Thursday, December 30, 2010
untuk akhirnya..
pejam celik pejam celik, hari ini last day utk tahun 2010, mksudnya 2011 akan menjelma, dan kita semua akan msuk umur 21 tahun, sungguh cepat masa bergerak.. dah 21 tahun ak harung kehidupan sebagai manusia dan masih lg sebagai pelajar... dan belajar.. seorang pelajar kadang2 silap langkah.. jd kalau ada yg tersilap tu, tegur2 lah ak, sbgai satu proses pembeljaran..
fuhh.. 2010 byak kngannya, yelah dah msuk tahun 2 kat umk ni, skrg semester 4.. InsyaAllah 6 sem lg menanti.. aku tau byak cbran dan dugaan yg akan mendatang, ku panjatkan pada yang Maha Esa agar dipermudahkan jalan ni.. sbb belajar ni memang susah, nak jadi org berilmu ni bukan mudah, ambil masa, tenaga, wang ringgit, dan segala jenis pengorbanan... kdng2 dlm beljar pun ada silang lngkah, silap strategi.
baru2 ni seorang Prof dar FASA tanya ak tentang vet.. ak gtau lah kat dye skrg ak beljar susah sikit, dye cakap kat ak.. life is always difficult, you must try harder.. Allah sent us to al-ardh ( bumi) for fight.. not juz for leisure.. prof ni foreigner.. he is muslim .. bila fikir balik.. betul apa yg dia cakap tue.. syukur Allah masih syg ak, ada jgak org sekeliling gtau aku sesuatu yg penting yg slalu aku ambil lupa..
kdng2 ak terkenangkan dan bandingkan diri ak masa kat sekolah dgn time kat u skrg ni, jauh sgt berbeza, sbnarnya byak yg ak ggal urus especially dlam mengurus diri sendiri.. skrg ni ak beza sgt ngat dgn dulu.. ak tau mnusia memng berubah.. tapi hakikatnya aku berubah dri baik ke kurg baik... skrg ak tau, dunia ni memang penuh khayalan.. penuh ngan tipu daya.. sebab itu lah agama islam diturunkan oleh yang Maha Kuasa ke dunia ini, agar manusia ada panduan utk cpai pada kehidupan satu lg...
ni lah azam baru ak tahu ni.. nak cari semula titik kekuatan yg dah hilang tue,, nak cari semula panduan yg hampir lenyap tue, nak bersihkan semula mane2 yg dh gelap tue.. nilah impian dan harapan ak tahun 2011.. semoga Allah beri kekuatan, tenaga dan ketabahn pada aku..
tahun baru ni nak pastikan semua yg yg dirancang akan berjaya dgn izinNya.. aku memang jenis yg slalu buat plan, tapi bukan jenis ikut plan.. ak byak buat keputusan ikut hawa nafsu bukan pertimbangan yg betul...
utk study sem ni, ak harap dapat buat yg terbaik, terbaik bagi ak tak semestinya dapat 4.0 flat, terbaik bagi ak aku dpat belajar dgn baik, dpat pengetahuan yg byak, sbb ak YAKIN, ak tak bwak utk khidupan mse depan & lg depan ak dgn nombor, ak nak bwak dgn ilmu.. ak tak nak hidup aku dibyangi dgn nombor, sgat2 meletihkan dan beri tekanan yg hebat... ak nak wat terbaik utk agama, bangsa & negara.. & ak sgat2 perlukan kwan2 utk bantu ak study sem ni & sem2 depan.. sebab kemmpuan ak terbtas nk fham semua ni, & ak tau kwan2 ak kat UMK ni semuanya terbaik!!!!!! semua ada kelebihan msing2... jom kita gunakan kelebihan ni utk bangunkan Vet profession kat Malaysia ni.. semangat!!!!!!!!!!!!
akhir kalam.. nak ucapkan selamat tahun baru pada semua kwan2 yg kenal@ xkenal ak..
dan paling penting nak mintak maaf pada semua kalau tahun ni ( 2010) ak ada buat slah n silap kat kalian semua..
moga tahun 2010 ni, kita semua diberi kekuatan utk hadapi cabaran2 baru...
