Thursday, December 30, 2010
untuk akhirnya..
pejam celik pejam celik, hari ini last day utk tahun 2010, mksudnya 2011 akan menjelma, dan kita semua akan msuk umur 21 tahun, sungguh cepat masa bergerak.. dah 21 tahun ak harung kehidupan sebagai manusia dan masih lg sebagai pelajar... dan belajar.. seorang pelajar kadang2 silap langkah.. jd kalau ada yg tersilap tu, tegur2 lah ak, sbgai satu proses pembeljaran..
fuhh.. 2010 byak kngannya, yelah dah msuk tahun 2 kat umk ni, skrg semester 4.. InsyaAllah 6 sem lg menanti.. aku tau byak cbran dan dugaan yg akan mendatang, ku panjatkan pada yang Maha Esa agar dipermudahkan jalan ni.. sbb belajar ni memang susah, nak jadi org berilmu ni bukan mudah, ambil masa, tenaga, wang ringgit, dan segala jenis pengorbanan... kdng2 dlm beljar pun ada silang lngkah, silap strategi.
baru2 ni seorang Prof dar FASA tanya ak tentang vet.. ak gtau lah kat dye skrg ak beljar susah sikit, dye cakap kat ak.. life is always difficult, you must try harder.. Allah sent us to al-ardh ( bumi) for fight.. not juz for leisure.. prof ni foreigner.. he is muslim .. bila fikir balik.. betul apa yg dia cakap tue.. syukur Allah masih syg ak, ada jgak org sekeliling gtau aku sesuatu yg penting yg slalu aku ambil lupa..
kdng2 ak terkenangkan dan bandingkan diri ak masa kat sekolah dgn time kat u skrg ni, jauh sgt berbeza, sbnarnya byak yg ak ggal urus especially dlam mengurus diri sendiri.. skrg ni ak beza sgt ngat dgn dulu.. ak tau mnusia memng berubah.. tapi hakikatnya aku berubah dri baik ke kurg baik... skrg ak tau, dunia ni memang penuh khayalan.. penuh ngan tipu daya.. sebab itu lah agama islam diturunkan oleh yang Maha Kuasa ke dunia ini, agar manusia ada panduan utk cpai pada kehidupan satu lg...
ni lah azam baru ak tahu ni.. nak cari semula titik kekuatan yg dah hilang tue,, nak cari semula panduan yg hampir lenyap tue, nak bersihkan semula mane2 yg dh gelap tue.. nilah impian dan harapan ak tahun 2011.. semoga Allah beri kekuatan, tenaga dan ketabahn pada aku..
tahun baru ni nak pastikan semua yg yg dirancang akan berjaya dgn izinNya.. aku memang jenis yg slalu buat plan, tapi bukan jenis ikut plan.. ak byak buat keputusan ikut hawa nafsu bukan pertimbangan yg betul...
utk study sem ni, ak harap dapat buat yg terbaik, terbaik bagi ak tak semestinya dapat 4.0 flat, terbaik bagi ak aku dpat belajar dgn baik, dpat pengetahuan yg byak, sbb ak YAKIN, ak tak bwak utk khidupan mse depan & lg depan ak dgn nombor, ak nak bwak dgn ilmu.. ak tak nak hidup aku dibyangi dgn nombor, sgat2 meletihkan dan beri tekanan yg hebat... ak nak wat terbaik utk agama, bangsa & negara.. & ak sgat2 perlukan kwan2 utk bantu ak study sem ni & sem2 depan.. sebab kemmpuan ak terbtas nk fham semua ni, & ak tau kwan2 ak kat UMK ni semuanya terbaik!!!!!! semua ada kelebihan msing2... jom kita gunakan kelebihan ni utk bangunkan Vet profession kat Malaysia ni.. semangat!!!!!!!!!!!!
akhir kalam.. nak ucapkan selamat tahun baru pada semua kwan2 yg kenal@ xkenal ak..
dan paling penting nak mintak maaf pada semua kalau tahun ni ( 2010) ak ada buat slah n silap kat kalian semua..
moga tahun 2010 ni, kita semua diberi kekuatan utk hadapi cabaran2 baru...
