Thursday, January 24, 2013

Semester 7 yg akan diingati.




Alhamdulillah semester 7 telah melabuh tirainya..
Genap 2 bulan blog ini tidak diupdatekan,

Semester 7

Perit untuk semester ni, bulan 9 dihabiskan dengan kesibukan menguruskan persatuan untuk bulan erakhir, mengemaskinikan organisasi kerana wujud ruang yg boleh diperbaiki lagi. Bulan 10 & 11, aku hilang focus, entahlah kelihatan tidak bermaya untuk hidup. Ada beberapa perkara yang aku decide untuk tidak berfikir tentangnya. Bila aku start memikirkannya, wow! it really make me stuck. Serabut kepala akan menyesakkan jiwa, melonggarkan hati untuk berfikir untuk menghasilkan fikiran yang waras. Waduh! Macam mana kok boleh jadi begini. 2 bulan selepas itu ( January 2013), I make decision not to think in deep in matter that can make me crazy, juz follow my path. I believe in Allah. Belajar pun jadi serabut, badan pun terasa letihnya, subjek sume terbengkalai, kalau buat test time ni, memang perit. Lepas midsem, baru sedar, wow byk yg tertinggal in academic world! Mcm mana nak mula ni? Ok no choice, start perlahan2.

Subjek paling menarik sem ni, pastinya Avian disease, dengan lecture superb, the most interesting part is going to Penang, to visit the broiler farm, do post mortem and the toughest part is to do lab work, it took long period of time! masa gi penang, makan free, gi beli jeruk then berhenti kat tasik banding then jalan2 kat seluruh pulau kat situ. It totally awesome..  tq Dr Tan for your hospitality & kindness! Belajar dengan Dr Jalila utk pet bird pun menarik!!
Satu lagi, ruminant service under dr rahman, aku rasa dlm seminggu ada jgk 3-4 kali pergi kat Bachok untuk ruminant case. Pergi 5.30 petang , biasanya sampai kat bilik pukul 8.30 @ 9.00 mlm. Especially kalo lepas tu ada group discussion. It really suck!. Balik2 badan letih.  Mandi,  bukak fb terus tido. Ruminant service make me close to village people, understand how they work, what they expect… it is good training for the junior politician to understand the rural people, so they understand how they make policy to help them in the future. Yang tersiratnya, seorang pensyarah yang berusia sanggup berhempas pulas, menggunakan kenderaan sendiri, membawa pelajar ke lapangan, hampir setiap hari dengan niat utk memberi pendedahan & hampir setiap hari pulang pada pukul 10.00 malam serta mempunyai rekod kesihatan yg boleh berulang di masa hadapan. They are really great teacher! They don’t have political agenda, they work for the future generation. kerana agama, bangsa & negara!

Final exam

Final exam start 30 disember sampai 10 januari, study week 1 minggu, wow, byk nak cover, yg paling susah pathology. Stress masa study week. Yg paling giler kentang, etika dengan marketing, 1 hari sebelum final baru nak bukak dan expect boleh dapat A. haha, subjek yg tak sangka membantu aku berfikir ialah etika tajuk hubungan agama & etika. 2 jam habiskan masa utk check setiap agama dan pandangan mereka. Aku check sejarah agama yang wujud kat dunia ni dekat Wikipedia, fahamkan sedikit sejarah agama2 ini & aku dapati Islam ialah yg terbaik, islam bukan hanya agama semata-mata ianya, lebih dari itu. Ianya membetulkan beberapa mindset dalm kepala aku ni yang tak berapa betul. Yup, ada bezanya org yang bermoral dan beragama, org yang beragama mesti bermoral.. yg bermoral tidak pasti beragama. Byak lagi yg sempat terlintas di fikiran pasal moral ni. Tapi tak mampu nak coretkan disini. Alhamdulilah knowledge baru especially yg bahagian agama ni. Kadang2 org kita selalu keliru, bila tengok perempuan tak pakai tudung sikit? Suka-suka hati ckp itu penghuni neraka.. kutuk & hina suka-suka hati je. Manusia-manusia tak pernah nak mendoakan yg 
lebih baik, menghina lagi la..

