Thursday, February 2, 2012

perginya insan,,


Hari ni 3/2/2012, nenek sebelah mak aku ( Robiah bt Awang Ali) kembali kerahmatullah. Hari ni hari jumaat, penghulu segala hari, semoga berkat hari jumaat mengiringi rohnya ke sana.

5.45 pg td, mak telefon ckap nenek ak dah pergi utk selama-lamanya, satu-satunya nenek yg aku ada, yg lain dah pergi lebih awal menyahut seruan ilahi.

Syukur rasanya, masa cuti baru ni aku balik kg, pastu sempat jumpa dia. dia sakit tulang belakang, jalan pun bongkok. Pastu aku akan tolong urut dengan minyak. Dia kata kurang lah sikit sakitnya.

Family besar kiteorg, memang dah rasa yg dia akan pergi , so diorang bergilir-gilir cuba penuhi apa kehendak dia dihujung usianya. Mak aku balik kg sebulan utk jaga dia. nenek ak ni stay dgn mak sedara aku, dengan seorang sepupu ak,, kecik je lagi Qilah syuhada ( 3 tahun 6 bulan). Mak sedara ak biasanya pergi keje setiap hari, biasanya Qilah lah yg tolong tgokkan.. serius budak Qilah ni bdan debab sikit hehe, tapi boleh la tlng amikkan brang2 pe yg patut,, cos nenek ak tak lrat nak jalan. Baru2 ni pun diorang g terengganu beli brang utk dia, nenek ak pun ikut sekali, wlaupun dia tak larat jalan.

Arwah atuk ak meninggal tahun 1981, so 31 tahun nenek ak bergelar ibu tunggal membesarkan anak-anak bersendirian. Ak ingat lagi yg msa ak umur 5-6 tahun, ak stay kat pekan ngan mak aku, ayah ak & abg2 ak yg lain duk jengke. So, kiteorg tlg dia jual kepok lekor, keropok keping, keropok kering, wat budu dan lain2,,

Aku perasan jgak yg nenek ak ni rindu @ selalu sebut pasal ank bongsu dia yg lebih dulu meninggalkan kami masa ak kat mtrik 2009 dulu.

Semoga Allah merahmati rohnya dan meletakkan bersama roh org2 yg soleh.. Amin

Kematian tak kenal usia,bersedialah utk ke sana,
dunia hanya sementara, tempat persinggahan yg tak seberapa,


Saturday, January 28, 2012

Salam semua, hmm dah 5 minggu tak update blog nie, seriau pulak rasanya, naik bengkak cerebrum & cerebellum, sepanjang 6 minggu ni banyak mende yang jadi + tak jadi ,,

Final exam

Final exam mula 1 smpai 12 januari, abis 12 januari kira habislah 5 semester pengajian aku ni kat UMk, tinggal lagi separuh lagi,, separuh je,, tapi separuh ni la yg paling mencabar minda. Entah tak tahulah nape la serabut sngt mse study week & final exam week baru ni, serius ak loss focus, rasa macam malas dah nak baca, ketenangan pun hilang, xade pape yg tinggal, nasib baik lah cuba jugak utk baca pelan2, exam kali ni rasa tak berapa semngat sgt, giler sehari sebelum final baru nk wat nota, baru nak faham, rasanya sem2 yg lepas tak la teruk macam ni, dugaan betul.

Cuti sem

Cuti sem start 12 januari smpai 5 februari, dah 1 minggu berlalu, tak wat pape pun kat rumah, balik kg kat pekan, g rompin jap, tengok movie, tgok tv, ++ makan2 smpai kenyang..

Sekarang dah jatuh hati ngan MERLIN, best2, dah abis sampai season 3..

Watak2 dlm movie ni: Merlin, Arthur Pendragon, Urther Pendragon, Lady Morgana, Gaius, Gwein

Komen; seronok betul kalo ada betul ilmu magic ni, nak apa semua dapt, tapi reality tak mcm ni kan, nama pun cerita fantasi, Merlin show some kind of attitude, menyelamatkan Arthur & Camelot, tapi tak pernah mengharapkan pangkat, pingat & sebagainya, ,

Kemas buku

Dlm sibuk2 kemas buku lama, ak check la satu2, terjumpa pulak diari lama.. haha, ak bukan tulis diari, Cuma ada catatan la sikit, zman sekolah menengah dulu, nak tergelak pun ada bila baca balik,, kelakar lah, ada buku yg ak decide BAKAR sebb ntah pape ak tulis, secret!! Haha

Leadership

Skrg ni ak kene handle persatuan, entah mcm mana boleh lekat nama aku ni, tak pelah. Skrg ak belajar wat keputusan, ada byak jugak la silap. Ishh, mengurus org ni bukan sng la, dulu ak jdi penasihat org, sng jela ckap je, bila kene kat muka sendiri, terpaksalah memeras otak pe yang nak wat,, menghdpi kerenah org, kerenah diri sendiri, letih la, seriously I’m not lead the society, but just manage it,, memimpin lain, mengurus lain,, mengurus lagi mudah dari memimpin, kadang2 ngurus pun susah la..

