Tuesday, December 14, 2010

cepat membesar..


eh dh nak msuk tahun 2011 dah kan?? maknenye umur ak kira2 dh nak msuk 21 thun la.. wow 21?? cam xcye je kan.. cpat btul membesar.. so bila dh besar mstilah tnggungjwab mkin besar, xakan makin kecil pulak.

setakat ni byak lagi mende yg ak xdpt nk setelkan lg.. byak sgt2.. rugi ak kalau tak setelkan awal start dri skrg.. sebb mende ni sume tak time bukan buat hari ini esok dpat... x.. ditambah lg dgn nak bermula nya sem baru.. yg lg2 mencabar, ak dh blik awal skrg kat umk dah, so ak lah org ist yg kene bebel lecturer sruh bljar elok2, diorng kate paper mkin susah, ditambah pulak ada senior tahun 5 vet upm pesan n provoke ak mcam2 sal vet ni... smpai mendebarkan hati dan raga rasanya... hmm

byak mende yg dulu ak wat skrg dah x buat especially berkaitan dgn keagamaan,,,, adui, ape yerk punce dia?? salah siapa?? ak jgak... sebb setiap pemimpin bagi diri sendiri.. hari ini aku pakat campur hukum-hakam.. pakai buat ape yg aku suka je.. ni lah namenye manusia cepat lupe, slalu ingat tuhan mase susah, especialy student time musim exam.. time tu lah beramal siang n malam.. lpas exam.. hmmm xade!!!.. bukan mengata org,, cukuplah diri sendiri jadi cth..

byak lagi kelemahan2 yg ketara.. ni pun baru sikit.. yela org nmpak kite part baik je.. then yg buruk org slalu wat2 tak nmpak... kalau baik betul xpelah.. ni tak.. baik campur2.. huhu spe lagi?? lau bukan ak... hehe...

sebelum tinggalkn blog ni, ku sediakn pantun berapa kerat utk bacaan n ingatan bersama.. huhu


Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga


Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa



No comments:

Post a Comment