Monday, October 17, 2011

himpunan sejuta umat


Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober 2011, dengan tema " SELAMATKANLAH AKIDAH UMAT ISLAM" merupakan satu cubaan umat islam berkumpul 1 juta sebagai simbol penyepaduan terhadap isu murtad & sebagainya, walaupun kita jauh di KELANTAN dan mungkin tak dapat hadirkan diri, adalah WAJIB bagi kita mendoakan kesejahteraan umat islam di MALAYSIA, saat kita dihimpit sekian lama>> JOM berdoa, " YA ALLAH, KEKAL KANLAH BUMI MALAYSIA INI DENGAN NIKMAT ISLAM & TUNJUKKAN KAMI JALAN KEBENARAN DI DUNIA & AHIRAT" >>> Farhan Hanif, layari web ni utk maklumat lanjut http://himpun.org/, SAYANGI AGAMA KITA!!



K. LUMPUR, 4 Oktober 2011 – Satu perhimpunan besar umat Islam yang diberi nama “Himpunan Sejuta Umat” atau HIMPUN bakal berlangsung pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam. Perhimpunan ini dianjurkan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang media tengahhari tadi, pihak penganjur yang terdiri daripada gabungan-gabungan NGO Islam menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersama menjayakan HIMPUN ini untuk menunjukkan rasa sayang terhadap akidah Islam dan bersatu membentuk benteng pertahanan akidah umat.

Penganjuran HIMPUN ini berikutan rentetan episod-episod hitam yang melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

“Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa,” menurut kenyataan tersebut

HIMPUN ingin mengajak ummat Islam menyedari hakikat ancaman murtad ini dan bersatu suara serta mengenepikan sentimen politik dan puak yang mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang

“HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun,” ujar Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Halim dari MAPIM yang merupakan Pengerusi bersama HIMPUN.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Rakyat juga perlu celik dan menyedari wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

HIMPUN dijangka disertai oleh seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Sekretariat penganjuran dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dari Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). En. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya. Sidang media HIMPUN ini telah dihadiri wakil-wakil NGO-NGO Islam yang bersama dan menyokong penganjuran HIMPUN. PEMBINA yang menerajui bahagian belia dan mahasiswa diwakili Ibrahim Mohd Hasan, yang merupakan Timbalan Presiden PEMBINA.

No comments:

Post a Comment