Thursday, October 6, 2011

post baru lagi



Salam, ok jumpa lagi kita, saya cuba untuk update setiap minggu, supaya perkara-perkara yang menekan “both right & left hemisphere in brain” dikeluarkan dengan baik atas coretan.

Nick name

Dari kecil sampai besar, nama panggilan utk aku macam2, hoho, paling glamer & femes yang sering kali digunakan ialah paan, hehe, panggilan rasmi farhan, yang paling jarang digunakan hanif, rasanya seorang cikgu je masa sekolah dulu je panggil hanif,, tak suka nama hanif haha, family belah ayah panggil Farhan sani, ishh pelik macam mana dapat perktaan sani tue huhu. Sebab dalam kelas masa sekolah menengah dulu ada 2 farhan, jadi budak2 ada yg panep @ paun. Yang kelakar paun.. hehe, ntah apa-apa panggil aka macam ni. Masa kecik2 dulu orang panggil doraemon, sbb dia kata suara halus macam doraemon,, haha, family kasi mestilah yg terbaik, besenye kat Pahang anak ke-3 dipanggil De @ abang de. Banyak lagi nama2 exotic yng tak boleh dihebohkan.. hehe

Vetsa

Pelik pulak, tiba-tiba jadi ketua @ presiden, tak tahu macam mana hala tuju nak bawa, nak kedepan @ nak undur belakang, dah la budak-budak makin ramai, naye cheq!!, sesak nafas rasanya, sebab bos-bos sebelum ni letak benchmark yg tinggi, kepimpinan yang baru tak tahulah… kita tengok dulu, I try to create system, either it make it or not, we will see. Kalau tak ada kerjasama mesti tak jalan kan, merisaukan.

Study

Sekarang dah masuk tahun 3 ye kawan-kawan, subjek sem ni dah masuk paraclinical, subjek yang saya ambil ialah Vet med, Anesthesiology, Microbiology clinical, Surgery dan Bahasa Arab 3. Macam mana nak study pun tak tahulah? Ada org kata kita kene tukar approach paan, guano tu???.

Berlagak pandai,

I posted in FB, “kalau kita perasan kita pandai, we never be good”, really this statement come to my mind after stimulated by 1st year junior. Apabila kita rasa pandai, kita selalu tak terima pendapat orang lain & merasakan diri hebat, ni la apa yang selalu jadi kat saya,, hoho

Hubungan persahabatan

Semua orang perlukan rakan & sahabat dalam hidup mereka, sama ada mereka ni akan memeriahkan hidup @ menjatuhkan dalam keadaan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Mempunyai rakan yang baik satu nikmat kurniaan terbesar dalam hidup insan. Full stop, ada kalanya kita perlu berkorban untuk kebahagian kawan-kawan kita, mungkin undur diri pilihan yang terbaik.

Problem

I just realized, I have 1 @ 2 problems with people around me, actually it caused by miscommunication & terlalu banyak sangat sangka buruk, mungkin jugak. Sometime I make decision yang mungkin betul @ cenderung kepada salah. Biarlah masa menentukannya.

Dr Mahathir & Tok Guru Nik Aziz

Baru je berjaya habiskan baca buku Surat daripada Dr Mahathir karya, Zainudin Maidin & Saat Cinta bertasbih, tribute pada Tok Guru Nik Aziz, fuhhh lega dapat jugak habiskan

Bagi aku Dr M, bukan setakat pemimpin Malaysia moden, tetapi pemikir yang hebat, dikurnikan oleh Allah untuk rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Pemikiran yang hebat beliau kita adapt saksikan apa yang ada di Malaysia pada hari ini. First time saya baca buku macam ni, kita bukan hidup zaman dia, jadi tak banyak sangat tahu. Jadi penulis buku ni merungkai surat-surat & pemikiran beliau. Seriusly best!!, tetapi orang politik ni biasalah, hari ni kawan esok lawan. Pemimpin yang baik mestilah banyak berfikir & penuh dengan idea-idea baru.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, selaku MB Kelantan sehinggalah ke hari ni, beliau merupakan ulama yang turun padang memimpin masyarakat untuk kehidupan beragama & penghayatan islam. Bukan senang tau, seorang ulama utk memimpin, sentiasa jadi tumpuan musuh politik yang lain. Tetapi sosok tubuh ni berjaya mengubah pandangan masyarakat Melayu & Islam kearah kejayaan di dunia & akhirat.