22 tahun

Skrg umur pun dah msuk 22 tahun, kata org umur yg pling kritikal 21-24 tahun, masa nil ah kalau nak pecahkan rekod dunia, belajar giler2, cari ilmu sebanyak mungkin, dedahkan diri utk banyak perkara, & stage ni untuk generate pemikiran2 spnjang hidup ni, mencari bakal pasangan hidup,, so, aku mengajak membe2 utk kita sedar pasal mende ni, don’t be too serious, just do it slowly,

Result sem 5

Baru je result keluar, sipi2 je, Alhamdulillah, tu lah pe yg ko wat smpai loss focus,, teruk bebenar.. arapnya sem baru ni lebih baik,,

*serius sem lepas, loss byak mende, byak sgt fikir pasal mende lain, sampai diri sendiri pun terbengkalai,

*byak bende yg ak percaya yg ak terlepas pandang, satu-satu menghambat jiwa, dan menekan hati

*akupercayayang kesedaranituhidayah,hidayahitu nikmat terbesar bagi manusia

Salam sayang utk semua

Farhan hanif paan@19januari2012@2.47 pm @jengka19

Wednesday, December 7, 2011

luahan rasa..

Salam, nak meluahkan rasa di hati ni..

Aku tak ada pilihan, mesti keluar dari dunia gelap ciptaan aku ni, hidup ni bukan untuk bergembira & mengikut nafsu yg tak pernah puas.

Hari ni aku mengakui yg hidup ni satu perjuangan. Hidup aku masih,, yup masih jauh & panjang , doa ku panjatkan pada tuhan agar dipermudahkan jalan-jalan yang berliku ini.

Aku pernah baca ni “" Kita hidup di dunia ni sebagai hamba, jangan jadi pelampau. Pelampau kepada sape? Pelampau kepada Allah dan diri kita sendiri".

Masa semakin cepat berlalu, tahun depan umur aku dah masuk 22 tahun, semoga aku lebih matang dlm membuat keputusan & bijak memilih jalan yg baik.

Aku patut buang kebodohan2 melampau yg semakin tersirat dlm benak fikiranku ni,,

Aku pernah simpan hasrat nak sambung beljar kat oversea, salah satu cita2 aku ni, dulu aku banyak lepaskan peluang gi oversea ni, harap satu hari nnti tuhan bukak peluang ni lagi untuk aku.++ nak kerja kat oversea jugak

Walaupun dah 3 tahun study vet, aku masih lagi terkial2 bidang apa yg patut ak go on,,, harapnya Tuhan bukak pintu aku & berikan aku kepandaian utk kuasai bidang2 ni.

berubahlah sebelum kau diubahkan oleh masa..

# tengah dlm mood sedih,
# bye2… dlm kesunyian hidup ni hehe

Wednesday, November 30, 2011

letih



salam semua pe khabr, dah lama tak taip kat sini, tp mlm ni nak tulis jgak,, sakit pale ak kalo tak keluarkan ape yg ade dlm otak ni,,

aku lost control, terasa mcm ak hilang diri sendiri, tak sedar apa yang berlaku.. seriusly... ak ilang panduan, terasa mcm ak syok sendiri pulak skrg ni, smkin memuji diri sendiri, seem that i canot face so many problems that cross my mind now,, Ya Allah, bantulah aku hambaMu ini..

ak ni manusia biasa, byak slah n silap, keaiban ak bnyak,, ya Allah, tutupilah keabaibanku utk selamanya,,,

exam final tnggal 3 minggu je lagii,,,, seriusly sem ni ak xdpt nak bernafas lagi,, tuntutan masa menyesakkan..

ak sedih ak lost brader yg byak pesan & nasihat ak.. i just pray for your happiness, go ahead bro,, you have make right decision!!!!!!!! kau pilih jalan yang benar!!! semoga kau bahagia, aku akan menyusulimu... terima kasih byak atas nsihat & ingat, panduan & pendoman... kita hampir berkongsi pemikiran yg hampir sma, sebab itu i can accepts many ideas & guidance from you..

sbnarnya jd presiden ni meletihkan ( merungut pulak)...

ok la salam sayang utk semua... doa yang baik2 utk farhan hanif ye... terima kasih, aka dah anggap kawan rapat semua mcmm adik beradik... so kalau ada silap & slah tu gitau je k,, jgn sorok2.,


AKU PERCAYA YANG KITA PATUT BAGI PELUANG UNTUK SEMUA ORANG UNTUK BERUBAH... I MUST REALISED TIDAK ADA KEMATIAN YANG SEBENAR DALAM HIDUP MANUSIA< KEMATIAN YANG BIASA KITA DENGAR ITU HANYA PENGHENTIAN SEBENTAR


Lelaki sejati..


Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca..


Thursday, November 24, 2011

lewat


Lewat malam.

Masih banyak yang belum aku lewati dalam hidup ini, sementara hari telah bersilih ganti dengan malam yang lewat.

Peristiwa - peristiwa datang dan pergi. Dugaan dan kesejahteraan datang dan pergi setiap hari dan aku masih terlalu kecil yang terlalu banyak belum dilewati.

Kecilnya aku berbanding alam ini.

Allahu rabbi

Thursday, October 27, 2011

soup 0f the day


salam semua,, apa khabar? mesti luar biasa hebat kan??? huhu


Soup of the day buat kita semua.. talk-less about other people.. concentrate on your future planning... uphold your integrity and values even under the most difficult time.. InsyaAllah, you will be the Man of Honour..

beza orang yang berjaya dgn orang yang gagal hanya beberapa inci jer.. kalo korang rasa sedikit perubahan positif pada hari ni takkan memberi apa2 kesan pada masa akan dtg, you are totally wrong!!.. setiap perubahan yang kita buat walaupun sedikit cuma pasti akan memberi impak yang banyk pada masa hadapan.. so, start2 la buat skit2 perubahan (yang positif yer bukan negatif).. mana la tau, satu hari nanti korang akan menjadi orang yang paling "berjaya" di dunia ni.. berjaya dlm apa? terpulang pada pilihan dan kehendak diri korang....

* Aku amik & paste dari blog seseorang, betul bila fikir balik, wat pe la selalu sngat cakap pasal orang lain kan, lagi2 orang macam kita ni ( course vet), dikatakan golongan profesional, so kena la cakap banyak pasal idea, InsyaAllah saya cuba perlahan2,


huhu, tgok kat atas ni, besar kan tanggungjawab lelaki?.. ni la lelaki, sebab tu lelaki ni lebih bertanggungjawab, emosi pun kurang & lebih ciri2 pemimpin, tanggungjawab dia besar, jadi anda isteri & anak2 sokonglah MEREKA, ehhe

Monday, October 17, 2011

himpunan sejuta umat


Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober 2011, dengan tema " SELAMATKANLAH AKIDAH UMAT ISLAM" merupakan satu cubaan umat islam berkumpul 1 juta sebagai simbol penyepaduan terhadap isu murtad & sebagainya, walaupun kita jauh di KELANTAN dan mungkin tak dapat hadirkan diri, adalah WAJIB bagi kita mendoakan kesejahteraan umat islam di MALAYSIA, saat kita dihimpit sekian lama>> JOM berdoa, " YA ALLAH, KEKAL KANLAH BUMI MALAYSIA INI DENGAN NIKMAT ISLAM & TUNJUKKAN KAMI JALAN KEBENARAN DI DUNIA & AHIRAT" >>> Farhan Hanif, layari web ni utk maklumat lanjut http://himpun.org/, SAYANGI AGAMA KITA!!



K. LUMPUR, 4 Oktober 2011 – Satu perhimpunan besar umat Islam yang diberi nama “Himpunan Sejuta Umat” atau HIMPUN bakal berlangsung pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam. Perhimpunan ini dianjurkan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang media tengahhari tadi, pihak penganjur yang terdiri daripada gabungan-gabungan NGO Islam menyeru kepada seluruh umat Islam untuk bersama menjayakan HIMPUN ini untuk menunjukkan rasa sayang terhadap akidah Islam dan bersatu membentuk benteng pertahanan akidah umat.

Penganjuran HIMPUN ini berikutan rentetan episod-episod hitam yang melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

“Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa,” menurut kenyataan tersebut

HIMPUN ingin mengajak ummat Islam menyedari hakikat ancaman murtad ini dan bersatu suara serta mengenepikan sentimen politik dan puak yang mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang

“HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun,” ujar Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Halim dari MAPIM yang merupakan Pengerusi bersama HIMPUN.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Rakyat juga perlu celik dan menyedari wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

HIMPUN dijangka disertai oleh seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Sekretariat penganjuran dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dari Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). En. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya. Sidang media HIMPUN ini telah dihadiri wakil-wakil NGO-NGO Islam yang bersama dan menyokong penganjuran HIMPUN. PEMBINA yang menerajui bahagian belia dan mahasiswa diwakili Ibrahim Mohd Hasan, yang merupakan Timbalan Presiden PEMBINA.