Monday, December 27, 2010
kisah suka duka..
sebab itulah roda kehidupan mansia berbeza, hari ini dia diatas, sape tahu esok bergolek jatuh kebawah dan ada juga manusia yang berada dibwah, akhirnya ditarik oleh nasib dan usaha ke atas.. hakikatnya inilah kehidupan, kehidupan ini dah lama dicorakkan oleh yang Maha Bijaksana..
sama juga, manusia dinilai pada harta dan kekayaan, semakin besar keretanya semakin kaya orangnya.. sangkaan yang sempit seperti ini terus berlaku dan terus berlaku... disebabkan penilaian yang berbeza, dan apabila kaya dan berpangkat manusia itu akan dimuliakan, yang miskin dan hidup melarat dihina dan disisihkan.. akhirnya tak ada yang tinggal di dunia melainkan kelalaian dan kelupaan.
Ujian..
ujian tak dapat lari dari hidup kita, kita diuji untuk macam2 .. ada ujian yang kita mintak, ada yang diberi oleh tuhan yang Maha berkuasa tanpa diduga, ada kala kita tak tempuh ujian seorang diri, adakala kita perlukan sokongan dan bantuaan dari mereka yang disekeliling... sekian lama berlaku pada aku tanpa aku sedari, ye ianya memang ujian tuhan padaku, kenapa dipilih? ak pun tak tahu apa sebabnya... mungkin utk uji kekuatan ak... dulu kekuatan luar biasa, hari ini dah semakin beransur-ansur kurang, entahlah... mungkin lama tinggalkan ajran agama, yang ada hanya sedikit utk bekalan....
aku dah tak sanggup hidup dalam kegelapan yang dicipta oleh diri sendiri, ak perlukan cahaya utk mengharungi hari-hari yang datang.... sebab hari-hari yang mendatang tak aku ketahui dimana akan aku berada.. akhirnya aku akui,benar lah ayat al-quran karim ( maksud ayat) .. manusia akan mencari tuhannya ketika dalam kesusahan dan melupakan tuhannya ketika dalam kegembiraaan....
semoga ada kekuatan menghadapi cabaran baru, ada sinar utuk hari-hari mendatang, ada kekuatan menghadapi ranjau-ranjau berduri, moga ada keberanian dalam tindakan.... dan semoga ada cahaya utk semua kegelapan...
semoga dihujungnya ada kebaikan..
Tuesday, December 14, 2010
cepat membesar..
eh dh nak msuk tahun 2011 dah kan?? maknenye umur ak kira2 dh nak msuk 21 thun la.. wow 21?? cam xcye je kan.. cpat btul membesar.. so bila dh besar mstilah tnggungjwab mkin besar, xakan makin kecil pulak.
setakat ni byak lagi mende yg ak xdpt nk setelkan lg.. byak sgt2.. rugi ak kalau tak setelkan awal start dri skrg.. sebb mende ni sume tak time bukan buat hari ini esok dpat... x.. ditambah lg dgn nak bermula nya sem baru.. yg lg2 mencabar, ak dh blik awal skrg kat umk dah, so ak lah org ist yg kene bebel lecturer sruh bljar elok2, diorng kate paper mkin susah, ditambah pulak ada senior tahun 5 vet upm pesan n provoke ak mcam2 sal vet ni... smpai mendebarkan hati dan raga rasanya... hmm
byak mende yg dulu ak wat skrg dah x buat especially berkaitan dgn keagamaan,,,, adui, ape yerk punce dia?? salah siapa?? ak jgak... sebb setiap pemimpin bagi diri sendiri.. hari ini aku pakat campur hukum-hakam.. pakai buat ape yg aku suka je.. ni lah namenye manusia cepat lupe, slalu ingat tuhan mase susah, especialy student time musim exam.. time tu lah beramal siang n malam.. lpas exam.. hmmm xade!!!.. bukan mengata org,, cukuplah diri sendiri jadi cth..
byak lagi kelemahan2 yg ketara.. ni pun baru sikit.. yela org nmpak kite part baik je.. then yg buruk org slalu wat2 tak nmpak... kalau baik betul xpelah.. ni tak.. baik campur2.. huhu spe lagi?? lau bukan ak... hehe...
sebelum tinggalkn blog ni, ku sediakn pantun berapa kerat utk bacaan n ingatan bersama.. huhu
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Sunday, December 12, 2010
cerita baru..
Sunday, December 5, 2010
gosip baru...
Fuhh…. dah 3 minggu lebih tak update blog ni, mcm beselah kononnya sibuk dan bila blik umah, tak de broadband pulak… so tak dpt lah den nk post smething kat sini… skrg ni tgah cuti sem, kira-kira dlm 5 mnggu jgk.. Alhamdulillah ni lah first time cuti pnjang sikit.. kalau tak mne la sempatnye..