Cuti

Habis cuti terus gerak ke Kuala Lumpur naik Air Asia (now everyone can fly). gi rumah intan. Buat muka tak malu, makan sebanyak mungkin, sbb apa? Takut lauk yg dimasak tak habis nak membazir, hehe. Tq byak2 pada intan & fmily, they are so kind. They teach me values.. I will remember it fr long time.. first, gi jalan dekat Wangsa Walk. Jalan2 tengok ape2 yg best, malam sabtu tu gi tengok move life of pi. Wow, it awesome & fantastic movie. Ceritanya simple mudah nak fham, teach about value. survivality!

Hari ahad kitaorg (aku, akmal & intan), bejalan sakan, dari pagi sampai malam. Naik LRT. First tempat kita org gi:
·     
Muzium Negara.
      Masyarakat kita belum lagi bersedia menerima budaya mencintai sejarah negara seperti negara maju. jadi, kitaorg memecahkan tradisi utk melihat dari sudut pandangan yg berbeza. First time aku sampai, secara keseluruhannya ok. Aku nak berikan sedikit kritikan sosial kat sini. Ada 4 bahagain iatu, zaman purba, zaman kesultanan melayu, zaman penjajahan dan zaman Malaysia kini. Yang bahagian pertama je menarik pasal zaman purba di Malaysia. yg bahagian lain kurang isi, persoalannya?.. bagaimana muzium negara saiznya kecik?.. kurang artifak?.. Mana kebanggan yg kita nak tunjukkan kepada org luar yg pasti akan melawat sejarah negara ni?. Sbb muzium negara tempat wajib lawat di Malaysia dalam kalangan pelancong asing. Sorila byk isinya kosong. Tak mewujudkan kebanggaan langsung terutama  kat bahagian kesultanan melayu lama, kerana hakikatnya banyak yg boleh ditonjolkan utk membangkitkan kebanggan utk generasi muda. Because Muzium Negara is referred museum> then people expect more?. Kitaorang dah daftar jadi sahabat muzium hehe.
·   
 Planetarium Negara: kali ke dua aku dtg, tempat yg bgus utk adik2 aku, memahami sains. Keseluruhannya ok. Menara peninjau sgt best! Jap satu lagi ada pameran pasal angkasawan negara.  Byk gambar pasal kajian diorang kat sana. Yg ni aku suka baca!  I remember last time, I bought book about the Malaysian Astronaut, but still not finished yet, now I need to read it again! Good job Agensi Angkasa Negara. Tq to Prof. Dr Mazlan Othman.
·      Muzium Polis; bila pergi muzium, aku bukan rajin sgt nak baca semua yg diorg tulis, setakat tengok gambar atau tengok video, tapi kat muzium ni banyak giler la artifak, banyak gila gambar, bgus2, anak2 polis wajib gi tempat ni. Sekejap je kat sini, masuk pun free, pastu kitaorg blah la. Polis dah. Lepas ni muzium tentera darat pulak.. kat Port Dickson, dengar cerita best.  
·  
 Muzium Kesenian Islam; aku terdetik nak pergi muzium ni bila ak belik2 biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebab muzim ni bwah Yayasan Al-Bukhary,, muzim mempamerkan artifak kesenian islam dari seluruh dunia, cantik sangat, besar, banyak giler artifak, ramai org. tiket pun murah 6 ringgit je. Tak larat nak baca semua + kaki dah mula lenguh. Dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir 1997 ( kalo tak silap). Muzium ni terkenal dalam dunia islam, because of ‘world standard’. Hebat!. Digalakkan untuk pergi, belakang dia bangunan Yayasan Al-Bukhary, wow! besar nya, bangunan pun cantik. Senang je nak cari muzium ni dekat Masjid Negara.
· 
 Masjid Negara:  sampai2 terus gi kat makam pahlawan. Sedekahkan alfatihah semoga Allah mengampuni jasa2 pemimpin negara. First time sampai, ada 4 makam utama iaitu untuk Allahyarham Tun Razak, Tun Gaffar Baba, Tun Dr Ismail & Tun Hussien Onn. Kat luar ada makam untuk Tun Syed Nasir, Tan Sri Ghazali Hamzah dan lain-lain. Then, solat jamak di Masjid Negara. Allahuakbar.
·     Menuju kat kompleks Keretapi Tanah Melayu (KTM), bangunan kolonial memang cantik, masa ni rasa mcm dah nak tercabut lutut ni, letih sangat!. Pastu gi KL Sentral, kemudian pergi ke Pasar Seni, kemudian pergi Petaling Street. Sempat beli beg sandang yg kecik, senang sikit bila nk gi jalan jauh.. semua dlam beg kecik je.. pastu gi jalan2 kat Central market. Semua tempat ni first time aku gi tau. Ak kan orang kampung.. hehe. Then, we decide to go back after 12 hours berjalan & tak makan apa2 kecuali breakfast je pagi td.
·       Sampai umah, makan dinner & celebrate anniversary parents intan, makan besar kemudian tidor, esok nak bergerak pulag ke tempat asal-usul masing2.. naik bas 11.30 pagi, sampai kat rumah jengka 19 pukul 2.00 petang… tak sangka 2 jam 30 minit je KL dari tempat ak ni.. dekat wooo….. haha. Lawatan kali ni bersejarah sikit, kalau tak dulu pergi shopping je, sbb skrg tak duit, so kena tukar la modus operandi lah jawabnya..

