Wednesday, December 7, 2011

luahan rasa..

Salam, nak meluahkan rasa di hati ni..

Aku tak ada pilihan, mesti keluar dari dunia gelap ciptaan aku ni, hidup ni bukan untuk bergembira & mengikut nafsu yg tak pernah puas.

Hari ni aku mengakui yg hidup ni satu perjuangan. Hidup aku masih,, yup masih jauh & panjang , doa ku panjatkan pada tuhan agar dipermudahkan jalan-jalan yang berliku ini.

Aku pernah baca ni " Kita hidup di dunia ni sebagai hamba, jangan jadi pelampau. Pelampau kepada sape? Pelampau kepada Allah dan diri kita sendiri".

Masa semakin cepat berlalu, tahun depan umur aku dah masuk 22 tahun, semoga aku lebih matang dlm membuat keputusan & bijak memilih jalan yg baik.

Aku patut buang kebodohan2 melampau yg semakin tersirat dlm benak fikiranku ni,,

Aku pernah simpan hasrat nak sambung beljar kat oversea, salah satu cita2 aku ni, dulu aku banyak lepaskan peluang gi oversea ni, harap satu hari nnti tuhan bukak peluang ni lagi untuk aku.++ nak kerja kat oversea jugak

Walaupun dah 3 tahun study vet, aku masih lagi terkial2 bidang apa yg patut ak go on,,, harapnya Tuhan bukak pintu aku & berikan aku kepandaian utk kuasai bidang2 ni.

berubahlah sebelum kau diubahkan oleh masa..

# tengah dlm mood sedih,
# bye2… dlm kesunyian hidup ni hehe

Wednesday, November 30, 2011

letih



salam semua pe khabr, dah lama tak taip kat sini, tp mlm ni nak tulis jgak,, sakit pale ak kalo tak keluarkan ape yg ade dlm otak ni,,

aku lost control, terasa mcm ak hilang diri sendiri, tak sedar apa yang berlaku.. seriusly... ak ilang panduan, terasa mcm ak syok sendiri pulak skrg ni, smkin memuji diri sendiri, seem that i canot face so many problems that cross my mind now,, Ya Allah, bantulah aku hambaMu ini..

ak ni manusia biasa, byak slah n silap, keaiban ak bnyak,, ya Allah, tutupilah keabaibanku utk selamanya,,,

exam final tnggal 3 minggu je lagii,,,, seriusly sem ni ak xdpt nak bernafas lagi,, tuntutan masa menyesakkan..

ak sedih ak lost brader yg byak pesan & nasihat ak.. i just pray for your happiness, go ahead bro,, you have make right decision!!!!!!!! kau pilih jalan yang benar!!! semoga kau bahagia, aku akan menyusulimu... terima kasih byak atas nsihat & ingat, panduan & pendoman... kita hampir berkongsi pemikiran yg hampir sma, sebab itu i can accepts many ideas & guidance from you..

sbnarnya jd presiden ni meletihkan ( merungut pulak)...

ok la salam sayang utk semua... doa yang baik2 utk farhan hanif ye... terima kasih, aka dah anggap kawan rapat semua mcmm adik beradik... so kalau ada silap & slah tu gitau je k,, jgn sorok2.,


AKU PERCAYA YANG KITA PATUT BAGI PELUANG UNTUK SEMUA ORANG UNTUK BERUBAH... I MUST REALISED TIDAK ADA KEMATIAN YANG SEBENAR DALAM HIDUP MANUSIA< KEMATIAN YANG BIASA KITA DENGAR ITU HANYA PENGHENTIAN SEBENTAR


Lelaki sejati..


Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca..


Thursday, November 24, 2011

lewat


Lewat malam.

Masih banyak yang belum aku lewati dalam hidup ini, sementara hari telah bersilih ganti dengan malam yang lewat.

Peristiwa - peristiwa datang dan pergi. Dugaan dan kesejahteraan datang dan pergi setiap hari dan aku masih terlalu kecil yang terlalu banyak belum dilewati.

Kecilnya aku berbanding alam ini.