Final sem 3
Alhamdulillah result pun dah keluar, dgr cerita 32 org dpt Dean list.. wow cyelah!!!.. hebat betul dak vet ni… haha aku?? Bese-bese je… tapi syukur jgk lah.. ada peningktan.. usaha tak lah kuat mne.. memang lah org kata ak kuat study.. selalu gi libry.. tapi tak rmai plak yang tak tau yg ak g library buat mcam2 kerja tak berfaedah yg ak sendiri saja yg tahu…!!!
Bila fikir lg… laaa… bru 3 sem yg ak tempuh, 7 sem lg tak tahu lah mcam mne, entah mcam mne lah nnti.. susah nak ramalkan???? Ape lah nsib ak ye.. ak berdoa harap2 semuanya ok…. Kwan2 tlong doakan ak… semoga ada pertolongan Allah dlm tindakan kita…
Ada org kata ak suka berflsafah, tak pe jom ikut ak berflsafah… haha… konsep dia mudah.. mencapai kejayaan mungkin lebih mudah dari mengekalkan kejayaan.. betul tak????... satu lagi… kejayaan yg terbesar dlm hdup kita sbnarnye kejayaan di penghujung kan???... tak kisah lah kita berjaya mane pada awalnye.. tapi kalau di akhirnye kita tewas… akhirnya, mksud dye kita tak berjaya… contoh lagi.. adakah seorg yg berjaya di dunia dgn kekayaan yg melimpah ruah, harta yg bertimbun, pangkt dan kuasa yg banyak akn menjamin seseorang akn msuk syurga.. akan menjamin seseorang dpt mengucapkn syahadah di hujung usianya.. oh tidak.. ia tidak pernah menjamin 100 %... sdgkan di berjaya di dunia… tapi tak pasti lagi akan dia berjaya di akhirat… tak ke gitu??? Huhu…
Contoh lagi.. kita tak boleh pndng rendah pada org lain, kalau manusia itu jahat semasa mudanya.. kita jgn hina dia… spe tahu di hujung usianya.. hidayah Allah sirna di hatinya dan dia bertaubat dan akhirnya taubatnya diterima yg Maha Esa… dan seorang lagi…zman mudanya dihiasi dgn kebaikan, tapi dgn kuasa Allah di hujung si Dia melakukan maksiat dan tak sempat bertaubat dan akhirnye terjelopok di pintu neraka…
Ape yg sebaiknye??? Mstilah berjaya di dunia dan akhirat.. mcam yg kita sokmo berdoa setiap kali solat.. “ wahai tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.”
Bimbang
Ada bende yg ak rasa takut dan bimbang.. terasa diri hebat.. bila terasa hebat, semua kerje tak jadi.. sebb dah hebat wat pe nak wat keje lagi kan.. duk goyang kaki jelah… kalo sape2 yg nmpak ak bangge diiri, sombong.. mintak tolonglah beritahu ak cepat2.. tegur ak…
Cuti..
Fuhh cti tnggal 2-3 mggu je lagi… tak wat pe pun cuti ni.. duk umah tak wat ape2 melainkan makan & tido.. tu je… hehhe.. aktiviti len tak de… nak gi ibhk.. tapi tak de hostel lah pulak kan… dengki plak tgok org lain wat praktikal kat mcam2 tempt.. fuss jeles2… sebab tu lah ingat nak balik UMK awal, nak cai kerje berfaedah sikit… heheh
Sem 4
Fuhh… dh msuk sem 4 pulak kan… menakutkan & menyeramkan… banyak plak subjek sem ni. penting pulak tue.. virology, parasitology & entomology, serology & immnunolgy, pharmacology & toxicology & non- ruminant productin & bahasa arab 2 dan kene amik pulak Ko-kn hari khamis petang…. Mencabar betul lah sem depan.. harap2 ak boleh buat dgn baik.. dah lah semua lecturer dh warning aku awal2… diorang kate ape… sem depan diorng akan buli student as much as possible & jgn hrap nak solan mudah2… jgn hrap dah… menakutkan je!!! Ahhaa…. Harap2 lah semua ok… dah lah ak tak prepare ape2…
Ok lah tu je utk keluaran PAAN PULSE kali ni .. haha… itu saja yg dpt ditulis, kerana kesuntukan msa & waktu… mana yg baik itu semuanya dtg dari yg Maha Kuasa dan yg lemah & silap tu dari diri penulis... Salam…
Tuesday, November 9, 2010
20 cara menjadikan roomate anda gila ... hahaha
....klu la pd 1 hari korang ter'bengang' ngn roomate korang, ade 20 cara nk ajar roomate korang blk...GEt ready for the payback time...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
hehe..try lah...
source.: farhanhanif.blogspots.com
Monday, November 1, 2010
final exam...
ok lah... sini nak wish...
