Hari ni 3/2/2012, nenek sebelah mak aku ( Robiah bt Awang Ali) kembali kerahmatullah. Hari ni hari jumaat, penghulu segala hari, semoga berkat hari jumaat mengiringi rohnya ke sana.
5.45 pg td, mak telefon ckap nenek ak dah pergi utk selama-lamanya, satu-satunya nenek yg aku ada, yg lain dah pergi lebih awal menyahut seruan ilahi.
Syukur rasanya, masa cuti baru ni aku balik kg, pastu sempat jumpa dia. dia sakit tulang belakang, jalan pun bongkok. Pastu aku akan tolong urut dengan minyak. Dia kata kurang lah sikit sakitnya.
Family besar kiteorg, memang dah rasa yg dia akan pergi , so diorang bergilir-gilir cuba penuhi apa kehendak dia dihujung usianya. Mak aku balik kg sebulan utk jaga dia. nenek ak ni stay dgn mak sedara aku, dengan seorang sepupu ak,, kecik je lagi Qilah syuhada ( 3 tahun 6 bulan). Mak sedara ak biasanya pergi keje setiap hari, biasanya Qilah lah yg tolong tgokkan.. serius budak Qilah ni bdan debab sikit hehe, tapi boleh la tlng amikkan brang2 pe yg patut,, cos nenek ak tak lrat nak jalan. Baru2 ni pun diorang g terengganu beli brang utk dia, nenek ak pun ikut sekali, wlaupun dia tak larat jalan.
Arwah atuk ak meninggal tahun 1981, so 31 tahun nenek ak bergelar ibu tunggal membesarkan anak-anak bersendirian. Ak ingat lagi yg msa ak umur 5-6 tahun, ak stay kat pekan ngan mak aku, ayah ak & abg2 ak yg lain duk jengke. So, kiteorg tlg dia jual kepok lekor, keropok keping, keropok kering, wat budu dan lain2,,
Aku perasan jgak yg nenek ak ni rindu @ selalu sebut pasal ank bongsu dia yg lebih dulu meninggalkan kami masa ak kat mtrik 2009 dulu.
Semoga Allah merahmati rohnya dan meletakkan bersama roh org2 yg soleh.. Amin
Kematian tak kenal usia,bersedialah utk ke sana,
dunia hanya sementara, tempat persinggahan yg tak seberapa,
No comments:
Post a Comment