Friday, August 20, 2010

Salam Ramadan yang mulia…



Sudah berkurun lamanya ak tak update blog… peminat2 blog nie dah ramai yang merungut kata bila ak nak postkan something…. ( angkat bkul sendiri) … haha… katanya ramai yang minat penulisan ak… wawawa… xadelah.. sebenarnya perasaan malas tiba2 menghantui diri ini bab2 nak taip blog nie… tiba2 ak ada cerita yang bak disampaikan & dikongsikan.. huhu

Baru- baru ni aku cukup bertuah untuk berjumpa dengan orang biasa tetapi mempunyai hati & jiwa yang luar biasa. Kebetulan kami berborak sampai cerita hal-hal yang peribadi. Memang ak cukup kagum dengan dia… dia bukan orang tepi jalanan.. mempunyai kelulusan pengajian tinggi yang baik sehingga mendapat gelaran Dr.. gaya penampilan yg menampakkan ketokohan yang tinggi… masih muda.. ak anggarkan 33- 35 tahun… menantu seorang billionaire di Malaysia.. kelihatan seperti orang biasa- biasa sahaja… nah akhirnya barulah aku tahu dia seorang yang luar biasa.. dia seorang yang ramah & ak percaya ramai yang kenal dia akan mengatakan perkara yang sama…

macam2 yang dia cerita kat ak pasal hidup dia… dari air muka nya yang jernih ak percaya dia ikhlas menceritakan semua itu.. katanya ambilllah nasihat ibarat dari seorang ABANG kepada ADIKNYA.. first time masa dia nak mulakan cerita dia tue… dia kata ramai org yg akan cakap yg dia tolak kemajuan… tetapi dia ada alasan yang tersendiri dan dia percaya kepada yang maha esa….

Dia cerita kepada aku yang dia berhenti buat Master sebab nak utamakan keluarga…. Sebelum ni pun dia ada cerita kepada tentang Master yg di buat… dia kata kalau tak paham subjek gi lah jumpa dia… tapi ak malas la nk jumpa… hehe… Ak nmpak potensi yang hebat pada dia… wajah dia memang nmpak keintelektual yg tinggi.. dia berhenti buat master sebab dia tak nak tinggalkan anak dia… dia tak nak anak dia hidup tanpa kasih syang seorang bapa tatkala mereka melangkah menjadi dewasa… dia tak nak terkejar-kejarkan kuliah akademik sehingga tinggalkan family..

dia jgak cerita kat aku yang dia dah tak ada life dah sekarang… hidup dia hanya sebab fmily… anak2 dan ibu bapa dia shaja… keutamaan dia adlah anak2… ak rasa gaji dia mahal… lebih dari mampu… dia kasi tahu ak yang hampir kesemua duit dia spent untuk pendidikan anak2.. dia hantar anak dia kat sekolah agama swasta… dia nak keadaan paling kondusif untuk anak2 dia belajar… dia nak mereka jd anak2 yang soleh & solehah… ak pernah jumpa anak2 dia… kecik2 je semua… ak selalu je tanya dia .. Dr, macam mana dengan karrier Dr slpas nie??? Xnak continue mana2 ke???... Dia kata.. dia rasa cukup dah apa yang dia ada sekarang nie… dia nak stay dengan apa yang dia dah ada… dia kasi tahu aku yang sebelum umur dia 40 tahun… masa ada yang ada sebelum tue.. dia nak duk ngaji ilmu agama.. mantapkan jiwa… bersihkan rohani…dia kata dia malu pada Allah di akhirat nnti sebab ilmu fardu kifayah je dia mantap… ilmu fardu ain banyak yang terkial2…

