Monday, May 30, 2011

lelaki kah aku...

Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.

Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.

Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!


ok.. salam semua, harap semua sihat walafiat dismping kwan2 seperjuangan.. huhu.. mybe nie last post, tiba2 hari screen laptop crack la pulak, tak tau npe leh jd mcm tue.. tak perasan la pulak ada jatuh kat mne2.. pelik2.,sedih2, jd mcm nie.. ni pun gune laptop org.. so sad, laptop bukan murah... tp ni lah hrge yg boleh dibyar bila xjge betul2.. aduh!!, nnti nak wat asngment pun susah.. xpe rse la sikit susah bila mende yg kita syng & berharga hilang.. dah la laptop brg yg paling berharga ak ade.. nk beli baru xade duit la... sob2... ok.. semoga jumpa lg... salam.. semoga dlm rahmat Allah swt.

Saturday, May 28, 2011

nak jadi doktor ??



HOW TO BECOME GOOD & SUCCESSFUL MEDICAL STUDENT


By : Prof. Dr. Muhaya Mohamad

1. Have I made the correct decision?

Yes, you have. Being in the medical field, is one of the best field to give service to mankind. The person most loved by god is the person most beneficial. Being in the medical field, we are always useful in whatever situation. A doctor does not need an office, an organization to serve. A doctor is useful anytime, anywhere and to anybody. If you are one person whose life purpose is to serve others, then you have definitely made the correct decision.

2. Can I be a doctor one day?

Sure you can! It all depends on your intention. A good intention will give good results. If your intention is to serve others, then you have all the power of god almighty, to achieve your ambitions. Whenever we do something with the intention to serve rather than thinking of what’s in it for us, you can be sure that god’s help and blessing will be with you all along. Once God’s help is with you, you will attract people, circumstances and situations that will help you to become a doctor. This may come in the form of doing well in your exams, getting the scholarship and the place in the university as well as passing all exams easily. It will cost you to have inspired actions, which will results in phenomenal success in whatever you do. Have full faith that with God, everything is possible.

3. What are the important traits to become a doctor?

The most important thinking is a very positive mental attitude. One of the most important assets is that they must have a lot of compassion where a doctor has to put others before himself and always wanting things for others more than himself.

Professor Dr. Muhaya Mohamad currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre, Professor of Ophthalmology of Universiti Kebangsaan Malaysia, and Adjunct Professor to International Islamic University of Malaysia. Currently, she is the Chairperson of Malaysian Medical Association Ophthalmological Society.

Besides that, she does motivational speeches to UKM, PCMC staff and students, professionals and on TV and currently she’s also the Director of Personal Development of ACMS.

Prof Muhaya graduated from medical school in 1985, obtained a Fellowship in Uveitis at Moorfields Eye Hospital, United Kingdom in 1998, which culminated in a PhD from University of London in Ocular Immunology. She was the first Malaysian to sub-specialise in Uveitis and started the first Uveitis Service and immunosuppressive therapy in autoimmune eye diseases in the country

To date, she is the point of reference in the management of Uveitis cases since 1998 and has provided training for local ophthalmologists and residents in the field of Uveitis. In 2005, Prof Muhaya was awarded with Special Distinguished Service Award by the Asia Pacific Academy of Ophthalmology (APAO) at the 20th Congress of APAO, Kuala Lumpur.

Prof Muhaya is also the first Malaysian to have a formal training in the use and interpretation of Optical Coherence Tomography which is the latest state of the art diagnostic instrument, crucial in the management of retina and glaucoma cases. In 2006 she organised the first OCT symposium in Malaysia.

Her latest achievement is being the first ophthalmologist in South East Asia to perform bladeless femtosecond LASIK using the Visumax system which is the latest bladeless LASIK system. As a Professor in Ophthalmology, she has been giving lectures to undergraduates and postgraduates of UKM in general ophthalmology, Uveitis, medical retina and neuro-ophthalmology.