Bercuti di rumah..

Alhamdulillah sampai kat rumah isnin, pukul 2.30 ptg. Seronok sgt bila balik rumah, rumah lah tempat yg paling secure kat dunia. Kenyang perut duk umah, balik umk. Lapar je, xade apa nak makan, nak masak malas, nak gi kedai, duit tak ada ( bunyi mcm mengeluh) haha. Dok umah, tak wat apa pun, makan durian, rambutan, tgok tv, bermesra, borak2… byk masa spent tgok movie yg tak pernah sempat abis kat UMK. Selain tu, baca buku selain dari bidang vet ni kat rumah.. alhamdulillah, sekarang ni boleh habiskan 3 buku dalam sehari ( below than 250 pages for every 6 hour).

 Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary

Buku ni dalam 260 pages sahaja, biar aku ringkaskan disini, beliau dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kedah & Johor, berketurunan Arab – Pakistan, tidak mempunyai kelulusan akademik yg tinggi, setakat habis di sekolah menegah, berkahwin pada usia 42 tahun. Top 10 billionair di Malaysia, Melayu yang paling kaya & mcm2 lagi, hebat!! Alhamdulillah, byk strategi & kata-kata hikmah yg boleh belajar dari Syed Mokhtar. Alhamdullilah. Until now (17/1), dah habis baca buku top Malay leader (Dr M) and Malay Billionaire (Syed M). They have many positive attitude, harap-harapnya nilai positif diorang ni, mengalir dalam generasi muda sekarang terutama anak bangsa ku sekalian. Apa sumbangan kita untuk negara & masyarakat?.. sama2 boleh fikirkan. Siapa-siapa yg nak pinjam, marilah  jumpa dengan aku.

Tahun Baru..
 
Selamat tahun baru 2013, umur pun dah masuk 23 tahun. Semakin kealam dewasa yg penuh dengan ranjau. Alhamdulillah ada sedikit kematangan pada diri ini & orang- orang  disekeliling. Semuanya mula berfikir tentang masa depan. Azam tahun ni untuk lebih bahagia, mempraktiskan agama dengan lebih baik & belajar dengan lebih fokus!! Semoga setahun setengah ini dipermudahkan walaupun ak tau cabarannya tak semudah itu!! Good luck utk semua.

Budaya berfikir
Yup, aku dapati budaya berfikir kurang dalam masyarakat termasuk aku ni, terima segala maklumat bulat2, tanpa merujuk kepada sumber yg berauthoriti, google ke & sebagainya. Golongan pelajar tidak berlatih utk berfikir, hanya digalakkan untuk menghafal, jadilah common sense pun byk yg tak tahu. Berfikir & bertanya budaya yang baik. Digalakkan.

