Salam
Alhamdullilah, bersyukur atas nikmat
yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Selawat dan Salam Buat junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Wow, dah lama tak post kat sini,
blogger-blogger lain pun dah tak berminat untuk posting masing-masing,
barangkali mereka sibuk dengan urusan termasuklah aku sekali. Huhu.
Final exam
Alhamdulillah, final exam dah berlalu,
dan kali ini yang paling sempoi bagi aku, banyak tak sempat study dan perasaan
malas yang amat menebal. Semester ni tak ada expect lebih mana pun, ditambah
dengan tekanan-tekanan kecil sepanjang semester yang memberi impak tanpa
disedari. inshaAllah kalau ada rezeki, dapat result yang lebih baik. Selebihnya
diserahkan padaNya. Andai sebaliknya, kepada tuhan kami berserah.
Jalan-jalan kuching
Lepas abis final exam, stay kat hostel
untuk 5 hari, setelkan sedikit sebanyak kerja yang tak pernah habis tu dan hari
rabu, 15 January, aku, akmal, ban ngan daus bergerak ke Kuching Sarawak. Kali
ke 2, aku ke kuching selepas 2008 yang lalu. Kali ni dengan member2 seangkatan.
Travel kali ni ala backpacker dengan budget yang ciput kata orang. Tempat
tinggal dah save sebab tumpang dengan junior (goh & manggie), hanya sewa
kereta dan pusing-pusing Kuching untuk 4 hari. Senarai tempat yang kita orang
pergi :
-
Kuching
waterfront
-
Mira
Cake Lapis
-
Kampung
Budaya
-
Gunung
Santubong
-
Pasar
Sarikin
-
Kota
Samarahan (jalan-jalan umah senior, Sawak)
-
Kubah
Ria & Pasar Satok
-
Friendship
Park
# paling best naik gunung santubong,
gunung ke -2 yang berjaya kudaki. Boleh tahan extreme jugak la. Naik 3 jam,
turun 1jam setengah, dengan cuaca yang mendung, hujan dan kabus tebal di
kawasan puncak. Dengan bantuanNya, kami sampai di puncak. Aku dah berazam nak
naik 10 gunung sebelum umur 30 tahun.. huhu moga-moga tercapai. AMin maybe kene
list la senarai gunung yang perlu naik. So setakat ni dah 2, Gunung Tebu
(Terengganu) & Gunung Santubong (Sarawak). Aku ingat aku kene topupkan
stamina aku sikit.. kena banyak exercise.. dengan perut buncitnya.. oh My.. next
maybe Gunung Angsa, Gunung Ledang, Gunung Kinabalu, Gunung Tahan….
# ke dua yang terbaik pergi Samarahan,
rumah Sawak, senior yang ni sebab makan best dan banyak dengan resepi lauk pauk
macam sayur midin, terung dayak, ikan. Keluarga diorang sangatlah mesra dan
layan kami dengan baik, dengan makanan yang tak putus-putus. Selain sawak yang
semanagat bawak pergi jalan-jalan.. tengok Feri. terbaik!!
Semester 10..
Semester depan merupakan semester
akhir aku di UMK. inshaAllah. 4 bulan yang padat dan bakal memberikan stress
yang melampau andai tidak diuruskan dengan baik. Takut!
i)
Final
year project: tajuk aku retrospective study of pulmonary lesion in small
ruminants, tajuk yang nampak simple, tapi dikatakan half of master study,
bayangkan.. harap-harap lah keinginan nak belajar baca slide histopath tercapai
dan dimudahkan yang Esa.. bukan mudah. Aku rasa sebulan baru boleh setel, kalau
macam ni.
ii)
External
exam – MVC nak datang UMK, nak menilai budak vet UMK kompeten ke tidak. Ini
satu hal, kene ready dan prepare molek2. Boleh terjejas satu batch dengan
lecturer yang expect tinggi.
iii)
Rotation
– yang ni aku tak nak cakap lebih. Boleh
trauma dibuatnya.. lagi-lagi semester akhir. Ada kene libas ngan marah
cukup-cukup dengan clinician.. (mentally traumatized)
iv)
Clinical
conference- this one kena ready awal, jangan last-last minute baru nak buat
v)
Comprehensive
exam – yang ni kemuncak untuk 5 tahun.. bukan senang bro.. ni menentukan
segala-galanya, layak atau tidak untuk menjadi doctor veterinary.. moga-moga
dipermudahkan. Kena banyak buat group study nampaknya..
Tarikh akhir @ last day dijangka 5
June 2014… lepas tu habis lah degree aku kat UMK ni.. mudah-mudahan, lepas tu
banyak kena plan
i)
Career
pathway
ii)
Family
matter
iii)
Life
– kahwin, asset
iv)
Macam-macam
lagi.
#jap sebelum masuk kerja, aku nak plan
travel puas-puas keliling Asia ni. Hehehe.. kalau tuhan izinkan lah..
Semangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!
#thanks to my parents for continous
pray for me
#thanks to ban cop, akmal ezat, daus
for the Kuching trip.
#ok last, aku kene plan last TRIP
untuk membe2 lepas abis comprehensive exam nanti, maybe area utara.. PENANG,
KEDAH & PERLIS…
#salam sayang dari aku, Farhan Hanif,
4.08 pm, 23rd January 2014.
No comments:
Post a Comment