Aku tanya lagi… Dr.. kenapa dr buat semua nie… saya rasa Dr ada peluang untuk dapat jwatan, pangkat, kedudukan akademik yang lg tinggi??? .. dia gtau ak yang dia rasa dia kene buat perkara utama lagi tue… dia nak belajar ilmu agama… nak bahagiakan isteri & anak2… dia cerita kat aku yang dia takut nnti di akhirat Allah swt Tanya apa yang dia dah lakukan?? Perkara2 asas cthnya sembahyang, menguruskan keluarga & ibubapa… dia nasihat kat aku.. apa guna kalau kita jadi professor, harta kaya bertimbun2… tetapi dihadapan Allah kita gagal… ya 3 kali dia ulang perkataan GAGAL kat ak..dia beri contoh individu yang terdekat dgn aku… betul ape yang dia ceritakan tue.… ak dengar buat2 senyap je… sebab ak diam & cuba faham mende yang dia maksudkan…

Dia nasihat ak lagi tentang erti kehidupan… jwapan yang ak cari selama ini.. dia terang kat ak erti seorang hamba kepada penciptanya… dia terang jgk tentang… rendah diri… ada satu perkara yang aku ingat yang dia terangkan pasal cinta dunia…. Dulu ak tak paham sngat apa itu cinta dunia… tetapi lepas dia terangkan kat ak… bru ak pham… dia kata kat ak … dngan rendah diri , dunia tak pernah melalaikan dia … harta dunia tak buatkan jiwa dia buat sehingga hari nie,,, bagi dia ujian yang paling besar ialah kekayaan… dia kata dia cukup malu & segan dgan bapa mertua dia… bapa mertua dia seorang professor kat kl… dah jd billionaire… pakai kereta ape??? Kenari je…. & byak lagi2 cth yang dia cerita kat ak… dia kata didikan & cara hidup keluarga dia & mertua mengubah hidup dia….

Banyak lagi mende yang dia cerita kat ak… tapi nak gtau semua tak larat la nak tulis… ak harap apa yang dia terangkan kat ak boleh membuatkan ak lebih dewasa & dpat pikir dengn baik.. ak tau & ak rasa & ak sedar yang ak tak lah sebaik dia… mungkin tak semua yang dia ajar kat aku, aku boley buat…. Apa yang aku tau semua mende nie boleh kita jadikan prinsip & pedoman di hari muka… yang kita semua tahu zaman akan semakin mencabar… iman akan semakin tergugat… jiwa akn semkin tidak tenteram… bukanlah niat ak nak peringtkan orang lain.. melainkan nak ingatkan diri yang smkin hnyut dibuai ombak laut… mungkin apabila terkena batu karang di lautan barulah ak akan tersedar dari lamunan… dan hari tu mungkin semua dah tak berguna lagi…

Yup.. Ramadan al- Mubarak kembali lagi…. Rasanya macam semalam je ramdan yang lepas… tgok2 dah masuk Ramadan yang baru… Ramadan bulan yang penuh dengan kemulian, keberkatan, keampunan & keredhaan… ak berdoa kepada Allah di bulan yang mulia ini… ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa kaum keluargaku, guru2 ku, rakan2 ku & semua muslimin & muslimat di dunia ini…

Ak meminta pada yang maha esa berilah ak kekuataan untuk menghdpi ujian yang telah maha esa beri pada ku… ujian yg sngt berat bagiku… ak rasa ak terpilih utk pikul ujian ini… ujian ini bagi ku amat berat sebab ia merentas batasan manusiawi… ujian ini hanya menampakkan kebaikan ak di hadapan orang… tetapi menutupi keburukan diri….

Bukan niat utk memburukkan kan diri sendiri… tetapi inilah rialiti… bukan fantasi… bukan juga kontroversi…jauh lagi ilusi….. hakikinya realiti… maha suci Allah yang telah menentukan perjalanan hidup hambanya.. mungkin semua ada hikmahnya… syukur pada Allah ,,,, ak mmpu bertahan sampai hari ni… tetapi ak tak tahu untk hari esok & lusa & seterusnya…. Semoga ak mampu mengatasi nya hingga ke hujung nyawaku… & rahsia ini kekal selamanya… dengan keizinan yang maha pencipta…. SALAM RAMADAN AL-MUBARAK…