Jadi kedua-dua tokoh Melayu terhebat ni meruapakan anugerah Allah untuk umat Islam Melayu di Malaysia, jasa mereka banyak & kita sebagai anak muda zaman ni haruslah menghargai jasa-jasa mereka ni ok. Hoho

Tun Daim Zainudin

Daim Zainudin disebut-sebut sebagai Melayu terkaya di dunia & rakyat Malaysia terkaya, tetapi nama tak pernah keluar di senarai orang kaya forbes, mempunyai rangkaian bank-bank diseluruh dunia terutama Indonesia & Negara afrika. Wow, orangnya pendiam & tak suka publisti. Tun Daim ni asal kedah darul aman, menjadi Menteri kewangan Malaysia & menyelamatkan Malaysia semasa krisis kewangan ekonomi 1997-1998. Kawan rapat Dr M, digelar “Daim yang diam’. Dr Mahathir pernah berkata, jika Presiden Sukarno mempunyai keyakinan bahawa jika diberikan kepadanya 10 orang pemuda, beliau akan menggoncangkan dunia, kepada Dr M, diberikan 10 Daim, Melayu akan dapat menawan dunia.

Ok habis cakap pasal pemimpin ni, mana yang baik kita amabil pengajaran yup, yang kurang kita jadikan sempadan. Hidup kat dunia ni tak lama, jom kita gerak maju kehadapan atas bimbingan dari yang Maha Esa. InsyaAllah.

Pesan brader

Saya nak kongsikan pesan brader zack; “ sahabatku, org yg matang adalah org yg mampu memikul bertanggungjawab di atas segala kesilapan yg dilakukannya..
hadapi konflik dgn matang.. ko akan belajar erti hidup yg lebih bernilai”

Salam sayang di hujung minggu

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi

Berdiri atas bakat sendiri

Farhan hanif

8.53 pg, 7 Oktober 2011

Monday, September 26, 2011

post baru,,

Lama rasa tak post kat sini, memandangkan tak de kelas microbiology clinical (yeay!!!!), jadi saya berhajat untuk menulis sesuatu.

External exam

Baru je minggu lepas terima keputusan dari dekan, seperti biasa setakat sederhana sajalah, sesuai sangat dengan usaha yg dicurahkan, hanya focus kat physio sikit2 je, yang lain tak baca, terkapai-kapai nak menjawab, dah la silap pilih tajuk , macam mana boleh tersasul pilih immunology dgn prof Ali, dia Tanya soalan susah, lepas tu banyak yang tak boleh jawab, pastu dia cakap budak ini terror immuno, pelik2,, keputusan setakat 65-75% je, I’m realized that sometime, I cannot explain thing very well, 3 tahun lagi pulak ada comprehensive exam utk keprluan bergraduasi & diiktiraf sebagai VET, kalo tak lepas mengulang lah aku nanti, semoga tuhan mempermudahkannya.

Konvo pertama UMK

Diminta utk jadi hulubalang aka penyambut tetamu, memegang bungga mangga & diwajibkan utk senyum hehe, bangga dapat sertai & rasai pengalaman orang lain bergraduasi, diorang semua hepy2 semua, penuh kebanggaan dapi jadi first batch UMK, dan semestinya ibubapa tersenyum lebar melihat anak kesayangan berjaya berdiri diatas pentas mengambil segulung ijazah,,,huhu, syukur Alhamdulillah, masa utk aku pulak 3 tahun lagi, saya akan terus bersabar & insyaAllah berusaha mengikut kemampuan, Amin, saya merancang, tuhan yang tentukan

VAM Congress 2 011

Syukur dapat bawa kawan2 join VAM congress 2011 kat Ipoh, Perak. Tahun lepas dah siap semua kertas kerja, last2 dapt maklum tak dapat join atas sebab teknikal, gembira sebab 99 % lawatan dibuat sendiri, the only 1 % ask someone to write the list name for me, terima kasih kepada sesiapa yang memberi sokongan sepenuhnya, semoga ianya menjadi batu loncatan untuk kita semua untu maju ke hadapan, RM 100 yang kita bayar ibarat seperti pelaburan yang kita tak tahu dividen @ bonus dia dapat bila… hanya Tuhan yang akan membalasnya dengan rezeki yang murah & karier yang mantap.

Ketua kelas.

Diminta, disuruh utk jadi class rep. stress tak?. Mestilah stress, kene interaksi denagn office, pensyrah & kawan2. Dalam banyak keadaan ianya menyenangkan, kadang-kadang sangat-sangat menyesakkan. The keyword is easy, hari ini kita susahkan orang lain, mungkin esok kita disusahkan contohnya sekarang ini saya terasa sesak, mungkin dahulu saya sering kali menyusahkan orang lain.

( memang hobi ko suka susahkan orang lain kan? hehe)

Sayang

2 sentences that I always discuss with my close friend and i always laughing when remember it… haha

“ kita selalu ingat orang tak sayang kita, sebenarnya ramai je orang sayang kita”

Or

“ kita selalu ingat ramai orang sayang kita, tapi sebenarnya tak pun “

The second sentence always make me think & think, sometime sad hoho..

Luahan hati

Saya pun manusia biasa, jarang memilih untuk marah orang lain, sebab ia akan menyesakkan saya jugak, perasaan rasa bersalah saya sentiasa menebal,

Kadang kala saya rasa yang hidup saya penuh dengan dugaan, kenapa saya diuji seprti ini? Saya pun tak tahu. Saya fikir kalau mereka rasa apa yang saya rasa mereka mungkin lebih faham.

Jarang untuk stress, tapi selalu je tetiba down, lemah semangat..

Kadang-kala saya terasa susah betul jadi farhan hanif ni.. serius!!!

Belajor

Nampok gayenye belajor makin susah skrg ni, note makin banyak , nak faham pun amik masa, ada yang mudah, tapi banyak yg susah… takut jugak xdpat nak faham baik, kite bukan mcm org lain, bace sikit faham.. kite bace 3-4 kali pun pening2.. at least kit baca kan.

Bincang dengan kawan..

Ari tu borak-borak dengan kawan , pasal hidup ni, we make conclusion yang hidup kat dunia ni sekejap je hanya 60 tahun pun paling lama, pastu mati & tunggu utk ditiup sangka kala utk penghitungan amal & penentuan syurga & neraka & kita bakal tempuh satu lagi kehidupan yang kekal abadi.. & we realized that, pengorbanan 60 tahun ini, bakal menentukan alam kubur yang menjadi sebahagian taman syurga @ bahagian api neraka, bakal menetukan semasa hari pengadilan & ketentuan sebagai penghuni syurga @ neraka, kita tak perlu jadi terlampau mulia @ baik utk memberi nasihat, lontarkan sentiasa nasihat anda itu… harapnya ia menjadi bekalan anda. Manusia sifatnya imannya turun & naik… jadi janganlah pelik, mungkin esok dia nakal, tapi hari ini dia baik..

Ok lah gud bye utk membe2 semua..

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi

“BERDIRI ATAS BAKAT SENDIRI.”

“MENYAYANGI UNTUK DISAYANGI”

farhanhanif@b1,a316

@ 23.36 , 26/09/2011

Sunday, September 4, 2011

Azam baru di semester baru

Azam baru di semester baru

Salam semua, semoga semua dalam rahmat & limpah kurniaanNya, jadi aku nak bentangkan senarai azam baru aku, jangan la serius sgat hehe

I. Jimat cermat

First priority ni, nak jimat duit, jadi kene kurangkan berjalan @ melancong, kena belajar menyimpan @ menguruskan duit utk kegunaan yg penting, cth: bertunang & dsb

II. Rajinkan diri

Semester ni dah msuk sem 5, para clinical years, focus tu kene lebih sikit, please guide me & help me.

III. Tenangkan diri

Ni priority utama jugak, tak nak dah serabut-serabut macam dulu,, xnak jiwa kacau, nak banyak berehat dalam konteks yang sepatutnya, tak nak mati jiwa & hati, semoga hidupku dipermudahkan olehNya , nak generate & maintainkan arus alpha dalam otak aku nie,,,,, tak nak biarkan arus delta mengalir, mcm mana nak tenangkan diri?.. kompem semua dah terror & tau kan..

IV. Belajar berfikir

Skrg ni ak nak belajr integarsi pemikiran dari otak + hati, yang ni ada kaitan dengan tenangkan hati, tak nak dah keputusan aku semata-mata dari otak @ jiwa, skrg perlukan integrasi.

V. Jadi diri sendiri

Kena ikut kata hati sendiri, tak boleh hidup dengan arahan-arahan org lain… kena belajr terima diri sendiri seada-adanya.. tapi kena jugak belajar apa itu tolak ansur, timbang rasa & sebagainya, hubungan sesama manusia hendaklah dipelihara

VI. Hidup sihat

Yang ni pun nak kena start dah ni, tapi dengan cara yang tersendiri lah. hehe, kurangkan makan & pergi gym dan sebgainya

VII. Kurangkan makan

Penting ni, skrg berat aku dah capai 75 @ 76 kg, berat Ni, dulu masa single2 standard 60-62 kg je, sejak makan terlebih nie dah naik 10-15 kg, takut gak jadi obes. dulu mkan lebey sebab takut nampak kurus sgt.. hehe.. kurangkan makan boleh jimat duit kan..