Sensitive?
Paan sensitive? Haha, ada ckp aku sensitif, yela nak merajuk jugak kadang- kadang, mana tau ada yg nak pujuk.
K la setakat ni sahaja ye. Moga berjumpa lagi. Tak tau bila nak update lagi. Semoga dalam rahmatNya.. Salam Maulidurrasul.. Allahuakbar!!
#Pilihanraya tak lama lagi dah.. nanti demam pilihanraya pulak!!

Monday, November 5, 2012

terkini



Salam kepada semua pembaca blog yang bersarang ni.. ( ada ke yang baca? Haha.. satu persoalan, yang tahu jawapannya, tak ada ), aku nak coretkan sikit pengalaman 2-3 bulan ni. 

Praktikal penang

Lepas raya terus gerak pergi Penang untuk praktikal, kat area Ayer Hitam, stay kat Bayan Lepas, rumah keluarga Hezry # tq hezry & family, setiap pagi gerak pukul 7 pagi balik malam biasanya sampai pukul 8.30 – 9.00 malam sebab jalan jem. Praktikal yang paling best, banyak membuka minda sebab Doctor yg in-charge kitaorang (aku, daus, ban) banyak ceramah kami aka bebelan yang sangat panjang * at least 2 hours setiap hari. (kadang-kadang bosan & meletihkan, haha). Banyak pengajaran kehidupan yang boleh dipelajari, byak ruang lingkup selain dari vet yg sempat belajar. Really!! It fantastic. Dia       (Dr Goh) sempat bawak kami pergi jalan kampong dia kat Bandar Kuale kangsor.. pusing2 bandar diraja aka jadi tour guide tunjuk istana iskandariah, mckk, masjid ubaidiah, pokok getah pertama di Tanah Melayu..  yang paling best makan laksa kuala kangsar dan cendol yang sgt sedap kat tepi sungai sayong. Byak la sejarah diraja perak yg sempat teman belajor aritu.

Sebelum balik umk, gerak gi Alor Star umah atok Ban. Tepi bendang. Cantik! Setiap kali tengok sawah padi, mesti aku teringat novel yg aku baca masa sekolah rendah dulu. Sawah padi, anak desa, membesar dengan susah payah dan berjaya dalam kareer dan kehidupan. Dulu nenek aku pun buat sawah padi, pastu ikut gi kilang mesin padi. Tengok mcm mana beras dihasilkan. Kalau ada rezeki ak, nak beli tanah kawasan sawah padi, pastu buat rumah, cantik kan!! Sweet sgt.. ( kesan tengok movie Ombak rindu ngan Cun). Nnti aku kena cari novel yg aku baca masa darjah 5 @ 6 dulu. Sgat2 nostalgik gitu. Kalau kat Jepun, even raja diorang pun bercucuk tanam padi kat belakang istana dan hasilkan beras raja untuk vvip yang lawat maharaja jepun. Actually, ni fist time aku datang Kedah. ni la pertama kali cheq maqhi Kedah ni. Even penang pun kali ke-2, dan aku sangat excited sebenarnya, aku suka berjalan, sebab jauh berjalan, luas pemandangan dan semakin banyak hikmah dan pengajaran! Pasti! Terima kasih Tuhan atas nikmat kehidupan dan persahabatan!

 # tq sgt kat family hezry dan ban yg byak penuhkan perutku sepanjang praktikal ni dan bawak pergi jalan-jalan. Memori ni akan dibawa sampai bila-bila.
# praktikal ni, aku berjaya habiskan buku Memoir Doctor in the House. Hasil nukilan Dr M. sangat2 berguna untuk aku di masa depan, seorang negarawan yang jujur untuk melihat bangsa, agama dan negara nya , maju di masa hadapan. Beliau berhempas pulas untuk memajukan dan mempopularkan Malaysia, demi memartabatkan agama dan bangsa.  Jasa Tun kepada negara sangat besar. Kepada Allah ku mohon , agar Tun dipanjangkan umur dan dipermudahkan kehidupan di akhirat sana. Amin.dan sebagai seorang manusia biasa, beliau tidak lari dari kesilapan dan kelemahan.   

Semester 7

Semester 7 bermula dengan rasminya 9 september dan tahun ke -4 menjelma. First week presentation utk latihan industri dan minggu selepas itu, start dengan kuliah. Dan semestinya bulan 9 penting bagi aku, sebab last month sebagai presiden vetsa. Sangat membebanku bagi aku. Tapi aku bersyukur sangat sepanjang setahun aku banyak sangat belajar untuk manage organisasi dan semestinya manage diri sendiri dengan bantuan kawan-kawan yang lain. Aku harap yg aku dah buat yang terbaik mengikut kemampuan yang ada batasnya ini. Sibuk-sibuk dengan nak hiaskan bilik vetsa dengan atiqah, akmal dan budak sdv 4 yang lain. Dan hari last aku sebagai presiden vetsa, aku berjaya siapkan Laporan Tahunan vetsa 2012. Malam tu AGM Vetsa dan aku berjaya siapkan kerja aku 100%. Yang jelas mesti banyak kelemahan sepanjang aku uruskan. Kepada Allah ku mohon keampunan dan iradatNya. Amin

Dan tahun ni, kami sdv4 diberi tanggungjawab untuk uruskan minggu orintasi untuk pelajar sdv 1 dan aku kena uruskan LDK. Aku suka je menda2 mcm ni, dulu ak pernah jadi ketua minggu suai kenal pelajar matrikulasi bahagian ldk. So dah biasa , cuma masuk UMK, dah lupa kerja-kerja mcm ni.

Sekarang ni dah masuk minggu ke 7 semster 1 2012/2013. Aku masih lagi slow mcm ni, banyak main, nota tak baca, baca uruskan mende yang ngarut-ngarut ditambah dengan kemalasan tahap tertinggi. Ada beberapa perkara yang kena rancang hati-hati supaya semuanya okey. Sekarang ni aku sibuk mengejar perkara lain, sampai focus untuk akademik pun lari. Biasalah, kalau nak capai sesuatu, byak mende nak dikorbankan. Tapi yang penting tetap penting. Belajrlah beri keutamaan * pesan untuk diri sendiri.

Kadang-kadang aku rasa kesunyian dan aku pun mula berfikir, dan tiada jawapan untuk kesunyian ini. Hakikatnya aku dah jauh berubah, dah jauh menyimpang dari kehidupan yang aku inginkan, banyak asas-asas kehidupan yang dibina bertahun-tahun dah diruntuh oleh tangan sendiri. Alasan mengejar kemodenan dan kedunian, mengisi setiap sel darah dengan diri ni. Sibuk merancang untuk dunia, hakikatnya lupa untuk merancang kehidupan yang jauh lebih panjang dan abadi. Belajar lah menerima takdir dan rezeki yang ditentukan oleh Tuhan. Realitinya Tuhan sudah tentukan yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Teringat aku masa kelas etika, Dr NorHisham ada sebut pasal berkat. Masuk berkat ialah sumber yg sedikit tapi besar nikmatnya. Kepada tuhan aku mohon keampunan dan keberkatan untuk kehidupan. Tunjukkanlah aku kejalan yang engkau redai dan kasihanilah aku kerana aku hamba yang lemah iman dan jiwa. Amin.

Midsem.

Lepas raya aidiladha ni, balik umk untuk sambung kelas untuk 2 minggu lepas tu midsem. Ada sahabat yang nak mendirikan rumah tangga 10/11 November ni. Kepada Allah, ku doakan agar dipermudahkan perjalanan perkahwinan ini demi sahabatku menjadi hambaNya yg soleh dan solehah dan pengikut terbaik kepada junjungan besar Nabi Muhammad.
Semestinya, lepas seorang yg mula nikah, pasti ramai yang menyusul kerana hakikatnya pernikahan jua ialah sebahagian dari kehidupan. Tinggalah aku jelah yang single (hehe), menunggu kalau ada yg sudi melamar. Aku ni pemalu besar orangnya. Rupa tiada, harta lagilah, tak romantic dan lain-lain.. haha. Dan aku percaya rezeki, jodoh dan ketentuan semuanya datang dariNya. Dan aku percaya dengan jelas, kita kena berusaha mencari rezeki, jodoh dan kehidupan yang baik. Kerana berusaha itu tanggungjawab hakiki seorang manusia.

