Sunday, September 4, 2011

Azam baru di semester baru

Azam baru di semester baru

Salam semua, semoga semua dalam rahmat & limpah kurniaanNya, jadi aku nak bentangkan senarai azam baru aku, jangan la serius sgat hehe

I. Jimat cermat

First priority ni, nak jimat duit, jadi kene kurangkan berjalan @ melancong, kena belajar menyimpan @ menguruskan duit utk kegunaan yg penting, cth: bertunang & dsb

II. Rajinkan diri

Semester ni dah msuk sem 5, para clinical years, focus tu kene lebih sikit, please guide me & help me.

III. Tenangkan diri

Ni priority utama jugak, tak nak dah serabut-serabut macam dulu,, xnak jiwa kacau, nak banyak berehat dalam konteks yang sepatutnya, tak nak mati jiwa & hati, semoga hidupku dipermudahkan olehNya , nak generate & maintainkan arus alpha dalam otak aku nie,,,,, tak nak biarkan arus delta mengalir, mcm mana nak tenangkan diri?.. kompem semua dah terror & tau kan..

IV. Belajar berfikir

Skrg ni ak nak belajr integarsi pemikiran dari otak + hati, yang ni ada kaitan dengan tenangkan hati, tak nak dah keputusan aku semata-mata dari otak @ jiwa, skrg perlukan integrasi.

V. Jadi diri sendiri

Kena ikut kata hati sendiri, tak boleh hidup dengan arahan-arahan org lain… kena belajr terima diri sendiri seada-adanya.. tapi kena jugak belajar apa itu tolak ansur, timbang rasa & sebagainya, hubungan sesama manusia hendaklah dipelihara

VI. Hidup sihat

Yang ni pun nak kena start dah ni, tapi dengan cara yang tersendiri lah. hehe, kurangkan makan & pergi gym dan sebgainya

VII. Kurangkan makan

Penting ni, skrg berat aku dah capai 75 @ 76 kg, berat Ni, dulu masa single2 standard 60-62 kg je, sejak makan terlebih nie dah naik 10-15 kg, takut gak jadi obes. dulu mkan lebey sebab takut nampak kurus sgt.. hehe.. kurangkan makan boleh jimat duit kan..

VIII. Tak nak bodoh sombong

Kadang-kadang aku ada penyakit ni lah, xsedar… sedar2 dah bodoh sombong, jngan suka-suka pandang rendah kat org lain tu maksud dia & jangan mudah perasan bagus, muda-muda dah perasan lebey…

Ok, ni senarai keutamaan aku sem nie,,, tak terlalu spesifik bagi aku, kalo spesifik sgat takut stress pulak la kan.

Ak nak ucapkan terima kasih kat nenek ak atas nasihat die “duit tu kawan baik kita”

Aku nak ucpkn terima kasih pada Hilal Asyraf, coz buku FANZURU @ maka lihatlah yg dia tulis tu bagus, memperbaiki pemikiran ak dlam byak mende!!! Tak ade lah aku syok sendiri sgt.

Ak nak ucap gak terima kasih pada bro zack, yg memberi ayat2 bahagia, seterusnya panduan yg lebih baik,, pengalaman ko, jdi panduan untuk aku.

Setakat ni jelah utk kali ni, tulis banyak-banyak pun mana ada orang baca blog ni hehe, ada org report kat ak cakap JUNIOR VET BARU ada baca blog ni, terduduk aku, xtau nak letak muka kat mana. (aku perasan lebey kot)…

Yang baik dibuat panduan & sempadan

Yang buruk tu dijadikan pengajaran…

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, berdiri atas bakat sendiri.

# tak sempat nak tengok filem hantu bonceng

2 comments: