak tiba dah.. bersedia  yup!! semoga Ramadahn tahun ni lebih baik, peluang terbaik utk ganjaran pahala yg berlipat kali ganda.. InsyaAllah..
# Sesungguhnya kita yang merancang, Allah yg tentukan..
# Ya Allah, aku menerima ketentuan takdir yang telah ditulis untukku, namun sebagai hamba ak kena berusaha & sentiasa berdoa kepadaMu.. berilah hidayah padaku utk melalui jalan yg penuh dgn onak duri ini,, AMin