Cat walk 2012

Aku sempat join cat walk * citizen action for tigers kat Taman Negara Merapoh Pahang selama 2 hari dengan 12 orang member2 yang lain. Kira best jugak lah aktiviti. Yg best byk idea baru untuk aktiviti aku dimasa depan dengan izinNya. Fasilitator yg jaga kitaorg pun best2 semua, kak halene, cik arif dengan mr ash. Mereka ini banyak terlibat dengan aktiviti lasak. Harapnya byk lagi peluang untuk aku join aktiviti- aktiviti lasak lepas ni, ada jugak kenangan dalam hidup ni. Tak nak lah skema and static sangat. Ingat beri keutamaan! Huhu.

23 tahun.

Tahun depan 2013, usia pun menginjak ke 23 tahun. Besar tu. Usia melambangkan kematangan. Mungkin usia aku nampak matang ( ramai org kata,sebab aku nmpk tua) haha.. tapi pemikiran aku tak sampai tahap tu lagi. insyaAllah aku akan berusaha kearah itu. Ya Allah permudahkan.

Aidiladha 2012

Dan 2 hari sebelum balik jengka, aku teringat dah 3 tahun aku tak balik umah raya aji.. sebab excited sgt semua org ak cerita haha, aku sambut raya korban kat Kemboja (2009), aku join program korban vetsa (2010) dan aku raya kat UMK (2011). So tahun ni, aku balik sebab nak sambut dengan family dan nak jumpa dengan anak sedara aku.. Fayyad .

Sempena Aidiladha ni, aku nk ucapkan selamat menyambut hari raya korban. Semoga sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail kekal dalam ingatan, disamping mengamalkan pengajaran daripada kisah ini. Semua orang kena berkorban dalam kehidupan ini, untuk mencapai sesuatu. Mohon maaf kalau ada kesilapan sepanjang perkenalan dan persahabatan ini.

Setakat ini  sahajalah untuk posting kali ini.
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Salam sayang dari Farhan Hanif, 9.05 pm 25 / 10/ 2012

Sunday, August 5, 2012

bersawang blogku

bersawang sekejap blog ni..
salam semua, semoga anda dlam rahmat Allah di bulan ramadan yg mulia ini.

alhamdulillah, tamat dah short sem tahun 3, berakhir tahun akademik 2012/2013. syukur rasanya. 

kepenatan sgt utk short sem kali ni.. cerita ringkas kat short sem tahun ni.

Gunung Tebu

alhamdulillah, impian aku nak naik g.tebu tercapai jgak, sebagai organiser utk prgram rekreasi mcm ni first time utk ak.byk belajar benda baru wo, kitaorg gerak 9.50 malam, alhamdulillah selamat sampai di puncak dlm pukul 5.30 pagi. ak rasa mcm nak mati sepanjang mendaki, seriusly, nasib baik jalan sikit berhenti, orang yg krg stamina mcm ak ni, mana la nak larat, harap kat mental jela. huhu, sepanjang perjalanan rasa nyesal pun ada.. aku terfikir apa ke faedah nya naik gunung ni. letih wooo.. tapi bila capai kat puncak, rasa bangga pun ada, first time dlm hidup ak panjat gunung.. aku ingat lagi masa first year dulu ( 2009) ada planning nak naik g.tahan, nasib baik la tak jadi, baru ak tahu yg g.tahan ni yg paling mencabar kat malaysia.. kalau aku bwak budak ak, aku tak tahu la pe yg bakal terjadi masa dulu2. now, i'm realised that training is important for activities like this!! kat sana kitaorg tak pergi melawat mana-mana taman pun, budak2 aku semua letih n malas.. haha. actually aku pun tak larat, mcm nak tercabut kepala lutut ni.. bila turun, baru boleh nmpak trek yg ak naik mlm td.. woittt!! mcm mana ak boleh naik. mcm tak caya,, haha