VIII. Tak nak bodoh sombong

Kadang-kadang aku ada penyakit ni lah, xsedar… sedar2 dah bodoh sombong, jngan suka-suka pandang rendah kat org lain tu maksud dia & jangan mudah perasan bagus, muda-muda dah perasan lebey…

Ok, ni senarai keutamaan aku sem nie,,, tak terlalu spesifik bagi aku, kalo spesifik sgat takut stress pulak la kan.

Ak nak ucapkan terima kasih kat nenek ak atas nasihat die “duit tu kawan baik kita”

Aku nak ucpkn terima kasih pada Hilal Asyraf, coz buku FANZURU @ maka lihatlah yg dia tulis tu bagus, memperbaiki pemikiran ak dlam byak mende!!! Tak ade lah aku syok sendiri sgt.

Ak nak ucap gak terima kasih pada bro zack, yg memberi ayat2 bahagia, seterusnya panduan yg lebih baik,, pengalaman ko, jdi panduan untuk aku.

Setakat ni jelah utk kali ni, tulis banyak-banyak pun mana ada orang baca blog ni hehe, ada org report kat ak cakap JUNIOR VET BARU ada baca blog ni, terduduk aku, xtau nak letak muka kat mana. (aku perasan lebey kot)…

Yang baik dibuat panduan & sempadan

Yang buruk tu dijadikan pengajaran…

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, berdiri atas bakat sendiri.

# tak sempat nak tengok filem hantu bonceng

Monday, August 22, 2011

coretan kenangan






Salam, lama benar nak post sesuatu kat sini tapi tak sempat,,

5 ogos 2011, habis lah praktikal kami kat Institut Teknologi Unggas, Masjid Tanah,, owh lega rasanya dapat abiskan dgn baik , minggu last kiteorg penuh dgn lawatan je,, masa mula2 masuk dengar citer dari Hjh Rusitah, Dr Farrah yg incharge kami kat sini, kalo boleh suruh praktikal 3 mnggu je, mksudnye bulan puasa boleh balik ,,, hehe, tapi pengarah tak kasi so diorang jus plan lawatan jelah huhu,,,, Dr Farrah is really nice & hardwork person, dia kasi pinjam kete starlet ayah dye yg canggih tue,,, terharu bila dr kate “ kalo kete ni boleh bercakap, mesti dia rasa bangga, sebab 9-10 doktor ( termasuk kteorg) yg mengunakn khidmat dia, byak betul jasa “


Sorotan kenangan …

29 julai ( jumaat ) : pergi kenduri rumah cik mat, pengurus pusat penyu, makan asam pedas daging, sedap!!!!, pastu semnagt nk tgok penyu bertelur huhu, sbb lame sgt menunggu, sempat tidor lagi kat situ,, bangun2 kul 5 pg, hezry ckap penyu lari balik msuk laut coz budak mancing kacau & buat bising, sengal budak2 nie huhu….

30 julai ( sabtu) : hari ni plan nak gi port Dickson., first time ak tau, xpernah gi pun, tghari kiteorg gi ostrich farm, ptg jumpe ngan group LI Pd, intan, asma, mira & farah.. borak2 & makan2 bersama.. huhu


31 julai

( ahad) : pergi umah yanti kat batu pahat, 4 jam tau, sakit2 badan hehe, menghirup udara ptg kat pantai wawasan, malam gi BP Mall, lalu kat depan Peserai Maju, ahaha sahur lauk byak… mekaseh yanti & family,,

1 ogos ( isnin) : tghari gi beli kerepek johor, satu plastic besar.. eheh, drive balik Melaka, 4 jam lagi… singgah beli tiket kat Melaka sentral, kejadian hitam terjadi,,, xboley dilupakan hahahah,,, rhsie kiteorg je!!!, smpai2 kat ITU, rehat2 jap.. gi pasar, jumpe remy ishak intan.. hahaha…

2 ogos ( selasa) : hari ni lawatan kat Huat Lai processing,,, pening pale sikit, jauh la kat jasin.. tgok mcm mne ayam diproses,,, canggih au!! Xboley makan nugget free, bulan pose, kalo pergi farmbest, Dr Subra kasi belanja nugget, sosej, ayam goreng,, sedap la!!