Monday, December 27, 2010
kisah suka duka..
sebab itulah roda kehidupan mansia berbeza, hari ini dia diatas, sape tahu esok bergolek jatuh kebawah dan ada juga manusia yang berada dibwah, akhirnya ditarik oleh nasib dan usaha ke atas.. hakikatnya inilah kehidupan, kehidupan ini dah lama dicorakkan oleh yang Maha Bijaksana..
sama juga, manusia dinilai pada harta dan kekayaan, semakin besar keretanya semakin kaya orangnya.. sangkaan yang sempit seperti ini terus berlaku dan terus berlaku... disebabkan penilaian yang berbeza, dan apabila kaya dan berpangkat manusia itu akan dimuliakan, yang miskin dan hidup melarat dihina dan disisihkan.. akhirnya tak ada yang tinggal di dunia melainkan kelalaian dan kelupaan.
Ujian..
ujian tak dapat lari dari hidup kita, kita diuji untuk macam2 .. ada ujian yang kita mintak, ada yang diberi oleh tuhan yang Maha berkuasa tanpa diduga, ada kala kita tak tempuh ujian seorang diri, adakala kita perlukan sokongan dan bantuaan dari mereka yang disekeliling... sekian lama berlaku pada aku tanpa aku sedari, ye ianya memang ujian tuhan padaku, kenapa dipilih? ak pun tak tahu apa sebabnya... mungkin utk uji kekuatan ak... dulu kekuatan luar biasa, hari ini dah semakin beransur-ansur kurang, entahlah... mungkin lama tinggalkan ajran agama, yang ada hanya sedikit utk bekalan....
aku dah tak sanggup hidup dalam kegelapan yang dicipta oleh diri sendiri, ak perlukan cahaya utk mengharungi hari-hari yang datang.... sebab hari-hari yang mendatang tak aku ketahui dimana akan aku berada.. akhirnya aku akui,benar lah ayat al-quran karim ( maksud ayat) .. manusia akan mencari tuhannya ketika dalam kesusahan dan melupakan tuhannya ketika dalam kegembiraaan....
semoga ada kekuatan menghadapi cabaran baru, ada sinar utuk hari-hari mendatang, ada kekuatan menghadapi ranjau-ranjau berduri, moga ada keberanian dalam tindakan.... dan semoga ada cahaya utk semua kegelapan...
semoga dihujungnya ada kebaikan..
Tuesday, December 14, 2010
cepat membesar..
eh dh nak msuk tahun 2011 dah kan?? maknenye umur ak kira2 dh nak msuk 21 thun la.. wow 21?? cam xcye je kan.. cpat btul membesar.. so bila dh besar mstilah tnggungjwab mkin besar, xakan makin kecil pulak.
setakat ni byak lagi mende yg ak xdpt nk setelkan lg.. byak sgt2.. rugi ak kalau tak setelkan awal start dri skrg.. sebb mende ni sume tak time bukan buat hari ini esok dpat... x.. ditambah lg dgn nak bermula nya sem baru.. yg lg2 mencabar, ak dh blik awal skrg kat umk dah, so ak lah org ist yg kene bebel lecturer sruh bljar elok2, diorng kate paper mkin susah, ditambah pulak ada senior tahun 5 vet upm pesan n provoke ak mcam2 sal vet ni... smpai mendebarkan hati dan raga rasanya... hmm
byak mende yg dulu ak wat skrg dah x buat especially berkaitan dgn keagamaan,,,, adui, ape yerk punce dia?? salah siapa?? ak jgak... sebb setiap pemimpin bagi diri sendiri.. hari ini aku pakat campur hukum-hakam.. pakai buat ape yg aku suka je.. ni lah namenye manusia cepat lupe, slalu ingat tuhan mase susah, especialy student time musim exam.. time tu lah beramal siang n malam.. lpas exam.. hmmm xade!!!.. bukan mengata org,, cukuplah diri sendiri jadi cth..
byak lagi kelemahan2 yg ketara.. ni pun baru sikit.. yela org nmpak kite part baik je.. then yg buruk org slalu wat2 tak nmpak... kalau baik betul xpelah.. ni tak.. baik campur2.. huhu spe lagi?? lau bukan ak... hehe...
sebelum tinggalkn blog ni, ku sediakn pantun berapa kerat utk bacaan n ingatan bersama.. huhu
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
Sunday, December 12, 2010
cerita baru..
Sunday, December 5, 2010
gosip baru...
Fuhh…. dah 3 minggu lebih tak update blog ni, mcm beselah kononnya sibuk dan bila blik umah, tak de broadband pulak… so tak dpt lah den nk post smething kat sini… skrg ni tgah cuti sem, kira-kira dlm 5 mnggu jgk.. Alhamdulillah ni lah first time cuti pnjang sikit.. kalau tak mne la sempatnye..