Good Luck & all de best pada semua student SDV1 & SDV2.. moga2 final kali ini lebih bermakna..
jawablah dgn baik...... PALING PENTING.. doakan kejayaan kita bersama... mane tau rezeki sem ni dapat lebih kan... InsyaAllah...
pada kwan2 6H31 2008 kat mtrik phang... gud luck jugak study& final exam kat u msing2 tue... semoga terus sukses selalu!!!!!..
jumpa lagi lepas final... huhu....
Saturday, October 30, 2010
sayup2 malam..
ak xpernh tak dpt tdo mlm kat umk ni...
selalunya lena je...
tapi mlm ni tak... ak xdpt tdo...
mcam2 ak teringtkan.. mcam2 ak fikirkan...
rasa2 nak menjerit je......
geram + marah pun ade... sedih pun ade....
tapi tak pe biarlah...
skrg ni ak knal mane kwan & lwan..
mana teman & mane shbat...
mne cbran .. mane dugaan...
mne peluang.. mne ujian...
cukuplah utk saat ni... & ketika ni..
ak perlukan masa bersendirian...
mencari semula kekuatan,,
utk hadapi kehidupan...
hari2 mendtang...
dont worry about me.. let me settle everything...
no more smile & talk..
Thursday, October 28, 2010
Bagaimana hendak dia akhirinya ?
Dia tidak mampu ~
Kepada siapa ?
Ya Allah ~
Engkaulah tempat dia bergantung harapan ~
Dia berharap dirinya sentiasa dibawah rahmat Mu ~
Thursday, October 21, 2010
my future wifes...huhu
Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.
So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
huhu... renung2 & selamat beramal..
Monday, October 18, 2010
ak masih disini...
tiba-tiba rasa tak tenang?? npe ye???.... ntah lah... kdang2 skrng ni rasa mcm sensitif plak.. ak bkan yg sensitif orgnya.. tp skrg cam berubah plak... ntah lah... abai jela...
yg kompem ak memang tak tenang... ade je prssure dlman... biasenye ak memang xade prob dgn org.. tapi ak slalu ade prob dgn diri sendiri... sedih2.... mksudnye kdang2 ak sedih dgn tndakan yg ak wat.... ntahlah.... blurr je skrg nie....
tindakn yg ak wat slam ni bimbangkan ak....
exam dh nak dekat.. ak perlukan kekuatan.... sementara msih ada ni ak kene wat sesuatu...
ya allah ampunilah ak...
sbab ak manusia..
slalu lalai & leka...
bila buat dosa ... tak pernah rasa berslah...
sbb ak cpat lupa....
** ak redha kalo semua yg berlaku kat ak skrng nie.. sbgai kifarah dosa...
Friday, October 15, 2010
hmmmm..
lame pulak xupdate ape2 utk blog nie... huhu... sunyi seketika... hehe...
mood ak skrang nie... ntah la... sush nk cakap.... letih & kecewa....
letih dgn perngai yg masih xberubah... wat silap slalu... kecewa pun ada... mybe ak perlu masa la utk " take rest" & sebgai nya.... +++ kene undur diri sekejap... huhu
ape yg berlaku arapnye leh jd iktibar la.. huhu
exam dah nk dekat.. 2 mnggu je lg... xlme tue.. jap je.. byak lg tak prepare..... MENAKUTKAN!!!! hehe... arapnye sentuhan ajaib di last2 minit nie menjdi... huhu
gud luck utk semua senior ++ junior VET UMK...
x sbar nk tunggu jamuan raye VETSA....
sori xsempat nk wat performnce... wlau dah dtwarkan nyanyi oleh penyanyi terkenal FPV... terpksa cancelkan show sbb ade komitmen len.... hehe.... coz ade drama utk kelas arab... so terpaksa spent time utk practice drama...
tapi jgn isau.... msti byak show len lg yg boleh ikut... hehe...
apa2 pun... slamt & terus selamt kat dunia yg fana nie....
