Thursday, June 23, 2011

gagal & berjaya

Jangan disangka jika ibu bapa dan atuk nenek kita berjaya, kita juga akan berjaya. Walhal yang menentukan kejayaan itu adalah Allah s.w.t.

Allah sentiasa memberikan apa yang kita minta. Jika Allah tidak memberi sejurus selepas kita meminta, Allah akan beri ia pada waktu yang terbaik. Jika Allah tidak beri di dunia, Allah akan beri pada akhirat, yang pasti kita sebagai hambanya harus yakin dengan setiap rancangan Allah. Percaya setiap rancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. Jadi kita haruslah sentiasa berdoa agar rancangan kita juga sejajar dengan rancangan Allah. Insya Allah. Marilah berusaha ke arah kejayaan.


Kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi. Sama juga seperti iman, bukan warisan, bukan juga tradisi. Bukan bermakna jika ibu bapa kita berjaya, kita juga akan berjaya. Bukan juga bererti jika ibu bapa kita gagal, kita akan gagal.

Berusahala kita untuk berjaya dan menjauhi kegagalan. Berjayalah di dunia dan akhirat. Jauhilah kegagalan di dunia dan akhirat. Allah cintakan hambanya yang berada di jalanya. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Tapi ingatlah Allah sentiasa bersama kita.

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)

No comments:

Post a Comment