Apart from Ophthalmology her other passion is personal development and motivation and she is a regular speaker in the ACMS and PCMC orientation week talking about personal effectiveness and a regular speaker for motivation talks to medical students in UKM, International Islamic University, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia and Cyberjaya University College of Medicine. Her latest invitation on motivation is on Hot at One Motivation on TV1 on 2nd January 2009 and 16th February 2009 on topic “Self Esteem”.

Until today she appears on IKIM, TV1 and TV2 frequently. And to date, she has also recorded her new show on astro prima coming out this year.

She is frequently invited to local mass media to speak about eye diseases and has a regular column on eye care in the Utusan Malaysia. Professor Muhaya uses the holistic approach in dealing with her patients by stressing the importance of being grateful at every moment in their life. Her ability to incorporate Islamic values into everyday life and her professional practice makes her a much sought after speaker in personal and professional development talk and eye surgeon in Malaysia. She was instrumental in starting the personal and professional development module to be incorporated in UKM medical faculty curriculum.

Thursday, May 26, 2011

zaman muda mudi... huhu


MARK Zuckerberg melakar sejarah apabila mencipta laman sosial facebook yang mendapat sambutan luar biasa dari segi kegunaannya.

Tentu sekali anak muda ini tidak boleh melupakan peristiwa sewaktu berada di alam persekolahan apabila individu terkaya di dunia, Bill Gates menawarkan satu juta dolar kepadanya. Dan orang lain akan mengingati peristiwa itu kerana dia menolaknya.

Namun dengan penciptaan facebook, dalam usia 26 tahun, Zuckerberg muncul sebagai orang ke-35 paling kaya di dunia dengan nilai AS$6.9 bilion (lebih dari RM20 bilion). Inilah yang dikatakan belia yang telah melakar sejarah - meninggalkan kesan yang besar bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi kepada dunia.

Zuckerberg adalah contoh terbaik individu dalam kategori belia diungkapkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda, Datuk Sohaimi Shahadan apabila bercakap tentang topik Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung di Putrajaya hujung minggu ini.

Sohaimi, 42, menarik perhatian bahawa untuk melakar sejarah, ia mestilah bermula dari alam belia.

"Ia tidak semestinya di alam persekolahan, tetapi langkah mesti dibuat apabila sahaja kita memulakan kehidupan sebagai belia. Ya, definisi belia ialah remaja seawal usia 15 tahun dan paling tua ialah 40 tahun, namun kekuatan mental dan fizikal yang bermula di awal usia 20-an adalah masa yang paling sesuai untuk melakar sejarah kehidupan," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagi anak muda dalam lingkungan belia dan remaja, kata Sohaimi, mereka mempunyai tenaga. Mereka mempunyai akal dan fizikal yang mantap bagi mempertahankan idealisme mereka.

"Ini adalah zaman yang paling sesuai untuk melakar sejarah bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.

"Setelah usia meningkat, fizikal akan menjadi semakin lemah, daya berfikir menjadi semakin perlahan dan dalam teori kreativiti manusia, yang tinggal hanya dua peratus. Apakah yang boleh dibuat oleh orang yang melampaui usia belia?" soal Sohaimi.

Bagi Sohaimi, jihad yang paling besar dan berkesan di zaman ini ialah jihad ekonomi. Anak-anak bangsa mesti berjuang untuk memantapkan ekonomi dan diri yang seterusnya akan membantu memantapkan ekonomi bangsa dan negara.

"Siapakah orang yang kita boleh harapkan untuk memperjuangkan agenda bangsa, kalau tidak dari kalangan belia?

Mereka sahaja yang boleh melakar sejarah besar yang sedang kerajaan gerakkan kini sebagai kesinambungan perjuangan pahlawan dahulu," kata beliau.

Sohaimi memberi contoh, selain Zuckerberg, ramai lagi golongan muda belia yang boleh dibanggakan. Tidak terkecuali belia tempatan. Beliau menyorot perkembangan "Restoran Sekinchan Ikan Bakar" yang diterajui seorang anak muda, Datuk Jamal Md. Yunos yang secara kebetulan berada dalam industri makanan dan restoran.

