Ku cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Ku Cuba Bunuh diriku, Tapi Aku Masih Hidup.
Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Adalah Kesedihan
Kerana Engkau mengenangkan Perpisah, Kerana engkau adalah kenangan
Ku Cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Kerana Engkau Adalah Sejarah, Sejarah Tidak Mati
Ku Cuba Bunuh Diriku, Aku Masih Hidup
Ku Cuba Bunuh Kesedihan, Kesedihan menghitam segala-galanya
Engkau adalah sejarahku, Sejarah Seperti Orang Lain
Sejarah Adalah Kenangan & Pengalaman
Sejarah Menyorot Kesilapan & Kebenaran
Perpisahan Kita Menyayat Kalbu, Kerana Kasih Sedang Membunga
Lalu Patah Tangkainya Oleh Ribut Ganas Yang Bernama Nasib
Aku Tahu Betapa Kasihmu, Aku Tahu Betapa Kasihku
Beningnya Bagaikan Bulan Di Langit, Birunya Bagaikan Hamparan Lautan
Aku Dapat Rasakan Betapa Hangatnya Air Matamu
Aku Dapat Merasakan Hangatnya Air Mataku
Bagai Tiada Bertemu Kembali Bagai Entah Kemana. . .
Ya, Duka Itu Dimana-man, Duka Aku Kerana Perpisahan
Duka Vietnam Kerana Peperangan , Duka Palestine Kerana Penindasan
Sia-sia Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Tidak Mati
Sia-sia Aku Cuba Bunuh Diriku, Kerana Aku Masih Hidup
Dewan Sastera 1971
bila ak baca mula2 ak terbayangkan dendam... tapi bila baca smpai habis lain plak.hahaha
ReplyDelete