Friday, July 20, 2012

puisi kembara ku

[Puisi Kembaraku]

Aku ini manusia,

penuh cacat dan cela,
jika manusia ingin mencari itu,
mereka pasti menjumpainya.

Adakala dirundung sedih,

maka aku berjalan dengan silap,
...
kadang dikelabui amarah,
maka aku berakhlak dengan salah.


Pernah satu waktu,

kala aku menimbang dosa-dosa,

hati berkata:

"Mari kita tidak lagi mengembara."

Berhenti sahaja,

dan tidak berbuat apa-apa.


Namun jiwa dan akal membantah,

"Pendosa macam kita yang patutnya lebih banyak bekerja!"

menebus dosa-dosa,

dengan amal dan kerja.


Maka kembara kuteruskan,

berjalan dan berjalan,

bukan tidak lagi melakukan kesilapan,

tetapi semakin hari semakin meneguk kematangan.


Aku manusia,

penuh cacat dan celanya,

jika manusia ingin mencari,

mereka pasti bertemu dengannya.


Tetapi itu tidak akan menghentikan aku,

aku silap aku minta maaf,

tetapi itu tidak akan sesekali mendiamkan aku.


Aku akan terus bergerak maju,

ke depan dan terus,

sambil memperbaiki diri dan kalbu,

biar nanti punya cerita untuk dikisahkan di hadapan Tuhanku

# puisi ni bukan aku tulis, ambil dari Hilal Asyraf official page.
# salam ramadhan kareem. 
# alhamdulillah syukur atas nikmat Allah, walaupun aku terus melakukan noda.. ada kemudahan yg tuhan berikan utk menyuluh kehidupan!!.. 
# tinggal 2 je lagi projek akhir vetsa.. majlis buka puasa & orientasi vetsa bulan 9 nanti.. lepas tu tamat sudah tanggungjawab yg diamanahkan.. bebannya terasa, tq Allah atas segala kemudahan & bantuan..

Monday, July 9, 2012

politik semasa

Salam, tajuk hari ni politik semasa,,

Adakah ak teror politik ? oh sama sekali tidak, pakcik-pakcik yg duduk kat kedai kopi lagi teror dan power pasal politik ni melebihi ahli sains politik di universiti, # aku perhati ramai kawan-kawan yg  merasakan aku suka atau pandai bab2 politik ni,, oh tidak benar sekali.. 

walaupun aku update blog politik semasa 2/3 kali sehari, walaupun aku baca paper utusan/berita harian/ sinar harian / harakah daily setiap masa, apa yang aku dapat katakan yang aku muak/bosan pasal politik ni, ak bosan dah dengan politik fitnah/caci/maki/kutuk yang diamalkan di Malaysia. aku letih/ kepala aku sakit

selepas bergelumang dengan dunia politik melalui pembacaan dan lain-lain, entah aku rasa ak menolak politik kepartian yang melampau, aku tak suka budaya condem yang melampau, aku tak suka budaya politik malaysia yang diamalkan secara sampah dan dsb. politik Malaysia bukan politik yang membina yang ni aku mampu katakan selepas bergelumang 5-6 tahun dalam dunia pembacaan politik. terlampau kuat politik, fikiran akan jadi sempit, kerana politik itu terhad, ruang lingkupnya tertutup. # politik islam itu luas, bukan seperti yang diamalkan saat ni.

setakat ni aku tidak bercadang nak sertai mana-mana parti politik sebagai ahli dan sebagainya. aku menyokong perjuangan Islam dan Melayu di Malaysia ni 100%. aku berasa sedih bila org kata perjuangan melayu tak penting,islam lagi penting. bangsa tak boleh bawa ke kubur, islam boleh. bagi aku tak berapa tepat. kedua-duanya penting. bangsa itu batang tubuh, isinya islam.. jiwa melayu mesti jiwa islam, lupakah kita yang kita bangsa terakhir memeluk agama islam dengan kerelaan hati, bukan melalui mata pedang. rujuk la sejarah bangsa min di akhir zaman, anda akan ketemu jawapannya. martabatkan Islam di Bumi Malaysia, Islam itu bukan Arab.