Bermula dengan kegiatan perniagaan menyediakan khemah untuk majlis-majlis keraian, ia bertukar menjadi saudagar ikan bakar. Kalau dikira dari segi membakar dan memasak makanan sebegitu yang dikira tradisional, tentulah orang tua, yang mahir dan pakar, tetapi kenapa anak muda yang menjalankan perniagaan ini?

"Pertamanya untuk menjalankan perniagaan sebegitu memerlukan tenaga, keduanya, yang paling penting ialah memerlukan kreativiti.

"Kedua-duanya ada pada belia, dan kebetulan belia tersebut ialah Datuk Jamal - orang yang telah melakar sejarah. Seorang rakan saya pernah berseloroh, "Sekinchan Ikan Bakar membuka cawangan baru setiap minggu," katanya.

Sekali lagi, beliau menarik perhatian tentang seorang lagi belia contoh iaitu Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd. (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh yang membuka syarikat pengangkutan Bas Sani Ekspres. Ceritanya, Wan Mohammad Sani pernah bankrap dan beberapa kali jatuh dalam perniagaan.

"Tetapi usia mudanya ada satu kelebihan. Beliau masih mampu dan bertenaga untuk bangkit kembali dalam melakar sejarah dan saya percaya ini adalah sejarah bangsa.

"Kini syarikat bas Sani Ekspres boleh bergaya dengan pemilikan sebanyak lebih daripada 50 buah bas dua tingkat yang canggih teknologinya dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Muda oleh dua buah institusi pendidikan, iaitu Universiti Malaya dan Kolej Poly-Tech Mara," kata Sohaimi lagi.

Ramai lagi anak-anak muda kita yang telah melakar sejarah baik di dalam atau di luar negara. Jika pada zaman dahulu mereka muncul sebagai pahlawan perang yang sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir dalam menegakkan maruah bangsa. Kini, mereka di arena sendiri yang kadang kala pentasnya tidak mereka faham.

Kita melihat sekarang kebanyakan anak muda menjadi begitu taksub dengan gajet komputer, permainan siber dan facebook. Kenapa tidak di dalam berseronok dan bersuka-ria itu, kita tanamkan sedikit wawasan untuk mencipta kewangan.

Bagaimana Irfan Khairi dan Azizi Ali menggunakan kemudahan internet dalam mencipta wang. Ia tentu sekali bermula dengan keseronokan berdepan dengan komputer sehingga mereka berupaya melakar sejarah mencipta wang untuk mereka.

Menurut pakar kanak-kanak, golongan itu memang dilahirkan kreatif. Tetapi apabila mereka tamat pengajian di universiti, kreativiti mereka hanya tinggal 25 peratus. Dan apabila mereka tamat perkhidmatan, kreativiti mereka paling tinggi pun masih ada cuma dua peratus sahaja. Ini bermakna untuk seseorang melakarkan sejarah dalam kehidupan mereka, ia hanya boleh berlaku dalam usia muda.

Pada masa zaman kanak-kanak, walaupun kreativiti seseorang itu tinggi tetapi kemampuan fizikal dan mental terbatas. Mereka tidak mampu menolak sergahan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Sebab itu kanak-kanak gagal melakarkan sejarah mereka.

Contoh yang paling tepat ialah peristiwa Hang Nadim dibunuh kerana cuba menunjukkan kebijaksanaannya menggunakan batang pisang bagi menangani masalah serangan ikan todak di pantai Singapura pada zaman dahulu.

Sohaimi sekali lagi menarik perhatian bahawa masa kini adalah era teknologi dan dunia tanpa sempadan.

"Leftenan Muda Adnan Saidi menjadi wira negara dan meninggal dunia dibunuh askar Jepun dalam usia 28 tahun, begitu juga Datuk Sagor Pasir Salak dikatakan mati di tali gantung pada usia yang muda kerana menentang Inggeris.