3 ogos ( rabu) : gi melwat ladang itik kat paya jaras, jumpe timbalan ketua pengarah veterinar Malaysia, Datuk ICE ( Ibrahim Che Embong).. kteorg melwat kat situ sekali dgn die,,, & die pulak yg tlong explainkan semua kat situ.. terasa mcam pegawai kanan JPV je… huhu, pastu Datuk ICE tu bwak kiteorg msuk research centre utk burung walit,,, diorang ternak buruh walit,,, siap beli telur lagi, ternak serangga coz nak beri makan kat brung,,, canggih2 kat situ huhu.. datuk ICE kate diorang tgah struggle dgn JPA utk vet kat Mlysia dapat elaun kritikal & pakar,,, mybe takes 2-3 years,, sempat la kot habis study.. tibe2 kak Rien cakap nak bwak kiteorg pergi Animal Quarantine centre kat KLIA,, xpercye rasenye.. jumpe ngan Dr. Amran, dye explainkan pasal quarantine.. canggih kat sini,, byak betul org bwak msuk anjing & kucing, kuda, lembu kat Mlysia,, habis kat sini dah kul 6.30 ptg,., lame betul, tak sempat nak bukak pose kat ITU.. beli mkanan kat bazaar rmadan…. Terjumpe ngah, abg ak,, huhu,, then, bukak pose kat masjid KLIA … sampai hostel 9 malam..

4 ogos ( khamis) : melwat lagi,,, gi Huat Lai broiler kat Jasin,,,, jumpe Dr Zukry,, byak woi die explain pasal broiler ni, sume mende dye explain, technical issues & management,,,

5 ogos ( jumaat) ; last day, lawatan kitaorg arini, utk ladang ayam kampong, smpai kat pejabat veterinary Jasin, stay situ jap.. sempat tgok klinik vet kat situ,, owner bawakk 2-3 anjing kene gigit dgn babi.. luka kat thoracic region, then, vet assistant tu kasi pre-anesthetic , ketamine & anesthetic xylazine utk 1 jam tido… tgok die jahit kesan gigitan tue,, type of suture : mattress.. VA tu cakap byak owner bwak gi klinik kerajaan tapi staff kat sini 2 org je kat bhgian klinik.. tak mennag tgan nak buat, kalo ikutkan VA mne boleh merwat tapi sebab doktor2 busy meeting je,, huhu..


pastu baru gerak pergi Jasin, bru melwat ternakan ayam kg,,, jumpe sorang pakcik ni bagus wey , die pesan : “ jangan rajin, tapi sehe ( usaha) “,,, dalm wey mkne nie…. Cube fham.. pastu dia bwak gi tgok ldang biri2 dia.. bela tak kurang dari 100 ekor, biri2 sihat2,,, besar2… first time, jumpe penternak kampong ada pengetahuan lengkap cam mne nak bela biri2,, biri2 dia besenye lahir anak twin, triplet & 4 ekor,, smngat die citer,,, kandang die bersih sgat2,,, kat special kat sini, pak cik ni bagi makan MAGGI rendam dengan air & nagn gula merah… first time, ak tgok org beri makn maggi kat biri2… betul la prinsip pak cik ni “ jangan rajin, tapi sehe “. Terima kasih sgt2 kat En. Khalid ( MR. K) yg explain banyak mende kat kteorg nie,, seriously, tgok Mr. K nib byak ilmu pasal ternakan nie.. dye citer kat aku, kat jasin ni ade 3 org VA..so diorang yg kene cover semua mende pasal ternakan & small animal nie.. kdang2 owner & penternak panggil die dr.. otw balik, ak nmpak Mr. K ni stop kat seekor kambing nie, bawak satu veterinary first aid box, lepas tu kasi treatment,, Dr mane??.. dr gi meeting hehe..

