Salam kepada semua
pembaca blog yang bersarang ni.. ( ada ke yang baca? Haha.. satu persoalan,
yang tahu jawapannya, tak ada ), aku nak coretkan sikit pengalaman 2-3 bulan
ni.
Praktikal penang
Lepas raya terus gerak
pergi Penang untuk praktikal, kat area Ayer Hitam, stay kat Bayan Lepas, rumah
keluarga Hezry # tq hezry & family, setiap pagi gerak pukul 7 pagi balik
malam biasanya sampai pukul 8.30 – 9.00 malam sebab jalan jem. Praktikal yang
paling best, banyak membuka minda sebab Doctor yg in-charge kitaorang (aku,
daus, ban) banyak ceramah kami aka bebelan yang sangat panjang * at least 2
hours setiap hari. (kadang-kadang bosan & meletihkan, haha). Banyak
pengajaran kehidupan yang boleh dipelajari, byak ruang lingkup selain dari vet
yg sempat belajar. Really!! It fantastic. Dia (Dr Goh) sempat bawak kami pergi jalan
kampong dia kat Bandar Kuale kangsor.. pusing2 bandar diraja aka jadi tour
guide tunjuk istana iskandariah, mckk, masjid ubaidiah, pokok getah pertama di
Tanah Melayu.. yang paling best makan
laksa kuala kangsar dan cendol yang sgt sedap kat tepi sungai sayong. Byak la
sejarah diraja perak yg sempat teman belajor aritu.
Sebelum balik umk,
gerak gi Alor Star umah atok Ban. Tepi bendang. Cantik! Setiap kali tengok
sawah padi, mesti aku teringat novel yg aku baca masa sekolah rendah dulu.
Sawah padi, anak desa, membesar dengan susah payah dan berjaya dalam kareer dan
kehidupan. Dulu nenek aku pun buat sawah padi, pastu ikut gi kilang mesin padi.
Tengok mcm mana beras dihasilkan. Kalau ada rezeki ak, nak beli tanah kawasan
sawah padi, pastu buat rumah, cantik kan!! Sweet sgt.. ( kesan tengok movie
Ombak rindu ngan Cun). Nnti aku kena cari novel yg aku baca masa darjah 5 @ 6
dulu. Sgat2 nostalgik gitu. Kalau kat Jepun, even raja diorang pun bercucuk
tanam padi kat belakang istana dan hasilkan beras raja untuk vvip yang lawat
maharaja jepun. Actually, ni fist time aku datang Kedah. ni la pertama kali
cheq maqhi Kedah ni. Even penang pun kali ke-2, dan aku sangat excited
sebenarnya, aku suka berjalan, sebab jauh berjalan, luas pemandangan dan
semakin banyak hikmah dan pengajaran! Pasti! Terima kasih Tuhan atas nikmat
kehidupan dan persahabatan!
# tq sgt kat family hezry dan ban yg byak
penuhkan perutku sepanjang praktikal ni dan bawak pergi jalan-jalan. Memori ni
akan dibawa sampai bila-bila.
# praktikal ni, aku
berjaya habiskan buku Memoir Doctor in the House. Hasil nukilan Dr M. sangat2
berguna untuk aku di masa depan, seorang negarawan yang jujur untuk melihat
bangsa, agama dan negara nya , maju di masa hadapan. Beliau berhempas pulas
untuk memajukan dan mempopularkan Malaysia, demi memartabatkan agama dan
bangsa. Jasa Tun kepada negara sangat
besar. Kepada Allah ku mohon , agar Tun dipanjangkan umur dan dipermudahkan
kehidupan di akhirat sana. Amin.dan sebagai seorang manusia biasa, beliau tidak
lari dari kesilapan dan kelemahan.
Semester 7
Semester 7 bermula
dengan rasminya 9 september dan tahun ke -4 menjelma. First week presentation
utk latihan industri dan minggu selepas itu, start dengan kuliah. Dan
semestinya bulan 9 penting bagi aku, sebab last month sebagai presiden vetsa.
Sangat membebanku bagi aku. Tapi aku bersyukur sangat sepanjang setahun aku
banyak sangat belajar untuk manage organisasi dan semestinya manage diri
sendiri dengan bantuan kawan-kawan yang lain. Aku harap yg aku dah buat yang
terbaik mengikut kemampuan yang ada batasnya ini. Sibuk-sibuk dengan nak
hiaskan bilik vetsa dengan atiqah, akmal dan budak sdv 4 yang lain. Dan hari
last aku sebagai presiden vetsa, aku berjaya siapkan Laporan Tahunan vetsa
2012. Malam tu AGM Vetsa dan aku berjaya siapkan kerja aku 100%. Yang jelas
mesti banyak kelemahan sepanjang aku uruskan. Kepada Allah ku mohon keampunan
dan iradatNya. Amin
Dan tahun ni, kami sdv4
diberi tanggungjawab untuk uruskan minggu orintasi untuk pelajar sdv 1 dan aku
kena uruskan LDK. Aku suka je menda2 mcm ni, dulu ak pernah jadi ketua minggu
suai kenal pelajar matrikulasi bahagian ldk. So dah biasa , cuma masuk UMK, dah
lupa kerja-kerja mcm ni.
