Thursday, October 6, 2011

post baru lagi



Salam, ok jumpa lagi kita, saya cuba untuk update setiap minggu, supaya perkara-perkara yang menekan “both right & left hemisphere in brain” dikeluarkan dengan baik atas coretan.

Nick name

Dari kecil sampai besar, nama panggilan utk aku macam2, hoho, paling glamer & femes yang sering kali digunakan ialah paan, hehe, panggilan rasmi farhan, yang paling jarang digunakan hanif, rasanya seorang cikgu je masa sekolah dulu je panggil hanif,, tak suka nama hanif haha, family belah ayah panggil Farhan sani, ishh pelik macam mana dapat perktaan sani tue huhu. Sebab dalam kelas masa sekolah menengah dulu ada 2 farhan, jadi budak2 ada yg panep @ paun. Yang kelakar paun.. hehe, ntah apa-apa panggil aka macam ni. Masa kecik2 dulu orang panggil doraemon, sbb dia kata suara halus macam doraemon,, haha, family kasi mestilah yg terbaik, besenye kat Pahang anak ke-3 dipanggil De @ abang de. Banyak lagi nama2 exotic yng tak boleh dihebohkan.. hehe

Vetsa

Pelik pulak, tiba-tiba jadi ketua @ presiden, tak tahu macam mana hala tuju nak bawa, nak kedepan @ nak undur belakang, dah la budak-budak makin ramai, naye cheq!!, sesak nafas rasanya, sebab bos-bos sebelum ni letak benchmark yg tinggi, kepimpinan yang baru tak tahulah… kita tengok dulu, I try to create system, either it make it or not, we will see. Kalau tak ada kerjasama mesti tak jalan kan, merisaukan.

Study

Sekarang dah masuk tahun 3 ye kawan-kawan, subjek sem ni dah masuk paraclinical, subjek yang saya ambil ialah Vet med, Anesthesiology, Microbiology clinical, Surgery dan Bahasa Arab 3. Macam mana nak study pun tak tahulah? Ada org kata kita kene tukar approach paan, guano tu???.

Berlagak pandai,

I posted in FB, “kalau kita perasan kita pandai, we never be good”, really this statement come to my mind after stimulated by 1st year junior. Apabila kita rasa pandai, kita selalu tak terima pendapat orang lain & merasakan diri hebat, ni la apa yang selalu jadi kat saya,, hoho

Hubungan persahabatan

Semua orang perlukan rakan & sahabat dalam hidup mereka, sama ada mereka ni akan memeriahkan hidup @ menjatuhkan dalam keadaan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Mempunyai rakan yang baik satu nikmat kurniaan terbesar dalam hidup insan. Full stop, ada kalanya kita perlu berkorban untuk kebahagian kawan-kawan kita, mungkin undur diri pilihan yang terbaik.

Problem

I just realized, I have 1 @ 2 problems with people around me, actually it caused by miscommunication & terlalu banyak sangat sangka buruk, mungkin jugak. Sometime I make decision yang mungkin betul @ cenderung kepada salah. Biarlah masa menentukannya.

Dr Mahathir & Tok Guru Nik Aziz

Baru je berjaya habiskan baca buku Surat daripada Dr Mahathir karya, Zainudin Maidin & Saat Cinta bertasbih, tribute pada Tok Guru Nik Aziz, fuhhh lega dapat jugak habiskan

Bagi aku Dr M, bukan setakat pemimpin Malaysia moden, tetapi pemikir yang hebat, dikurnikan oleh Allah untuk rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Pemikiran yang hebat beliau kita adapt saksikan apa yang ada di Malaysia pada hari ini. First time saya baca buku macam ni, kita bukan hidup zaman dia, jadi tak banyak sangat tahu. Jadi penulis buku ni merungkai surat-surat & pemikiran beliau. Seriusly best!!, tetapi orang politik ni biasalah, hari ni kawan esok lawan. Pemimpin yang baik mestilah banyak berfikir & penuh dengan idea-idea baru.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, selaku MB Kelantan sehinggalah ke hari ni, beliau merupakan ulama yang turun padang memimpin masyarakat untuk kehidupan beragama & penghayatan islam. Bukan senang tau, seorang ulama utk memimpin, sentiasa jadi tumpuan musuh politik yang lain. Tetapi sosok tubuh ni berjaya mengubah pandangan masyarakat Melayu & Islam kearah kejayaan di dunia & akhirat.


Jadi kedua-dua tokoh Melayu terhebat ni meruapakan anugerah Allah untuk umat Islam Melayu di Malaysia, jasa mereka banyak & kita sebagai anak muda zaman ni haruslah menghargai jasa-jasa mereka ni ok. Hoho

Tun Daim Zainudin

Daim Zainudin disebut-sebut sebagai Melayu terkaya di dunia & rakyat Malaysia terkaya, tetapi nama tak pernah keluar di senarai orang kaya forbes, mempunyai rangkaian bank-bank diseluruh dunia terutama Indonesia & Negara afrika. Wow, orangnya pendiam & tak suka publisti. Tun Daim ni asal kedah darul aman, menjadi Menteri kewangan Malaysia & menyelamatkan Malaysia semasa krisis kewangan ekonomi 1997-1998. Kawan rapat Dr M, digelar “Daim yang diam’. Dr Mahathir pernah berkata, jika Presiden Sukarno mempunyai keyakinan bahawa jika diberikan kepadanya 10 orang pemuda, beliau akan menggoncangkan dunia, kepada Dr M, diberikan 10 Daim, Melayu akan dapat menawan dunia.

Ok habis cakap pasal pemimpin ni, mana yang baik kita amabil pengajaran yup, yang kurang kita jadikan sempadan. Hidup kat dunia ni tak lama, jom kita gerak maju kehadapan atas bimbingan dari yang Maha Esa. InsyaAllah.

Pesan brader

Saya nak kongsikan pesan brader zack; “ sahabatku, org yg matang adalah org yg mampu memikul bertanggungjawab di atas segala kesilapan yg dilakukannya..
hadapi konflik dgn matang.. ko akan belajar erti hidup yg lebih bernilai”

Salam sayang di hujung minggu

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi

Berdiri atas bakat sendiri

Farhan hanif

8.53 pg, 7 Oktober 2011

No comments:

Post a Comment