Thursday, October 7, 2010
hidup ini mcam roda...
tapi ada 1 je jwapannya.. nilah hidup namanya... ni lah yg akan kita lalui... tak kan ada dlm hidup kitaa.. gembira setiap masa... akan ada rasa sedih ... rasa gembira & sedih tu lah yg buatkan hidup kita bermakna... ada kala kita sedih kerana merana... ada masa kita menitiskan air mata kerna gembira ats kejayaan diri...
menangis???
huhu... secara peribadi ak jrang mngis... oh jarang... tapi kadang2 ak harap yg ak boleh mengis... org kata lepas mngis kita kan rasa lebih tenang & jiwa mkin kuat... mngis pun ada mcam2 sebab... klau kita mngis mngenang dosa2 lama.... air mata tangisan kita kan mnjdi bukti di akhirat nnti bhwa kita pernah bertaubat ketikda dunia ini... mngis disbbkan dosa silam,,, membuatkan kita dekat dgn tuhan... para sahabt & ulama sering mngis bila berdoa pada Allah... sbb dosa mereka.. sbb tu lah diorng dkat dgan Allah.. air mata itu pnjdi penghubung dgn Allah...
sekali sekala mungkin ada antara kita yg salah faham dgn org lain.. kita slah faham dgn org lain sbb byak sgt sbb nye... tapi jrang kita nak tgok ape yg kita slh.. yg kita tau slh org shja.. jgn mcam tue!!!.. tgok betul2.. kot2 kita pun ada slah gak.. yelah kita @ dia pun manusia... ada jgak slah & slap.. jgan sedih2.... hiduplah kita dgan bersangka baik!!! lagi2 dgan orang yg hampir2 dgn kita... bersangka baiklah antara kita.... tak rugi pun kalo kita bersangka baik.. bersangka baik mungkin akan menyelesaikan byak perkara... ni semua pengalaman ak...
ingat semua.. org2 yg hebat memang selalu diuji... tak kira sapa... jgan cepat melatah.. jgn cepat merungut,,, ujian memtangkan kita.. tak ade ujian ... tak bermkna hidup kita,... ingat semuaa org diuji mengikut kemampuan masing2... nabi, rasul, ulama, pemimpin. ceo, nc, dekan, lecturer, student diuji... sebab kalau kita tak nak diuji kita jgn jadi manusia!!!!.. ak dah byak jumpa org yg berjaya tapi bermula dgn mcam2 kesusahan & jerit payah... akhrnya mereka berjaya.. alhamdulilah ak tumpang bngga atas kejyaan mereka...
kata2 org berilmu : biar kita hina di mata manusia... jngan kita hina di pandangan Allah... biar org nak kata apa pada kita.. yg pasti agama & bangsa disamping kita "
kata2 org bijak pndai : " kalau manusia tak pandang kita, kita dah rasa sedih.. kalau Allah tak pndang kita.. memang dah tak ada guna kita hidup kat dunia ni lagi!!!!...
final pun dah nak dekat... dekat sgat2.. huhu.. byak lg mende yg tak sempat baca.. so perlu masa utk baca... byak mende yg tak sempat buat.. jad kene buatlah!!!!.. mnggu ak rasa sibuk semcam2.. ada mcam2 mende yg nak setelkan.. selain dari akademik la... yg akademik ak buat men2 je... haha...
>>>>>>>>>>>> dah tak ada ape la yg nk ckap lg... huhu.. nak senyapkan diri dah... nak lari dari keadaan... hari ni aku nak pergi jlan2..hehe.. arap2 semua yg drncang akan berjaya.. Amin...>>>
Saturday, October 2, 2010
ak kini berharap...
ak kini berharapkan sesuatu....
ak berharap agar ak dapat mnjdi dewasa dgn cepat.. sebb org sellu kata org dewasa mmpu fikir byak perkara dgn lebih baik.. sbb skrg ni ak byak ggl berfikir dgn baik... xmmpu nak uruskan diri ni...diri ak ak tak mmpu nk urus.. ni pulak nk urus org lain!!!!
ak berharap yg ak akn jdi lebih baik dri skrg.. skrg ak ckup2 berada dlm dimensi yg ak sorang sje yg tahu.. dimensi yg ak tak tau knape terjadi... sushnye mnjedi orng mcm ak... sush nk describe...letih ak smpai ari ni... letih2..
ak berharp yg ak mnjdi muslim yg baik... ni lah hrapan terbesar ak... ya Allah permudhkanlah ianya bagi ku... jadikanlah apa yg berlaku ke atas ku selama ni akna berakhir.. kerana bimbang ak tak mampu bertahan lagi.. ak tak snggup diirku jauh dari Mu.. kerana jauh dariMu membuatkan ak sest di jalan yg diredhaiMu... ya Allah kasihanilah ak...