ko nak mendaki lagi?
aku tak menyesal utk aktiviti mcm ni, hehe, tapi aku rasa tak mampu la nak jadikan hobi, insyaAllah kalau ada rezeki nak gi gunung lain pulak, kalau ada peluang, utk masa terdekat tak terfikir lagi, kalo org lain organize mybe ak gi la, ne tau lepas ni ada peluang utk gunung stong, gunung ledang cari tuan puteri ke, gunung tahan n lastly gunung kinabalu. kalo kat rumah ak jengka tue, gunung senyum biasalah, tapi tak pernah naik pun..menjelajah g.senyum dah byak kali tau, mybe 3-4 kali. smpai aku rasa ak leh jadi guide kalo nak bwak sape2 lwat g.senyum. siap boleh explain sekali sejarah2 setiap gua yg ada.. haha. poyo!. tapi ni cerita benar. 

kalo ada rezeki ak, ak nak wat aktivti lain pulak mcm water rafting ke.. kayaking ke.. snorkelling aku dah buat kat pulau perhentian tapi tak puas haha cuma aku tak larat jadi organiser, cukuplah letih sgt, bagi org lain la, 
ada 2 tahun lagi peluang ak nak wat bende baru, masa zaman u ni la nk wat aktiviti2 yg seronok2 ye adik2 junior, kalo dah habis belajar busy dgn kerja pulak.

# ada lagi 3-4 program vetsa yg lain, aku & ajk tertinggi yg lain kena monitor & pastikan berjalan lancar, kesian pulak kat junior, kdng2 ak ada salah bagi cara nak selesaikan problem la, huhu. sebab bercampur-campur dlm kepala aku ni.
# majlis menteri dgn UMK, ak dgn 7 org yg lain kena jadi spoke person masa menteri lawat fakulti, kena explain depan diorang, tiba2 dr azam panggil ak sebagai presiden utk serahkan baner MOu pada Tan Sri Francis Lau, depan menteri haha, jarang2 ak dpt pnglman mcm ni, yg lagi best, dr sandie ada bg souviner yg comel kat kami, seriusly ak terharu dgn dia,, 
# iftar perdana vetsa kat dewan terbuka umk, 2 ogos pun menarik bagi aku, masak ramai2, seronok woo, lepas tu bukak puasa same2, masa solat magrib hujan rahmat mencurah2, masa tu perasan aku tak tahu nak cakp la, syukur sgt, dapat berdiri sama2 solat utk sembah Allah. inilah nikmat jemaah, solat terawih diimamkan oleh qari dari iraq, prof imad,, huhu.. 
# puasa mcm tahun2 sebelum ni, ada kala bukak dekat masjid assalam, kat surau umk, kat bilik, kat restroren n latest kat kfc huhu,,
# ni semua pengalaman2 best ak tuk short sem ni, mybe bagi org lain bese2 je, tapi budak kg mcm ak ni sume best dlm hidup ni!!!!!! ehhe

---------------------------------------------------------------------------------------------
# lepas iftar perdana vetsa, hep umk umumkan yg kitaorg kena pindah kat pangsapuri seri kemumin semester depan, aku tak tahu cabaran apa utk semester depan. 
# result sem lepas dah keluar > alhamdulillah, bersyukur tak terhingga kepadaNya, ada rezeki tahun ni nak dpt yg lebih baik, semoga semester depan lebih baik & lebih baik , tq tak terhingga pada team study mate ak.. ain ali, laili rachman n ban cop dan lain -lain ats support yg baik. syukur ada teman2 yg baik
# sekarng ni, ak tgah baca satu travelog dr zaharudin abd rahman, jangan berhenti berlari, korang kena beli, terbaik buku ni, aku boleh cakaplah. byak benda baru yg dia kongsikan utk flsafah kehidupan aku & korang yg muda-muda ni. 
# sekarng ni, aku tengah terkial-kial memikirkan masa depan, apa nasib aku lepas ni, lepas baca buku kat atas dpt la sikit panduan.. " serve your society & serve your nation " 2 tahun lagi woo ak nak grade, baru2 ni pun dr tan chin gap, byk kongsi pasal career dgn aku,, alhamdulillah ada sedikit pencerahan, 
# semester depan msuk sem 7, tahun 4,  subjek yg ditawarkan penyakit anjing kucing, penyakit ayam, penyakit ruminant, pathology 3, prinspi pemasaran dan subjek etika profesional,, mencabar betul sem depan, harapnya dipermudahkan olehNya..

