Tuesday, February 21, 2012

di semester yg baru..

semester 6 baru bermula yop, hari2 pergi kelas pukul 8, balik pun lambat pukul 5,, heheh,
biasa lah tu kan,,,

selasa pergi " clinical practive'.. buat rawatan, belajar diagnosis, bwak balik sample, msuk lab, siapkan ppt, bentangkan dan sebagainya,, huhu,,,

bila tgok kes, baru la kepala ni bergerak sikit, integrate kan knowledege2 lama.. discuss nagn membe2,,, best!!

byak betul kene revise semula kos mse sem lepas2 ada topik yg tak diajar secara detail,,, so kene buka mula buku la rujuk, cari,,, biasa la tu kan!!! ehhe,,

seronok bila clinical round ni,, jumpa pakcik lab yg dah 30 tahu kerje lab,, fham selok belok makmal. jumpa instructor kuda yg teror,, byak bende baru belajar.

bila msk kg, pakcik2 kg ajar teknik2 org kg uruskan penyakit,,,

yg seronok, abis kerja,, pi kedai makan,, mkn kepok, goreng pisng, air sarsi btol.. mkan kunyah2,, telan,, lepas wat kerja , mkan2,, seronok,, lagi seronok sebab org belanja.. ahha

ni la corat coret kehdpan sya skrg nie, syukur pada tuhan atas nikmat kurniaan,,

sdg cuba beljar bende2 baru,, byak sgt tak tahu ni..

doakan saya ye kawan2,,

salam..


* msuk mnggu2 mendtg ni lagi mencabar rasenye,, semoga dipermudahkan olehNya

Saturday, February 4, 2012

panjang ceriternya,,


Salam maulidur rasul, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita menjadi pengikutnya yg setia,

Menuju puncak

Semalam 4/2, aku dan membe2 lain berjaya menawan puncak Bukit Keluang, Besut Terengganu. Walaupun disangka2 hanya 4 tingkat, tapi tingginya ia menggunung tinggi, walaupun perit kami berjaya daki jua huhu, satu permulaan yg baik, seriously ak minat aktiviti mcm ni, hiking, scuba diving, snorkelling, kayak, tapi jrg dpt peluang, huhu,, mybe lepas ni kene cari masa,, lgipun isu duit selalu jd penghalang hehe, mungkin lepas2 abis belajar ni boleh join kelab rekreasi, pemandangan dari atas cantik, nmpk lautan luas ciptaan yg maha esa, air laut yg biru terbentang luas, oh indahnya, ciptaanMu



Exam result

Alhamdulillah, exam result dah keluar, walupun ada sekulumit rasa kecewa dgn keputusan yg sipi2 tu. Bila check balik, byk paper yg mrkah sipi2 lagi nak dpat A. lgpun kalo baru nk bace last minit, then kau expect lebey, memang xdpt la jwapnye, tahniah pada kwan2 yg dpat dean list & kita berjaya teruskan utk stage yg seterusnya,

Cuti

Alhamduliilah, cuti kali ni dpt berisi utk aktiviti yg lebih baik, dulu planning caca merba skrg ok lah sikit, kbyakkan aktiviti yg plan berjalan dengan baik, letih sbnarnya badan ni, org cuti kita wat extra work sikit,, kata org biarlah sakit sikit dulu,, pengalaman ni kita kumpulkan utk jadi panduan. TQ byak kat membe yg sanggup habiskan masa cuti diorng dgn aku,, dpt join aktiviti bersama,,

*maaf sgt2 kat mak, abah dan keluarga, kalau cuti baru ni kat umah skjap je. 1 mnggu je duk umah.. tapi 1 minggu nil la yg best sekali,, kat umah mkan2, tgok tv, borak2, sempat jugak bisik2 dgn mak ak citer dulu2,, mekaseh pada saudara mara, yg tak henti2 beri ak duit & berdoa utk kjyaan ak,,

*tak sempat nk jumpa kwan2 & cikgu sekolah seri jengka,, diorng siap mesej bila nk dtg.. tak sempat nk jumpa adik2 junior sekolah,, sempt call@ msej ngan korang, tq pada yg sudi ambil tau psal ak dri dulu smpai skrg,,

*tq pada org2 yg blnje mkan spjng cuti ni,, smpt gi knduri umah k.ayu, gi umah kwan azamin, penternk blnje mkan, mak & ayah intan blnje kfc& sate, dr Mokhtar blnje BBQ dan byak lagilah yg tak terkira,, kata org mereka yg menuntut ilmu ni, rezeki murah,, syukur.