ak berharap yg ak dapat jadi ank soleh... smpai hari ini ak terpikir2 adakah ak anak yg soleh.. cukupkah ape yg ak dh buat selama ini??? peliharlah mereka sebagimana mereka memelihara aku sewaktu kecilku..
ak berharap yg ak mmpu konvo 2014 nnti.. nilah hrpan ak terdekat ini... ak sedar& tahu bukan mudah.. nk jd Dr ni bukan semudah ABC... jlan2 yg sukar mula ak nmpak... ak tak boleh lari dri jalan itu... ak kene hadapi dgn baik... ak msti tau nape ak buat semua ini... tapi hari ini ak serahkan kepada tuhanku utk masa depanku. kerana ak ckup ykin yg ada rezeki bagi ak... rezeki yg halal utk seorg manusia yg bernama Farhan Hanif..
nilah semua harapan ak.. ni lah semua impian ak... doakan lah bagi ak berjya hadpi semua ini... lemahnya ak tanpa doa org disekeliling ak..
sejak akhir2 ni ak rjin btul nk update blog.. bukan sebb ape... sebb ni blog ak... kwan2 jgn risau kan ak.. ni semua fantasi ak... ak kene berani & bertanggungjwab kat diri ak.. sebab 1 hari nnti ak akn berdiri utk mnjwab soaln utk menetukan masa depan yg lg depan...
Friday, October 1, 2010
suka duka kehidupan...
Salam buat semua …
Pg nie xwat gapo pun… ari ni ak sempat gak la join explorace ngan dak2 junior vet.. alahamdulillah menang!!! Huhu…. Tgok lah sape yg ade kan…aku lah.. hehe.. grau2 jelah ye!!!
Hmm.. semlm agak tension sket coz xdapt jwab soalan physio.. sedey lah kan.. tapi nak wat cam ne.. bila fikir balik sampai bila nak sedih.. lg pun exam mcm ni.. bukan dapat sgt nak nilai kemampuan student… kalau tak baca tak dapat.. sedangkn topik2 lain student memag fhm.. tpi satu bab je xsempt nak baca.. tak kan nak kata student tu lemah & lembab.. tak boleh.. sebb mende ni subjektif.. tapi kalau student tu dpt trngkan & aplikasi dgn baik.. & belit mcm mane pun dye boleh jwab.. mksud nye bdak tu pham.,. dan objektif course pun tercapai.. tu lg penting!!! Hmm. Tapi nak wat cam mana dah style penilaian zman nie still mcm tue.. kite nie student so… follow jelah.. huhu
Smlam sempat jap ak tension sbb test tue.. tapi bila pikir balik… lah.. tak kan boleh tak jwab tu satu kslahn yg besar.. oh tdak… tak kan lah mcm tue… exam bukan segala2 nya.. tapi exam sgt2 pntng sbgai satu penilaian… cam cara lg boleh gune utk menilai… kadang2 bila kita wat keslahan tue… mcm dia satu kslahn besar… kita pun dimarahi… bila fikir betul2… mende mcm nie merencatkan minda peljar utk mencuba sesuatu perkara ,, akhirnye jadilah pelajr yg tkut mencuba & takut buat slah… sekali lg mende mcm ni sgt2 subjektif… sentiasa ade pro & contra & ada pandangan yg berbeza… tak semua betul & tak semua salah..
Di hujung2 sem nie.. assgnmnt bukan makin byak… test pun byak.. mcam2 ada… semua nak kene wat.. final exam pun tnggal lg sebulan.. mcam2 boleh jd.. kita study bukan setakat nak exam.. tapi nak dpt ilmu.. nak pham. & nak jadi pelajar… byak keje ak skrang arap2 boleh bagi masa dgan baik… nak setel tue.. nak baca nie… nak wat tue.. nak wat nie.. mcam2 lah… take time !!!!...
Ak harap sgt semngat ak akn kembali lg.. itu hrapan ak.. kwan2, doakanlah ak byak2 smga ak bahgia kat dunia nie… tak nak merana kat dunia & akhirat.. tegurlah ak kalo ade wat silap.. tahulah ak ni manusia biase.. takut kdang2 terlebih kata & termasam muka..
Akhir kalam.. yg baik itu dtg dari Allah.. yg jahat & teruk tue dari ak … sbb ak manusia yg lalai & selalu lupa… slamt bercuti smua & enjoy your holiday..