"Para pejuang yang lahir di zaman era perjuangan bersenjata adalah dari golongan muda dan remaja. Mereka mencipta sejarah yang sukar dinukil dengan kata-kata, tetapi sejarah itu tetap terpahat dalam khazanah bangsa.

"Tidak ada lagi perjuangan bersenjata yang senang untuk dimenangi, semuanya menjadi canggih dan sofistikated, seolah-olah ilmu adalah punca segala kuasa," kata beliau.

Kata Sohaimi: "Masa yang ada amat singkat, usia remaja adalah terbatas dan masa ini sahaja kita mempunyai tenaga dan daya pemikiran yang kreatif untuk melakar sejarah bangsa. Belia tidak sepatutnya menjadi generasi yang berpeleseran tanpa arah dan tujuan.

* artikel Utusan Malaysia, 26 Mei 2011 menarik utk kepentingan bersama,,,,, dengan islam kita maju, dengan islam kita bahagia & dengan islam kita berjaya dunia & akhirat.. insyaAllah.. Amin

Friday, May 20, 2011

aku cantik & dia hensem..

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

Sunday, May 15, 2011

ceritera..

Alhamdulillah, syukur pada yang Maha Esa atas umur dan kudrat yang masih dikurniakanNya, buat seorang hamba yang kadang kala lalai mencari erti kehidupan yang sebenarnya.

Syukur rasanya, habis dah semester 2 yang caca-merba dan long trip ke VRI Ipoh, Ipoh Turf Club & Voluntary Vet in Zoo Melaka, alhamdulillah!!! Nice program & full of apreciation for the Ajks that work hard for this programme.. thank you, so much!!

Sbb lawatan ni panjang & byak msa free sempat jgakak beli bebrapa buah buku.. Secangkir teh pengubat letih, karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ saifulislam.. buku travelog tarbiah, dah lama teringin di hati nak beli buku-buku travelog mcm ni.. seronok bila baca sejarah hidup orang & perasaan nak pergi travel tu semakin memucak-memuncak hehe.. at least, kalau tak dapat pergi, baca cerita & kisah orang pun seronok.. seronok lihat hidup orang lain.. ibarat pepatah melayu “ jauh perjalanan luas pemandangan “.. sebab tu lah hobi & impian ak, nak pergi jalan-jalan kat mane-mane saje dalam atau luar negara,.. sebab sambil jalan mata aku akan melilau tgok perilaku org & kemajuan sesebuat tempat tue.. lgi pun memang byak lg kat Malaysia ni yang tak pernah sampai lagi.. oversea pun pernah gi sekali je. Kemboja.. sebab kemboja negara pertama yang pernah pergi.. sebab tu la kan, kalau ada berita pasal Kemboja kat paper @ sebagainya, terasa excited nak baca..huhu memang pasang niat nak pergi sekali lagi, kalau ada rezeki.. insyaAllah.. memang best la kan, lagi-lagi program sukarelawan mcm ni, byak mende yang boleh diinsafi & dipelajari.. tak rugi, sebab hidup ni bukan mudah!!!! Ramai yang dah hadapi kesusahan & berjaya & ramai jugak yang mengalah & terus lemah.. ramai pulak orng islam sendiri yang selalu salah faham konsep tawakal.. hmmm.. islam ni indah tapi selalu kelihatan buruk disebabkan penganutnya. Hampir semua konsep kecemrlangan, kebersihan, menuntut ilmu, kekayaan semua dinyatakan dengan jelas oleh agama kita, tapi hampir semua gagal dipraktikkan oleh kita. ( untuk renungan bersama).

Pepatah Melayu ada menyebut “ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. “.. negara sendiri lagi best.. hehe.. bila aku baca paper n sebagainya, kita memang patut bangga lahir kat Malaysia tau.. alhamdulillah Malaysia maju & aman.. sikit-sikit ada lah cerita pasal politik yang memualkan & dipenuhi dengan budaya fitnah & mcam-macam lagi karenah diorang nie.. kita ni rakyat biase rasa menyampah adalah.. rakyat pun 27 juta orang... tak ramai sgt, negara pun kecil je.. kalau negara besar mcm Indon ( 230 juta rakyat), Myanmar ( 50 juta), Thailand (70 juta), China ( 1.6 billion ).. tak tahu lah nasib macam mana, kalau setakat merdeka baru 50 tahun, nak capai tahap yang ada mcam negara kita sekarang ni,bukan senang tau.