Sekarang ni dah masuk
minggu ke 7 semster 1 2012/2013. Aku masih lagi slow mcm ni, banyak main, nota
tak baca, baca uruskan mende yang ngarut-ngarut ditambah dengan kemalasan tahap
tertinggi. Ada beberapa perkara yang kena rancang hati-hati supaya semuanya
okey. Sekarang ni aku sibuk mengejar perkara lain, sampai focus untuk akademik
pun lari. Biasalah, kalau nak capai sesuatu, byak mende nak dikorbankan. Tapi
yang penting tetap penting. Belajrlah beri keutamaan * pesan untuk diri
sendiri.
Kadang-kadang aku rasa
kesunyian dan aku pun mula berfikir, dan tiada jawapan untuk kesunyian ini.
Hakikatnya aku dah jauh berubah, dah jauh menyimpang dari kehidupan yang aku
inginkan, banyak asas-asas kehidupan yang dibina bertahun-tahun dah diruntuh
oleh tangan sendiri. Alasan mengejar kemodenan dan kedunian, mengisi setiap sel
darah dengan diri ni. Sibuk merancang untuk dunia, hakikatnya lupa untuk
merancang kehidupan yang jauh lebih panjang dan abadi. Belajar lah menerima
takdir dan rezeki yang ditentukan oleh Tuhan. Realitinya Tuhan sudah tentukan
yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Teringat aku masa kelas etika, Dr
NorHisham ada sebut pasal berkat. Masuk berkat ialah sumber yg sedikit tapi
besar nikmatnya. Kepada tuhan aku mohon keampunan dan keberkatan untuk
kehidupan. Tunjukkanlah aku kejalan yang engkau redai dan kasihanilah aku
kerana aku hamba yang lemah iman dan jiwa. Amin.
Midsem.
Lepas raya aidiladha
ni, balik umk untuk sambung kelas untuk 2 minggu lepas tu midsem. Ada sahabat
yang nak mendirikan rumah tangga 10/11 November ni. Kepada Allah, ku doakan
agar dipermudahkan perjalanan perkahwinan ini demi sahabatku menjadi hambaNya
yg soleh dan solehah dan pengikut terbaik kepada junjungan besar Nabi Muhammad.
Semestinya, lepas
seorang yg mula nikah, pasti ramai yang menyusul kerana hakikatnya pernikahan
jua ialah sebahagian dari kehidupan. Tinggalah aku jelah yang single (hehe),
menunggu kalau ada yg sudi melamar. Aku ni pemalu besar orangnya. Rupa tiada,
harta lagilah, tak romantic dan lain-lain.. haha. Dan aku percaya rezeki, jodoh
dan ketentuan semuanya datang dariNya. Dan aku percaya dengan jelas, kita kena
berusaha mencari rezeki, jodoh dan kehidupan yang baik. Kerana berusaha itu
tanggungjawab hakiki seorang manusia.
Cat walk 2012
Aku sempat join cat
walk * citizen action for tigers kat Taman Negara Merapoh Pahang selama 2 hari
dengan 12 orang member2 yang lain. Kira best jugak lah aktiviti. Yg best byk
idea baru untuk aktiviti aku dimasa depan dengan izinNya. Fasilitator yg jaga
kitaorg pun best2 semua, kak halene, cik arif dengan mr ash. Mereka ini banyak
terlibat dengan aktiviti lasak. Harapnya byk lagi peluang untuk aku join
aktiviti- aktiviti lasak lepas ni, ada jugak kenangan dalam hidup ni. Tak nak
lah skema and static sangat. Ingat beri keutamaan! Huhu.
23 tahun.
Tahun depan 2013, usia
pun menginjak ke 23 tahun. Besar tu. Usia melambangkan kematangan. Mungkin usia
aku nampak matang ( ramai org kata,sebab aku nmpk tua) haha.. tapi pemikiran
aku tak sampai tahap tu lagi. insyaAllah aku akan berusaha kearah itu. Ya Allah
permudahkan.
Aidiladha 2012
Dan 2 hari sebelum
balik jengka, aku teringat dah 3 tahun aku tak balik umah raya aji.. sebab
excited sgt semua org ak cerita haha, aku sambut raya korban kat Kemboja
(2009), aku join program korban vetsa (2010) dan aku raya kat UMK (2011). So
tahun ni, aku balik sebab nak sambut dengan family dan nak jumpa dengan anak
sedara aku.. Fayyad .
Sempena Aidiladha ni,
aku nk ucapkan selamat menyambut hari raya korban. Semoga sejarah Nabi Ibrahim
dan anaknya, Nabi Ismail kekal dalam ingatan, disamping mengamalkan pengajaran
daripada kisah ini. Semua orang kena berkorban dalam kehidupan ini, untuk
mencapai sesuatu. Mohon maaf kalau ada kesilapan sepanjang perkenalan dan
persahabatan ini.
Setakat ini sahajalah untuk posting kali ini.
Yang baik dijadikan
tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Salam sayang dari
Farhan Hanif, 9.05 pm 25 / 10/ 2012