bacalah sejarah semula, 
bukalah sejarah bangsa,
sejarah bangsa bukan setakat sejarah melaka,
baca semula sejarah srivijaya,
tatap semula sejarah langkasuka,
kenang semula sejarah acheh/pasai,
jawapan akan ada terbentang 
bagi sapa yang ingin melihat dengan mata hati..
Allahuakbar.

 farhan hanif reduan
#bukan senang, nak tulis mcm ni utk insan kerdil seperti ku..
#bila kebenaran dtg, yang bathil akan lenyap.
# yang baik hanyalah dari Allah.
# semoga dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa

Friday, July 6, 2012

citer baru,

# Salam, alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan izinNya.
# Short sem dah bermula, Busy.. busy.. busy... wat2 busy la katekan.. wow, sekarang ni memang musim meeting la, bnyak program nak kena monitor/pantau/pastikan berjalan lancar,, asgmnet pun byak tak wat... pakat luper jerk.. hehe, planning utk academic revision pun tak start lagi.. wadoi.. busy benor..
# kami tgh berusaha utk program xpdc gunung tebu kat besut terengganu, harapnya dipermudahkan olehNya dan pergi & pulang dgn selamatnya.. Amin.
# Ramadan nak tiba dah.. bersedia  yup!! semoga Ramadahn tahun ni lebih baik, peluang terbaik utk ganjaran pahala yg berlipat kali ganda.. InsyaAllah..
# Sesungguhnya kita yang merancang, Allah yg tentukan..
# Ya Allah, aku menerima ketentuan takdir yang telah ditulis untukku, namun sebagai hamba ak kena berusaha & sentiasa berdoa kepadaMu.. berilah hidayah padaku utk melalui jalan yg penuh dgn onak duri ini,, AMin

Thursday, May 17, 2012

bukan harapan, ia persoalan

Kadangkala, ada ruang - ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar. Biar ia tertutup rapat. Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya. Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja. Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin - rutin tuntutan kehidupan melalui dosa - dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri. 

Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan. Bukan harapan, tapi inilah persoalan. 

Tak kental.

Friday, April 27, 2012

serabut jiwa.

Sometimes i pretend to be happy, talking a lot and laughing out loud so that nobody would know what’s really inside. but at the end of the day, i always find myself all alone, encountering the crucial truth that i’m too broken inside, not even a million laughter can take it away... :)

*sem ni tinggal 3 minggu je lg, dah nak habis dah, serius giler byak test yg akn mendatang, ak dah la bce slow, amik masa nak faham,, carry mark sume jatuh sem ni,, npe la teruk sgt ak.. sampai ada lecturer ckap “ you’r  bit slow this time”..
*ak rasa mcm ak dah sesat dlm prjlanan, bukan ak tak mahu pulang,, seakan-akan yg ak tak nak pulang, pelik betul,
*ya Allah berilah hidayahMu kepdaku,, bantulah ak utk hadapi kehidupan ini.
Allahuakbar.
*stop buat keje lagha(lalai), masa dah suntuk…
*banyak sifat2 mazmuah dah berlegar2 dlam jiwaku ni,, mintak kwan2 yg perasan, sila tegur ok..

salam dan gud luck semua..

Saturday, April 14, 2012

cuit-cuit..

Salam semua, apa khabar kawan dan sahabat? Moga sihat la semua gamaknya, diberkati yang Maha Esa dan diredhaiNya

Cuti midsem

“Berbekalkan perasaan stress dan serabut di UMK, aku pulang ke tempat asalku. Huhu”

Dah 2 bulan lebih tak balik rumah, rasa rindu tu kuat, yela kat rumah kan boleh makan free, tengok tv, ramah mesra dengan family, jiran dan membe2 lama. Ikut plannya nak study, alahai hari2 last baru boleh bukak buku. Silap pulak, sebelum balik cuti tu amik movie byak sgt, dah la time cuti je yg sempat nak tgok movie-movie ni.. hmm, yup lompat dari satu ke satu movie,, satu hari boleh la 10 movie,, non stop !!