Final sem 3
Alhamdulillah result pun dah keluar, dgr cerita 32 org dpt Dean list.. wow cyelah!!!.. hebat betul dak vet ni… haha aku?? Bese-bese je… tapi syukur jgk lah.. ada peningktan.. usaha tak lah kuat mne.. memang lah org kata ak kuat study.. selalu gi libry.. tapi tak rmai plak yang tak tau yg ak g library buat mcam2 kerja tak berfaedah yg ak sendiri saja yg tahu…!!!
Bila fikir lg… laaa… bru 3 sem yg ak tempuh, 7 sem lg tak tahu lah mcam mne, entah mcam mne lah nnti.. susah nak ramalkan???? Ape lah nsib ak ye.. ak berdoa harap2 semuanya ok…. Kwan2 tlong doakan ak… semoga ada pertolongan Allah dlm tindakan kita…
Ada org kata ak suka berflsafah, tak pe jom ikut ak berflsafah… haha… konsep dia mudah.. mencapai kejayaan mungkin lebih mudah dari mengekalkan kejayaan.. betul tak????... satu lagi… kejayaan yg terbesar dlm hdup kita sbnarnye kejayaan di penghujung kan???... tak kisah lah kita berjaya mane pada awalnye.. tapi kalau di akhirnye kita tewas… akhirnya, mksud dye kita tak berjaya… contoh lagi.. adakah seorg yg berjaya di dunia dgn kekayaan yg melimpah ruah, harta yg bertimbun, pangkt dan kuasa yg banyak akn menjamin seseorang akn msuk syurga.. akan menjamin seseorang dpt mengucapkn syahadah di hujung usianya.. oh tidak.. ia tidak pernah menjamin 100 %... sdgkan di berjaya di dunia… tapi tak pasti lagi akan dia berjaya di akhirat… tak ke gitu??? Huhu…
Contoh lagi.. kita tak boleh pndng rendah pada org lain, kalau manusia itu jahat semasa mudanya.. kita jgn hina dia… spe tahu di hujung usianya.. hidayah Allah sirna di hatinya dan dia bertaubat dan akhirnya taubatnya diterima yg Maha Esa… dan seorang lagi…zman mudanya dihiasi dgn kebaikan, tapi dgn kuasa Allah di hujung si Dia melakukan maksiat dan tak sempat bertaubat dan akhirnye terjelopok di pintu neraka…
Ape yg sebaiknye??? Mstilah berjaya di dunia dan akhirat.. mcam yg kita sokmo berdoa setiap kali solat.. “ wahai tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.”
Bimbang
Ada bende yg ak rasa takut dan bimbang.. terasa diri hebat.. bila terasa hebat, semua kerje tak jadi.. sebb dah hebat wat pe nak wat keje lagi kan.. duk goyang kaki jelah… kalo sape2 yg nmpak ak bangge diiri, sombong.. mintak tolonglah beritahu ak cepat2.. tegur ak…
Cuti..
Fuhh cti tnggal 2-3 mggu je lagi… tak wat pe pun cuti ni.. duk umah tak wat ape2 melainkan makan & tido.. tu je… hehhe.. aktiviti len tak de… nak gi ibhk.. tapi tak de hostel lah pulak kan… dengki plak tgok org lain wat praktikal kat mcam2 tempt.. fuss jeles2… sebab tu lah ingat nak balik UMK awal, nak cai kerje berfaedah sikit… heheh
Sem 4
Fuhh… dh msuk sem 4 pulak kan… menakutkan & menyeramkan… banyak plak subjek sem ni. penting pulak tue.. virology, parasitology & entomology, serology & immnunolgy, pharmacology & toxicology & non- ruminant productin & bahasa arab 2 dan kene amik pulak Ko-kn hari khamis petang…. Mencabar betul lah sem depan.. harap2 ak boleh buat dgn baik.. dah lah semua lecturer dh warning aku awal2… diorang kate ape… sem depan diorng akan buli student as much as possible & jgn hrap nak solan mudah2… jgn hrap dah… menakutkan je!!! Ahhaa…. Harap2 lah semua ok… dah lah ak tak prepare ape2…
Ok lah tu je utk keluaran PAAN PULSE kali ni .. haha… itu saja yg dpt ditulis, kerana kesuntukan msa & waktu… mana yg baik itu semuanya dtg dari yg Maha Kuasa dan yg lemah & silap tu dari diri penulis... Salam…