Especially nak ubah mentaliti rakyat. Berapa ramai orang cakap “Malaysia have first class facility but the malaysian still have third class of thinking” cuba tengok United States of America ( 330 juta rakyat & merdeka tahun 1776), sebab tu lah diorang beratus kali ganda maju dari kita.. Cuma banyak perubahan yang patut kita buat bersama, especially attitude ( 100% faktor kejayaan ), masyarakat kita masih lagi kurang budaya membaca, mengkaji, cinta akan kebersihan, budaya menuntut ilmu.. yang banyak kita buat ambil budaya barat dari segi berpakaian & kehidupan sosial , sesuaikan dengan cuaca Malaysia & lupa akan agama & budaya masyrakat kita.. ishhh terlampau panjang utk dibincangkan..

Tapi tahun depan dah msuk tahun 3, xboleh dah nak jalan2 nie.. Fokus!!!!!

Short sem ni sekejap je, pastu nak gi praktikal sebulan dan sambung dengan revision utk comprehensive exam bulan 9 ni, lebih kurang exam ni nak tgok lyak ke tak ak amik kos ni.. takutnye!!! so short sem ni, mula bulan 5 nak kene mula dah... bila fikir balik, ishh rasa mcam dah terlambat la pulak, nak start awal dulu rasa mcam tak mampu je kan, lgpun bukan sikit subjek yang nak tanya, byak woiiiiiii!!!!!.. bila tgok smula silibus anat & physio, ishhhh teruknya anatomy ak, rasanya mcam tak beljar langsung especially muscles ni.. mentor2 ak diseluruh Malaysia cakap mati ak nak wat surgery kalau anat lemah... adoi!!!!!!. Physio pun lebih kurang je... knowledge setakat surface je... tanya lebih2 kompem tak leh jawab, nak relate2, kadang2 pening & xingat... berapa banyak yang ak tak tau ni!!!!!!.. kadang2 nak je slahkan system.. tapi tak boleh la pulak kan!!!!.. kat u kan kene byak beljar sendiri.. pensyarah pun byak lagi keje diorang.. nasib2.. first batch lebih kurng mcm guinea pig je,,, huhu.. ce sabar.. ce sabar.. yelah sbar la ni!!!! Ishh terlupa nak salahkan diri sendiri.. aku sendiri pun malas!!!!

Huhu... no komplen2.. aritu dah kene marah sbb ak kuat complain!!! Heheh... tapi xpe.. learn from mistake!!! Memang kadang2 ak kuat komplain especially education part.. sistem yang membentuk manusia!!! Kalo sistem longgar... produk pun longgar.. teringat ak pesan Prof Husni dari Cornell.. “ you must take serious about your education”.. nak tak nak kena amik serius jgak kan & kadang-kadang kene bising jgak.. sebab byak kesilapan yang dibuat disebabkan kelalaian & kurang kecekapan.. huhu.. mcam ko cekap je kan!!

Alhamdulillah, 4 Mei baru ni genaplah umur ak 21 tahun, fuhh remaja & muda & bergetah lagi tue.. haha kiranya kalau dah msuk 21 ni, orng kata kira nya matang lah yup.. sebab 21 ni dah boleh mengundi, pilihanraya dah nak dekat ni, still tak tau nak undi apa.. & belum lagi daftar mengundi... abah ak kata leh dftr kat pejabat pos, tgok2 lah nanti.. nak balik ngundi pulak jauh, mybe diorang boleh sponsor kot!!! SPR kan byak duit...btw, thanks pada semua yang wish & sama-sama celebrate, siap beri hadiah lagi... tapi setiap kali nk smbut besday, terasa phobia pulak kan.. mcam tahun lepas!!! Diculik & dicampak ke tepi pantai.. seram!!!.