Peliknya minggu last sebelum midsem tak stop dak-dak tnya “ paan, balik tak cuti ni, ada planning pergi mana? “.. haha, “ bila aku ckp ak balik, ramai pulak mcm tak percaya.’’

Merlin

Ada satu hari dari pagi smpai malam, tgok merlin season 4. Fuh lega abis malam tu. Wow, best betul citer dye, episode last 13, Morgana hidup lagi,, kenapa la diorang tak kejar Morgana dalam hutan & bunuh terus? Episode merlin makin hari makin complicated, makin mencabar pulak. Sape yg jiwa-jiwa sejarah biasanya suka kot citer2 mcm ni,, yg best ada power boleh buat suka hati.. magic,, kalau lah ak ada magic, satu lagi attitude merlin bagus, tak minta pangkat & harta. Walaupun jasa dia mempertahankan Camelot lebih dari Arthur pendragon & Knight of Camelot. Kalau kita tengok msyrakat kita hari ni, ramai je pengampu & pembodek yg nak sgt pngkat Dato’ & Datin. Walaupun tahu jasa tak seberapa sgt,, kalau yg betul2 layak tu tak pe lah kan..kata org kalo ada title ‘datoship’ sng sikit nak wat bussines… ( npe ngarut ni?) mybe terpaksa tunggu utk Merlin season 5 pulak,, cepat2 lah keluar,,

Makan & berat badan

Sampai je rumah, terus je ak timbang badan, ada la dalam 70 kg, woitt penimbang ni silap ke. Nmpk sgt mcm tak makan je ak duk UMK ni kan. B4 this 75 kg.. wow ini kejayaan ni,, turun 5 kg. hehe, wow ni kepalsuan melampau ni,, ko duk UMK bukan ke byak makan.. balik umah, mak ak ckap jgn makan byak sgt,, susah nnti. “ so, naik cuti pas ni, makanan akan dicontroll kan.. makan bila lapar shja, berhenti sebelum kenyang’ .. bila kenyang sgt,, belajar pun malas, otak pun slow,,, tdo lg byak,,, nfsu pun makin kuat,, ak stress kot,, tu makan byak tue,, yeke??.

Alter terahsia bangsa melayu (ATBM)

Pernah baca artikel ni ( bentuk pdf dlm 200 muka surat) ?. kalau anda-anda semua belum baca lagi, boleh je goggle ATBM di atas pastu download,, then mula baca.. jom ak beritahu synopsis dia,, ATBM ni menceritakan asal usul keturunan bangsa Melayu yang dipercayai bangsa Mala berasal dari Tibet yang bersambung dengan keturunan Nabi Ibrahim as. & menceritakan migrasi ( perpindhn) bangsa Mala ke Timur ( Alam Melayu @Nusantara) sebagaimana yang disebut The Promised Land . yang menariknya sejarah ni perlu diketahui sebab ia berkaitan dengan hadis Nabi yg menyebut akan pemegang panji –panji hitam dari sebelah Timur pada akhir zaman ( dimana para ahli sejarah, penafsir bahawa sebelah Timur itu merujuk pada Nusantara yang akan bersama-sama dengan Imam Mahdi melawan Dajjal & sebagainya ). Aku rasa dah 3-4 kali khatam artikel ni, tapi fham dalam 20 % je,, sebab kalau nak fham 100% memang kena baca sejarah dunia la.. kalau ak fham 100% dah jadi Sejarawan lah ak. Baca lah & fahamilah supaya kita tahu sejarah asal kita. Tahniah pada group Misties files yg non –stop mengkaji benda-benda macam ni, mungkin bukan 100 % tepat lagi jitu, tapi hampir2 tepat. Kita kena sedar yg sejarah bangsa kita bukan bermula pada kurun ke- 15 apabila Melaka ditubuhkan, ianya jauh bermula beribu-ribu tahun sebelum itu, ianya satu perjalanan jauh lagi hebat disamping cabaran yg maha hebat. Sesungguhnya tuhan tidak mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan mereka yg mengubah dengan tangan mereka sendiri. Insyallah, ada masa lapang-lapang tu kita jengok & hayati pulak . Kisah Nabi Muhammad, Kisah Khulafa Ar-rasyidin, Kisah Imam Mazhab 4, Kisah Ulama. Satu peringatan utk diri sendiri “ kalau kita berani kata yg kita sayang pada Nabi Muhammad saw, tak kan kita tak tahu sejarah hidup baginda” “ bila lahirnya, keturunan apa, siapa ayah & ibubapanya, kisah kerasulan nabi, kisah keluarga baginda, kisah sahabat baginda, kisah hijrah & dakwah baginda dan sebagainya..