Allahu rabbi

Thursday, October 27, 2011

soup 0f the day


salam semua,, apa khabar? mesti luar biasa hebat kan??? huhu


Soup of the day buat kita semua.. talk-less about other people.. concentrate on your future planning... uphold your integrity and values even under the most difficult time.. InsyaAllah, you will be the Man of Honour..

beza orang yang berjaya dgn orang yang gagal hanya beberapa inci jer.. kalo korang rasa sedikit perubahan positif pada hari ni takkan memberi apa2 kesan pada masa akan dtg, you are totally wrong!!.. setiap perubahan yang kita buat walaupun sedikit cuma pasti akan memberi impak yang banyk pada masa hadapan.. so, start2 la buat skit2 perubahan (yang positif yer bukan negatif).. mana la tau, satu hari nanti korang akan menjadi orang yang paling "berjaya" di dunia ni.. berjaya dlm apa? terpulang pada pilihan dan kehendak diri korang....

* Aku amik & paste dari blog seseorang, betul bila fikir balik, wat pe la selalu sngat cakap pasal orang lain kan, lagi2 orang macam kita ni ( course vet), dikatakan golongan profesional, so kena la cakap banyak pasal idea, InsyaAllah saya cuba perlahan2,


huhu, tgok kat atas ni, besar kan tanggungjawab lelaki?.. ni la lelaki, sebab tu lelaki ni lebih bertanggungjawab, emosi pun kurang & lebih ciri2 pemimpin, tanggungjawab dia besar, jadi anda isteri & anak2 sokonglah MEREKA, ehhe

Monday, October 17, 2011

himpunan sejuta umat


Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober 2011, dengan tema " SELAMATKANLAH AKIDAH UMAT ISLAM" merupakan satu cubaan umat islam berkumpul 1 juta sebagai simbol penyepaduan terhadap isu murtad & sebagainya, walaupun kita jauh di KELANTAN dan mungkin tak dapat hadirkan diri, adalah WAJIB bagi kita mendoakan kesejahteraan umat islam di MALAYSIA, saat kita dihimpit sekian lama>> JOM berdoa, " YA ALLAH, KEKAL KANLAH BUMI MALAYSIA INI DENGAN NIKMAT ISLAM & TUNJUKKAN KAMI JALAN KEBENARAN DI DUNIA & AHIRAT" >>> Farhan Hanif, layari web ni utk maklumat lanjut http://himpun.org/, SAYANGI AGAMA KITA!!



K. LUMPUR, 4 Oktober 2011 – Satu perhimpunan besar umat Islam yang diberi nama “Himpunan Sejuta Umat” atau HIMPUN bakal berlangsung pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam. Perhimpunan ini dianjurkan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang media tengahhari tadi, pihak penganjur yang terdiri daripada gabungan-gabungan NGO Islam menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersama menjayakan HIMPUN ini untuk menunjukkan rasa sayang terhadap akidah Islam dan bersatu membentuk benteng pertahanan akidah umat.

Penganjuran HIMPUN ini berikutan rentetan episod-episod hitam yang melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

“Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa,” menurut kenyataan tersebut

HIMPUN ingin mengajak ummat Islam menyedari hakikat ancaman murtad ini dan bersatu suara serta mengenepikan sentimen politik dan puak yang mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang

“HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun,” ujar Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Halim dari MAPIM yang merupakan Pengerusi bersama HIMPUN.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Rakyat juga perlu celik dan menyedari wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

HIMPUN dijangka disertai oleh seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Sekretariat penganjuran dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dari Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). En. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya. Sidang media HIMPUN ini telah dihadiri wakil-wakil NGO-NGO Islam yang bersama dan menyokong penganjuran HIMPUN. PEMBINA yang menerajui bahagian belia dan mahasiswa diwakili Ibrahim Mohd Hasan, yang merupakan Timbalan Presiden PEMBINA.

Friday, October 14, 2011

pengorbanan seorang lelaki,,,

Hari tu, dok belek-belek blog org, jumpa ni, comey je, seriusly kena baca kelakar!!! hoho .. See berapa banyak pengorbanan seorang lelaki!!!

Al Kesah nyerrrrrr

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab sebab kite x sambut valentime ..haram kan. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang.., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.

Haha, kelakor kan? ,,lelaki kalau dah syang sangggup wat apa, huhu, asyik-asyik saya post yg skema2 je kan, ari ni tukar selera ok, susah tu nak jumpa lelaki yg bertanggungjawab skrg ni, kalau korang(kawan perempuan saya) jumpa, jangan tangguh-tangguh, chop, cepat2 ye,, selamat beramal!!!!!