Skrg pulak makin rmai kwan-kwan lelaki ak yg dh mula berpasangan & berbahagia.!!! Huhu.. Sume roomate pun dah berpunya & tinggal ak je la masih still lg dlm kelab single.. ahhah macam-macam kisah tgok org bercinta nie, tapi setakat tgok jela kan, xnak amik port sgat kan.. kdang tersilap amik port pun sush, kdang2 silap bagi nasht pun sush.. kene guna wisdom betul2.. wisdom @ kebijaksanaan ni bukan senang nak dapat.. kdang2 ada @ kdang lesap... Cuma pesan utk membe-membe & shabt lelaki ak.. ingat dalam al-quran sebut “ al-rijalu qauwammu ala nissa” mksudnya lelaki penguasa keatas wanita.. mksud penguasa ni boleh ditafsirkan dengan pelbgai mksud yg berdekatan, cth pelindung, pembimbing, penjaga.. jadi tanggunjwab seorang lelaki besar keatas wanita.. belajarlah dari kesilapan yang lalu, perbaiki diri & terus bermuhasabah.. lelaki kene tau yang diorang kene kuat berusaha, kuat beragama & kuat berkerja... mesti belajar untuk jadi bertanggungjawab, berilmu & sebagainya.. jadikan girlfriend anda-anda tu yang indah & cantik belaka-belaka tu as booster& catalyst for your succes in the world & hereafter.. Amin.. kalau sang suami@ lelaki berjaya dunia & akhirat.. InsyaAllah, dpat jugak tarik anak-anak & isteri ke syurga...betul ke tidak????.. akhirnya semua dapat kebahagian abadi... Amin..

Dalam banyak konsep kat dunia ni, ada satu yang aku tak suka.. iaitu konsep dominan.. aku memang tak suka.. tak kisah la ak dominan atau org lain yang lebih dominan atas ak, skrang ni kan dah zman maju & moden.. konsep yang patut ialah teamwork.. yang lagi tak suka, sebab memang ada individu yang pasang niat dalam hati yang dia nak jadi dominan lebih dari orang lain..hehe..kalau tak sedar yang dia ter’ dominan ‘ len la sikit kan.. konsep bos & pekerja lain tau ngan dominan ni.. ramai orang sekeliling kita ni berlagak pandai & menafikan kebolehan orang lain. Maybe kita tak jumpa lagi kelompok-kelompok mcm ni kat sekeliling kita sekarang, tapi get ready because you will meet them soon..tapi dominan ni sangat-sangat subjektif, hati-hati dalam membuat penilaian ye.. jangan pulak cepat menilai orang lain sampai suka-suka hati la pulak nak label orang ni.. use your wisdom carefully!!!

Yup,learn form mistake @ belajar dari kesilapan, aku rasa fasa umur kita 21-25 tahun ni masa utk kita utk berexperimentasi dengan kehidupan, so kalau ada buat sesuatu tu yang dirasakan silap tu, mengaku je & learn from it.. jangan ditegakkan benang yang basah, tak siapa lari dari kesilapan lagi-lagi time muda mcam ni.. darah muda katakan.. kadang-kadang silap menilai, silap memerhati & macam-macam silap lagi.. plus dengan kadang-kadang silap bagi nasihat..ada 3 mende besar masa umur 21-25 tahun , yang selalu jadi masalah kat kita iaitu academic, love and social life & satu golongan lagi yg tak tahu diorang ni ada mslah apa.. lebih kurng mcm ak ni lah kdang2 tak tahu ada mslah apa.. tiba-tiba sedih & tension.. arggh pelik ak ni.. ni malsh yang paling besar!!!! Ke ak ni komplikated??????...