Ayat Al-quran pertama “ Bacalah “.. jom membaca !!!

Tabung haji

Baru ni tengah – tengah online, taiplah tabung haji pastu pergi pendaftarn tabung haji, msukan No ic & no akaun TH,, yup dah daftarlah, sekejapnya. Baru je nak gi TH kat Temerloh, lupa zaman internet kan skrg. Wow, ramainya org dftar haji skrg, korang boleh pilih bila nak gi, terkejut ak, aku dftar tahun 2048, wow 36 tahun lagi.. tambah umur skrg ( 36 + 22 = 58 ).. wow tuanya,, time ni.. kalau umur panjang InsyaAllah.. kalau ada byak duit boleh je pergi sendiri kan? Utk info bersama, setakat hari kerajaan ni Arab Saudi hanya benarkan jemaah haji dari Malaysia hanya 27 ribu org,,

5 minggu lagi.

Naik cuti ni 5 minggu je lagi kuliah,,, mesti test berlambak-lambak kan? .. pastu 1 minggu study week… 2 minggu final exam.. 5@ 6 hari cuti final sem 2,, pastu naik short sem 1 bulan setengah sampai bulan 8,, bulan 8 pergi praktikal. Bulan 9 msuk Tahun 4,, begitulah cepatnya masa berlalu,,, wow.. 2 tahun je lagi,, setakat ni knowledge pun berterabur, byak yg perlu belajar… org lain dah jauh kedepan..ak mcm ni lagi,,, xade cirri-ciri kematangan langsung.. hmm merisaukan.. satu soklan popular skrg… ko nak kerja kat mane lepas konvo nnti? Nak bidang ape?... kedua-dua soklan ak xade jwapan lagi setakat ni.. kita merancang tuhan tentukan.. 100% rezeki kita Allah tentukan.. kena usaha dulu baru bertawakal.. jgn ada falsafah “ cukup-cukup makan’.. tak boleh pakai..

Sesat dalam perjalanan

Satu yg merisaukan ak skrg ni,, adakah aku sesat dlam perjalanan, ibrat kata org. kita yg tahu diri kita, mungkin bagi org lain kita sempurna,, hakitkatnya kita jahil dlam pencarahan..

Mungkin org nmpak kita serabut, hakikatnya kita bahagia dalam konteks kita sendiri.. hakikatnya selagi kita teguh dengan syariat islam.. teruslah bergerak,,,, kejarla dunia & isinya.. kejarlah akhirat sepenuh jiwa,, kerana ini tempat kembali kita,,

Kalau kita rasa jauh tergelincir, jgn undur semula. Kita bina jalan baru…….

Selamat beramal, salam sayang dari FarhanHanifReduan..