Borak-borak akhir dgn Dr Seng

Seigt ak time exam week sem lepas, ak jumpa Dr Seng, sebelum dia nk g oversea ak borak2 la.. perbualan ni berlngsung dlm English, jd ak translatekan,, ni sebhagian dari borak kitorg..

Paan; Dr, mcam mne Dr buat keputusan nak smbung study dlam bidng Public health? Mcm mne boleh minat subjek ni?

Dr; Saya suka subjek ni, setiap hari masa saya belajar, sya berdoa pada tuhan supaya beritahu saya apa yg saya minat dan boleh teruskan dlm vet ni..

Paan; OO, mcm tu yerk, brape lama Dr berdoa?

Dr; sya start masa mula2 belajr dulu, kamu ada Allah, doa lah pada dia, tuhan tau apa yg terbaik utk kamu, carier dan masa depan..

*lebey kurg la mcm ni perbualan kitaorg, tak delah skema sgt mcm ayat kat atas ni,,, jadi kita cuba ambil tips kat sini ye,,

Matang

Alhamdulillah, ku lihat kawan-kawan semakin hari menunjukkan kematangan dalm pola pemikiran dan tindakan, yelah kita dah mula nk membesarkan, byak isu besar kene setelkan mengikut pola pemikiran yg tinggi,, huhu, ku hrap ak juga menjadi matang seperti mereka, kematangan mengjr kita pandang kedepan, betul kan ?

Cinta

Nak tulis pe pasal cinta ni?,, ko pernah bercinta ke paan? Hoho, ishh masa belajar lah nk kene cari calon kan, kalo la jodoh,,, kalo la jodoh,,

Belajar

Sem depan ni, sem 6, huhu, cepat masa berlalu, dah start msuk rotation dah,, byak mende nak catch up ni, skrg ni bkan stkat nak dpat A je, tapi msti penuhkan diri dgn knowledge & skills, dpat A satu subjek bukan jaminan yg kita ni berilmu, ni pndpat ak la.. ak kene start ubah la approach ak nnti, jgn study last minit,, jgn ambil mudah,,, be serious!!.. risau betul mcm mana la nk setelkan keje2 sbgai presiden vetsa dgn study nnti,, ak ni mana boleh wat byak keje dlm satu masa,, serabut pale jah.

Serabut

Mkin hari smkin serabut pulak ak ni, entahlah,, aku rasa ak jauh dri pgangan agama. Byak sgt ak berubah dlm perkara ibdat ni, jadi semester ni, ak kene upgrade semula mende2 mcm ni, kematian tu pasti Farhan, Islam ni benar Farhan,, syurga dan akhirat itu jelas Farhan , beramal sebelum ajalmu, carilah ilmu dunia seakan-akan untuk hidup selamanya,, carilah ilmu akhirat seakan-akan mati esoknya,,

Revolusi

Ada revolusi yg harus dicpai semester ni,, ada perubahan yg mesti kene buat,, "cerah hati, cerah muka"

Terima seadanya

Lepas satu ketika, aku rasa mungkin inilah takdirnya, susah utk diluahkan. Ku terima seadanya, untuk ku teruskan kehidupan, ku terima cbaran ni, ku berdoa moga tuhan kembalikan hidayah kedlm jiwa, ada perkara kita tak perlu luahkn pada manusia, sbb mereka tak akan memahami sampai bila-bila pun. Ak ambillah pngjran dari brader zack, the chapter is ending,, ya Allah, kuatkanlah tekad hati hambaMu ini,, Amin