petang balik ITU, sambung discussion ngan Dr Farah mcm mne nak wat report utk study cases… dr tunjuk/ discuss slides ppt dye utk rotation & final year project… menakutkan ak tgok… boley ke ak buat nnti??... arap2 pas nie ada facilities cukup nak wat semua nie kat UMK. Amin,,, ptg tue amik gmbar last ngan hajah rusitah, kak rien & dr farrah… sedih diorng nak berpisah ngan kami.. ak pun tersa sedihnye,,, kesat air mata tue huhu,,

ogos ( jumaat) : pagi2 ak kemas brng2 nak balik,,, dtg dulu 2 beg,, balik Pahang 4 beg,, kerepek & boot, & mcam2 lagi,,, beg roda ak tercabut roda die,, byak barang kot,, hihi, mak yanti & akak die tlong anta gi Melaka sentral,,, fmily dye baik2… measeh yanti,,, nek bas 3 ptg,, duk sebelah awek cantik, bakal cikgu… dye citer pasal cikgu & ak citer pasal vet… lemah lembut je orgnye,, umah dye kat feldo cemomoi, hoho,, pastu amik nama fb ak,, beres hahha… smpai stesen bas temerloh,, kul 7 malam,,, abah & emak setia menunggu kat situ,,, smpai kat umah 8 malam. Bru bukak pose nagn abang ak semua,,, huhu,,

Ni cacatan perjalan ak & group Li kat Melaka.. kat sini kami belajar management broiler, breeder puyuh, breeder ayam kg utk first 3 week yg meletihkan,, hoho & aktiviti2 laen lagi yg xade kene nagn vet tapi dapat isi mse mcm taksidermi, hilran primer & lain2,,

syukur pada yang Maha Esa, semkin hari pandangan ak pasal veterinary kat Malaysia semakin berubah,,, wlaupun lwatan letih giler2 duk dlam frontier 2-3 jam, tapi pengalaman baru tu byak, betul la org kata “ jauh perjalanan, luas pemandangan & letih badan , org2 profesional ckap “ kehidupan ialah university terbaik utk kita semua.Terima kasih kat staf ITU yg byak tolong ajar & nasihat kami kat sini.

Dah ramai yg komen pasal external exam, gud luck utk semua kwan2 , exam ni penting utk accreditation veterinary course in UMK, xpelah kita berkorban utk semua batch VET UMK<<.. setiap perjuangan mesti ada pengorbanan,, ibarat kata Dr Azam kat ak & kiter semua.. kita first batch nie mcam 1 group yg nak teroka tanah, bwak parang & pisau,, kita redah hutan.. tebas pokok, kita buat laluan,,bile group lain dtg.. diorang juz lalu & pass dgn mudahnya,, xyah nak susah2 kan.. mybe mse ni tgah tebas2 tue ada yg terluka, kene serang dgn haiwan2 buas huhu,,, falsafah pulak hehe,, islam ajar setiap kebaikan yg kita buat kat orang lain, tuhan akan beri kebaikan pada kita semula,,, insyaAllah..

ok lah, selamat study, selamat hari raya aidilfitri,,, & maaf zahir & batin sape2 yg ada terasa dgn perbuatan ak yang tak senonoh & sebagainya,, huhu.. aku balik umk 5hb September,, awal, skema giler,, dah dulu semua ckp kene balik awal… ak beli la tiket awal,,, xpelah, hehe

Farhan hanif@ 9.31 pg 20/8/ 11, 20 Ramadhan 1432 hijriah

Tuesday, August 9, 2011

sob2... hoho

Ku cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Ku Cuba Bunuh diriku, Tapi Aku Masih Hidup.

Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Adalah Kesedihan
Kerana Engkau mengenangkan Perpisah, Kerana engkau adalah kenangan


Ku Cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Kerana Engkau Adalah Sejarah, Sejarah Tidak Mati

Ku Cuba Bunuh Diriku, Aku Masih Hidup
Ku Cuba Bunuh Kesedihan, Kesedihan menghitam segala-galanya

Engkau adalah sejarahku, Sejarah Seperti Orang Lain
Sejarah Adalah Kenangan & Pengalaman
Sejarah Menyorot Kesilapan & Kebenaran

Perpisahan Kita Menyayat Kalbu, Kerana Kasih Sedang Membunga
Lalu Patah Tangkainya Oleh Ribut Ganas Yang Bernama Nasib

Aku Tahu Betapa Kasihmu, Aku Tahu Betapa Kasihku
Beningnya Bagaikan Bulan Di Langit, Birunya Bagaikan Hamparan Lautan

Aku Dapat Rasakan Betapa Hangatnya Air Matamu
Aku Dapat Merasakan Hangatnya Air Mataku
Bagai Tiada Bertemu Kembali Bagai Entah Kemana. . .

Ya, Duka Itu Dimana-man, Duka Aku Kerana Perpisahan
Duka Vietnam Kerana Peperangan , Duka Palestine Kerana Penindasan

Sia-sia Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Tidak Mati
Sia-sia Aku Cuba Bunuh Diriku, Kerana Aku Masih Hidup

Dewan Sastera 1971