Daifsedaifnya.. 10/4/2012… 2.59 ptg

Thursday, March 29, 2012

sengal-sengal kehidupan 2..

continue,,

‘ Silap ‘

Aduh silappp lagi, kenapa aku buat mcm ni yerk?.. macm mana ko manage ye? xada masalah, cari masalah… pening2 sikit.. serabut-serabut sikit, ishh aku tak biasa dgn kerja-kerja mcm ni ke?? Mcm dalam dilemma pulak…

*buat silap ni biasa dlm hidup manusia kan,, yg penting ambil pengajaran & tak ulang lagi, setel!!!

‘ serabut’

Woittt,, serabutnya ko, dah la sem ni penting, belajar pun terabur,, org baca ko malas.. org pergi pratikal ko main-main,, org faham ,, ko slow.. orng bz,, ko buat2 bz..
*ak rasa ak ada sindrom cepat lupa sikit skrg ni,, berat2.

‘military ‘

Satu word baru dlm hidup ak,, military korang tau tak?.. ketenteraan.. skrg xade keje mlm2 sempat lagi buka blog2 mcm ni,, baca,, best la, korang free gi la tgok ,, byak2 rahsia2 penting woooo.. aku kalau bab-bab rahsia suka sgt la hehe,,, skrg ak tgah contact dgn kapten mana ntah,, tgah cari buku tuttttttttttt.. hehe,skrg ak tgh check kelengkapan tentera Malaysia… compare dgn Singapore.. strategi peperangan.. & mcm2 lagi.. * ni la mslah suka baca mende yg tak berfaedah utk diri sendiri.. ehhe, aku bukan agen ye~~ * ak baru je tau sikit, tapi budget mcm tau byak.. eksyen je lebih!!! huhu


‘ oversea’

Teringinnya nak pergi oversea.. kerja kat sne ke,,, smbung study pun boleh,, gi makan angin pun cantik.. pergi praktikal pun best!!.. first negara yg ak dh sampai iatu Kemboja.. program sukarelawan bawah umk. Tq kat maman yg ajak ak time tu,, * budaya diorng tak jauh beza dgn kita. Tapi sebab program ni sukarelawan.. dia jd sgt2 best. Yg best lg best pastu byak gi jalan2.. so ak harap ak boleh sampai lg kat Kemboja ni,




*ak rasa kalau org suruh jadi tour guide ak ingat tempat2 menarik kat sne hehe, biasanya lah ak ingat setiap ceruk tempat tu selepas first time ak pergi, jalan mana nak ikt,,signboard2 penting,, *tapi tak sempat la time tu nak gi Angkor Watt.. * ak bljr mende pasal kemanusiaan time ni. * skrg ni ak dah list out negara mana yg ak nak pergi * kata org jauh perjalanan luas pandangan * Ya Allah, murahkanlah rezeki hambaMu ini,, Amin * baru ni jatuh hati pulak tgok ‘farmville’ dkat Australia. Cantiknya!!

* now ak byak ada koleksi buku travelog… ada travelog pergi belajar kat Mesir,, Jordan, Turki,, travelog ke Makkah,, travelog seorang wartawan.. & mcm2 lagi.. * actually, baca pengalaman org lain,, sejarah hidup org lain pun best,, tak la kita rasa kita stress sgt,,, hidup org lain byak juga susahnya,,, hakikatnya hidup bukan mudah kan,,

*teringin sgt nak belajar agama kat Al-Azhar , Mesir,, ambil jurusan pengajian islam.. hmmm

*banyak kali org jumpa ak tnye.. “ Adik ni pensyarah atau student?.. “ encik ni staf Umk ke “.. “ kerje ape yg skrg “. “ keje kat mana?.. “ tutor UMk ke?.. haha..
hari ni saya nak beritahu yg saya hanyalah student,, umur pun baru 22 tahun,, masih muda.. muka pun byak budak form 4 lgi.. dan yg pasti tak kahwin lagi ehehehhe..

*kalau ada statement yg bangga diri tu, sorilah yerk.. salam sayang dan rindu,, ~~ farhanhanif