+++ satu lagi!!! Saling ingat-mengingatkan, yg ni bagus, coz kita muda lgi & kurg pengalaman hidup, so rajin-rajinkanlah diri utk ingat-meningati, islam yang indah ini ajar kita utk ingt mengingati ok.. kdang-kdang banyak yang terlupa @ terlepas pandang ++ kadang-kadang agak susah utk tegur menegur di khalayak ramai.. tak semua leh terima mcam tue... so gunakan wisdom anda utk bagi nasihat yang terbaik & gunakn ruang @ metode d yg sempurna, tak bermaksud orang bersekolah agama je yg boleh bg nasihat agama.. yg pndai berflsfah je yg bleh bagi nasihat,... & mcm lagi2.. walaupun otak kita ada 100 billion neuron, kadang-kadang nak ingat 10 mende dalam satu masa pun tak mampu.. see we need each other.. percayalah ingat –mengingat membuatkan kita lebih baik.. byak yg kita terlepas pandang dlm kehidupan ini..

Sama jugak dengan ak. I need people to remind me in many things... acdemic, islam & social of life. So kalau ak yang lemah + hina + lupa diri ini. Tlonglah ingatkan ye!!! Msej ke @ anta kat fb ke @ call ke.. @ perli ke.. & macam2 lagi lah huhu...

+++ satu lagi !!! jangan mudah melebal & menggelarkan orang tu ye... jgn mudah bersangka buruk, sebab mudah sangka buruk, selalunya kita nnti asyik fikir yang buruk-buruk je pasal dia, sedangkan 1 je yang kurang cantik pasal dia yang lain-lain tue, 9 lagi cantik & menarik...jgan mudah nak wat kesimpulan pasal seseorang kalau tak pernah kenal dia.. huhu.. kadang-kadang muka je macam legend, tapi hati cute & tomey!!! Huhu.. muke je nmpk serius tapi hati dia ramah, kadang-kadang mulut dia je bising, tapi hati & jiwa ikhlas.. so, setiap kali buat pertimbangan, gunakan wisdom anda!!!!

Haha, tu lah coret kali ini, panjang kot & sori kalau ada yang tak jelas lagi clear.. kalau byak ayat yang budget best tu abaikan... ak bukan baik & pndai sgt utk nasihat org, tapi umur kan 21 tahun.. lama jgak tu, ade jgak pengalaman sendiri.. bnyak je wat silap & salah zaman dulu kala...

Salam sayang dari saya mohd farhan hanif.. sebarang isu boleh hantar ke email saya farhanhanifmohd@gmail.com @ dr_fhanif@yahoo.com @ ataupun sms saya ke 013-9081885 @ ym @ skype..haha..

No posting untill september..thanks for my blog reader, after 1 year, more than 2000 peoples read this blog. Tak kisah pun tak femes seantero Malaysia.. hhehe, ni bukan blog politik sampai ada pembaca 7 juta.. bukan kisah cinta utk ada pembaca berjuta-juta.. ni blog ntah ape-ape.. haha.. btw, thanks to everybody that give moral support to me.. i need financial support starting from this month!! So anybody have extramoney, tlong pas-pas la duit tu kat akaun Bank Islam ak ASAP !!!!!..

Farhan hanif

11.01 pg, 14 Mei 2011

Felda Jengka 19

Bandar Jengka, Temerloh

Sunday, May 1, 2011

sweet sour..


salam.. ape kabo semua?? sihat dop?? syukur hidup lagi kite nie ye smpai hari ini.. saat ni.. mati dok smstinye kene tue.. mude2 pun boleh mati... hrapnye dipnjangkan umur & dimurahkan rezeki utk kita semua... Amin

ak baru je smpai hari ini dari jengka, pahang.. balik umah, berehat utk krgkan stress.. kdang2 pelik gak dgn ak,, ushanya tak byak sgt pun, tapi stress lebih2.. hahhah ngarut2..