Politik,

Memang benar ak suka baca blog politik, aku update stiap hari, ak baca dri semua sudut politik,,tiap2 hari ak sakit kepala, syukur smpai saat ni pndngn aku msih sederhana, kuberdoa semoga ka jauh dari ketaksuban,, ak melihat pemain politik yg tegar, mereka tak tahu, wlupun kita rakyat biasa, kita gelakkan mereka dari jauh,, rakyat kenal sape yg ikhlas dlm perjuangan, siapa talam 2 muka,, PRU-13 menjaminkan cabaran besar untuk BN dan PR, kita juga kene tunggu gerakan besar kelompk barisan ke-3 ummah,, selamat maju jaya utk ummah, ku berdoa Islam didaulatkan di Malaysia, melayu islam terus bersatu memperjuangkan ummah,, islam maju dlm semua aspek, politik, ekonomi dan social..

*ni sajalah corat coret kehidupan buat sementara waktu ni, masa makin menghambat waktu, banyak perkara kena rancang sebelum tiba waktunya, byak perkara kena semak semula pelaksananya,,
*perkara pertama utk insan ialah kasihkankan diri sendiri, kita ada roh jiwa dan fizikal,, keputusan yg silap dibuat oleh roh dan jiwa akan menyakitkan fizikal @ badan yg menanggunya di sana nnti

*salam syg dari saya farhan hanif b reduam , mohon maaf atas kesilapan,,

gmbar masa audition sejarawanmuda, ak, ... boley msuk final... intan ngan faris,, huhu,, diorang teror sejarah!!

http://www.sejarawanmuda.com/timur.html



Thursday, February 2, 2012

perginya insan,,


Hari ni 3/2/2012, nenek sebelah mak aku ( Robiah bt Awang Ali) kembali kerahmatullah. Hari ni hari jumaat, penghulu segala hari, semoga berkat hari jumaat mengiringi rohnya ke sana.

5.45 pg td, mak telefon ckap nenek ak dah pergi utk selama-lamanya, satu-satunya nenek yg aku ada, yg lain dah pergi lebih awal menyahut seruan ilahi.

Syukur rasanya, masa cuti baru ni aku balik kg, pastu sempat jumpa dia. dia sakit tulang belakang, jalan pun bongkok. Pastu aku akan tolong urut dengan minyak. Dia kata kurang lah sikit sakitnya.

Family besar kiteorg, memang dah rasa yg dia akan pergi , so diorang bergilir-gilir cuba penuhi apa kehendak dia dihujung usianya. Mak aku balik kg sebulan utk jaga dia. nenek ak ni stay dgn mak sedara aku, dengan seorang sepupu ak,, kecik je lagi Qilah syuhada ( 3 tahun 6 bulan). Mak sedara ak biasanya pergi keje setiap hari, biasanya Qilah lah yg tolong tgokkan.. serius budak Qilah ni bdan debab sikit hehe, tapi boleh la tlng amikkan brang2 pe yg patut,, cos nenek ak tak lrat nak jalan. Baru2 ni pun diorang g terengganu beli brang utk dia, nenek ak pun ikut sekali, wlaupun dia tak larat jalan.

Arwah atuk ak meninggal tahun 1981, so 31 tahun nenek ak bergelar ibu tunggal membesarkan anak-anak bersendirian. Ak ingat lagi yg msa ak umur 5-6 tahun, ak stay kat pekan ngan mak aku, ayah ak & abg2 ak yg lain duk jengke. So, kiteorg tlg dia jual kepok lekor, keropok keping, keropok kering, wat budu dan lain2,,

Aku perasan jgak yg nenek ak ni rindu @ selalu sebut pasal ank bongsu dia yg lebih dulu meninggalkan kami masa ak kat mtrik 2009 dulu.

Semoga Allah merahmati rohnya dan meletakkan bersama roh org2 yg soleh.. Amin

Kematian tak kenal usia,bersedialah utk ke sana,
dunia hanya sementara, tempat persinggahan yg tak seberapa,