Thursday, October 28, 2010

Bagaimana hendak dia akhirinya ?


Lahirnya seorang hamba Allah ~
Dilahirkan untuk menjadi khalifah untuk mentadbir bumi ini ~
Kemerah-merahan dan kecilnya ~
Dalam tangisan ketika diazankan ~
Tangisan kegembiraan oleh orang tuanya ~
Permata sulung mereka ~

Didiknya anak itu dengan ilmu Allah ~
Supaya tidak terpesong ~
Supaya berada di jalan yang benar ~
Supaya dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya ~

Remaja ?
Sentiasa hendak melakukan sesuatu yang baru ~
Yang tidak pernah terlepas daripada dosa ~
Walaupun tahu apa yang dilakukan itu adalah dosa ~
Walaupun penuh dengan ilmu didada ~

Dia membesar dan membesar ~
Terpengaruh dengan rakan-rakan ~
Tapi dia masih tahu mana yang baik dan mana yang buruk ~
Dia keliru dalam mencari arah tujuan hidup ~
Ketika dia melakukan dosa ~
Hati dia tidak tenang ~
Dia takut ~
Banyak yang bermain di fikiran dia ~

Allah masih sayang pada dia ~
Serba salah dihati dia ketika melakukan dosa ,
Bermakna Allah mahu dia insaf dan bertaubat ~
Supaya kembali ke jalan yang benar ~

Dia menyayangi seorang hamba Allah ini ~
Seorang hamba Allah yang jahil dalam ilmu Allah ~
Dia ingin membantunya ~
Membawa insan yang disayanginya ke jalan yang lurus ~
Tetapi ~
Dia juga jatuh ~
Jatuh ke dalam nafsu dunia ~
Dia lemah ~
Dia tidak mampu ~
Semakin dia ingin berdakwah untuk insan yang dia sayangi ,
Semakin dia merasakan betapa bertambahnya dosa dia
Kepada siapa ?
Kepada yang menciptakannya ~
Dia tidak mampu ~
Mengapa ?
Dia masih tidak cukup dalam menimba ilmu Allah ~

Ombak yang menderu dedaun berterbangan ~
Kekadang mengkhayalkan diri nya ~
Terlupa dia pada pencipta yang Esa ~
Yang sentiasa melihat dirinya~

Ye ~
Dia sudah bertekad ~
Menjauhkan diri dari dosa dan noda ~
Meskipun tidak akan pernah terlepas ~
Dia akan cuba , cuba dan cuba ~
Dia perlukan sedikit kekuatan ~

Adakah di jalan lurus , atau di jalan yang berliku ~
Oh Tuhan tunjukkan dia jalan kebenaran ~
Dia tahu jalan bahagia ~
Penuh onak jua cabaran ~
Oh Tuhan beri kekuatan pada nya ~

Bagaimana hendak dia akhirinya ?
Dia yang mencipta dosa itu ~
Dan dia juga akan akhiri dosa itu ~
Hanya 1 yang dia pinta ~
Hanya doa dari sahabat handai , keluarga dan insan tersayang ~
Dengan rahmat mu Ya Tuhan ~
Selamatkanlah dirinya ~
Dari seksaan api neraka MU ~
Ya Allah ~

Engkaulah tempat dia bergantung harapan ~

Dia berharap dirinya sentiasa dibawah rahmat Mu ~




No comments:

Post a Comment