sempat pulok cti ni bce novel diatas.. haha, second novel cintan yg ak bce lepas bicara hati hahha.. bukan minat sgt pun ngan novel2 nie.. tapi kdang2 kalo bosan nok jugok bacenye.. tapi best betul novel nie.. tjuk dya sweet sour, novel ni kurg la ayat bungo2, tapi yg best wtak utme suke wat loya buruk.. haha.. bce novel cam ni ade bgus jgak especially utk boys... sbb kbnyakan novelist msti perempuan... so, wtak utme pun prempuan.. jrang watak laki.. tu la girls suke bce novel nie... yg bgusnye ak rse mne2 laki yg bce msti jd mkin romantik.. haaha.. sbb ape?? sbb dia boleh bljar byak mende pasal perempuan dlm novel nie.. mslah yg slalu blaku & mcm2 lagi lah.. kdng2 kita perlu bljar ksilpan bukn dari diri sendiri.. tapi kisah2 org lain disekeliling leh dijadikan pnduan utk hidup kite sme depan.. hahah... mcm cermah je ak nie,,,


politik


jom kita ckap pasal politik pulak k.. i'm not politician & bukan penganalisis politik & buakn jgak SET POL ( Setiuasha politik ) & bukan penyokong parti politik... hehe, so no taksub2 k.. ape pun saya nak gtau yang politik pntng sgt2.. sbb ianya menentukan mse depan negara & agama.. agama & politik xboleh nk diasingkan... sbgai umat islam kite msti apply islamiyyaha syariah.. xksah lah sama ada sebuah parti politik tu perjuangkan agama @ bangsa.. tapi jgn lari dari prinsip2 politik dlm agam islam.. duhai kwan2 sekalian, sya nk gtau yg politik ni pntng, nak pilih pemimpin ni sgt pntng.. nak lantik pemimpin ni pun pntng, jgn ingat yg politik org lelaki je yg kne amik tau.. wanita pun skali tau.. ingat tau!!!!!.. xksah mne parti politik pun yg anda nk sokong & undi..

ekonomi

saya nak gtau sal ekonomi pulak, nak gtau yg masyarakat melayu & beragama islam kita di Malaysia nie amatlah slow dlm bab ekonomi ni, pmbhgian kek ekonomi utk org kite pun rendah, setakat kuasai dalm 22 % je selepas 54 tahun kemerdekaan negara & msyrakt bumiputera malaysia ialah 70% iaitu majoriti penduduk Malaysia.. apepen paling pntng sikap org kita,, sikap org kita mcm sikap kita lah.. kurang serius & malas & kurang usaha.. ada yang dah berjaya & terus berjaya tapi rmai lg yg stkat setengah jalan.. mybe dlm fikiran kita, kite ingat cari duit xpntng, yg pntng akhirat sje kan?? smpai org ckp duit xleh bwak msuk kubur??.. tapi kalo xade duit nk beli kain kafan pun xboleh kan.. tu perumpamaan je k.. jgn marh2.

sya nk gtau jgak yg gomen skrg tgah push habis2 nak tukar dri negara pndpatan sederhana ke pendpatan tinggi.. dan pelaburan mlysia dgn negara besar dah smkin rancak.. cth : Malaysia top 1o pelabur terbesar di US.. & mcm2 lagi yg sya xlarat nak gtau & tulis disini.. gomen push & push utk cpai negara maju.. cume sya risau kalau kita & org kita xnak ambil peluang.. orang lain akan ambil!!!! tu yg sya nak gtau.
.

saya banyak lagi nk tulis bab ekonomi nie,, sya bukan economist... bukan penganalsis ekonomi.. & bukan menteri ekonomi... tapi sya pelajar Vet, vet ni under Ministry agriculture.. bdang pertanian ni lagilah byak cabaran & dugaan nya... huhu... nak jgak citer tapi len kali lah..


ok jumpe lagi... bz sikit 2-3 mnggu nie.. esok 2 mei-8 mei nak g Veterinary Research Institute,Ipoh.. Perak Turf Club ( Kelab Lumba Kuda) & Zoo Melaka & Pusat Ternakan Rusa JPV Lenggong, Perak.. bunyi macm best & gempak.. harap2 macm tulah.. ehhe.. fuhhh.. lame giler 7 hari trip, harapnye semuanya ok & diredhai olehNya.. Amin..

" bukan senang nak jadi manusia ni "