-----------------------------------------------------------------------------------------------
# aku masuk praktikal tahun ni lambat sikit, seriusly lega start lepas raya, walaupun ak tau kena ganti/habis lewat sikit, at least ak ada masa nak stay kat rumah, bersama keluarga, ak rasa duk umk, mcm study kat oversea, susah sgt nak balik,, haha.. tahun ni kat penang, aku tak tahu cabaran apa yg menanti.. ada masa free before raya tu g la study ye paan * cakap je haha
# baru-baru ni ak dpt anak sedare laki, cucu sulong keluarga kami,, Muhamad Areyad Amsyar bin Mohd Faisal, ak tak sempat jumpa lagi. pak de doakan kamu jadi anak soleh & bijak ok.. huhu..

# ok ni jadual pergerakan aku utk raya & praktikal tahun ni.. what i need to do!!

6 ogos -  balik rumah jengka
19/20 ogos - raya aidilfitri
22 ogos- start praktikal kat angsana klinik
10/11 september - abis praktikal * lambat sikit, org lain 7 septmbr
16 sept - kuliah start
18/19 - last meeting vetsa
20,21, 22 sep - orientasi junior sdv 1
27 sept - AGM vetsa. 
*nak kena siapkan buku laporan vetsa, nasib baek s/u vetsa sgt bgus orgnya!
---------------------------------------------------------------------------------------------

# aku nk amik kesempatan ni sempena ramadan dan aidilfitri, aku nak mohon maaf ats slah n silap, aku ni org biasa je, jadi dosa tu pun byak, Salam Aidilfitri utk sahabat, kawan, teman dan lawan..
# aku kena tulis pnjng, ak xade bordband.. i pad lagi la,, 
# aku bersyukur dengan apa yg aku ada, terima kasih Allah atas nikmatmu, setiap ujian ketentuan dariNya
# biarlah la letih kat dunia ni, janji senang kat akhirat sana..
# sabarlah wahai jiwa, dunia ni hanya sementara sahaja..
# Maha suci Allah, ampunilah dosa hambaMu ni,

Friday, July 20, 2012

puisi kembara ku

[Puisi Kembaraku]

Aku ini manusia,

penuh cacat dan cela,
jika manusia ingin mencari itu,
mereka pasti menjumpainya.

Adakala dirundung sedih,

maka aku berjalan dengan silap,
...
kadang dikelabui amarah,
maka aku berakhlak dengan salah.


Pernah satu waktu,

kala aku menimbang dosa-dosa,

hati berkata:

"Mari kita tidak lagi mengembara."

Berhenti sahaja,

dan tidak berbuat apa-apa.


Namun jiwa dan akal membantah,

"Pendosa macam kita yang patutnya lebih banyak bekerja!"

menebus dosa-dosa,

dengan amal dan kerja.


Maka kembara kuteruskan,

berjalan dan berjalan,

bukan tidak lagi melakukan kesilapan,

tetapi semakin hari semakin meneguk kematangan.


Aku manusia,

penuh cacat dan celanya,

jika manusia ingin mencari,

mereka pasti bertemu dengannya.


Tetapi itu tidak akan menghentikan aku,

aku silap aku minta maaf,

tetapi itu tidak akan sesekali mendiamkan aku.


Aku akan terus bergerak maju,

ke depan dan terus,

sambil memperbaiki diri dan kalbu,

biar nanti punya cerita untuk dikisahkan di hadapan Tuhanku

# puisi ni bukan aku tulis, ambil dari Hilal Asyraf official page.
# salam ramadhan kareem. 
# alhamdulillah syukur atas nikmat Allah, walaupun aku terus melakukan noda.. ada kemudahan yg tuhan berikan utk menyuluh kehidupan!!.. 
# tinggal 2 je lagi projek akhir vetsa.. majlis buka puasa & orientasi vetsa bulan 9 nanti.. lepas tu tamat sudah tanggungjawab yg diamanahkan.. bebannya terasa, tq Allah atas segala kemudahan & bantuan..